Author update 2 chapter hari ni sebab author happy gilos nak matey readers cerita BRAF ni dah mencecah 2.01k🎉🎆 oh my goat oh my goat!!!! Hihu TQ readers sebab sudi bace cite plot terabur ni. Seya rasa berterabur, tak tahu la kalau korang rasa tunggang langgang en😂 Thanks again guys💖
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
"Uncle hensem ni, Papa Junghyun, Mama?" Soal Junghyun dengan wajah polos. Dia tertanya-tanya mana Papa dia pergi selama ni.
"Ye sayang, ni Papa kamu" Jieun menerkup mulutnya, dia terasa sebak melihat anak dan suaminya yang selama ni tidak pernah berjumpa.
Jungkook mengangguk, air matanya ditahan supaya tidak mengalir.
Junghyun menghampiri Jungkook, Jungkook membongkokkan badannya. Kemudian Junghyun menyentuh kedua belah pipi Jungkook dengan tangan kecilnya.
"Papa Junghyun hensem la Mama!" Junghyun menoleh ke arah Jieun, Jungkook memegang tangan Junghyun, lantas budak kecil itu didukung dan dibawa ke dalam pelukkannya. Dahi Junghyun dicium lembut.
"Kenapa Papa tak duduk dengan kitaorang sekali dekat China?" Junghyun memandang wajah Jungkook yang sudah merah kerana menangis.
"Papa, Papa tak boleh ikut masa tu. Papa sibuk sangat kerja, sayang"
7 tahun, dia tidak berjumpa Jieun, 7 tahun dia tidak mengenali anaknya. 7 tahun, dia tak letih memikirkan keselamatan dan kesejahteraan mereka berdua. 7 tahun, dia hidup sendiri tanpa kasih sayang seorang isteri.
Semua tu kerana kesalahan masa silamnya sendiri. Tapi dia bersyukur, dengan masa silamnya juga lah dia dikurniakan apa yang dia ada sekarang.
Kini, hidup Jungkook dan Jieun sudah lengkap. Mereka sebuah keluarga sekarang.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>
"Wahhh, ni rumah kita ke Papa?" Junghyun berlari masuk dan melihat sekeliling rumahnya.
Jungkook dan Jieun berpegangan tangan. Rumah ni, rumah yang sama ketika mereka bergaduh,bermanja,berteriak,bergembira. Segala suka dan duka mereka dahulu, semuanya di kongsi di rumah ini.
"Bilik Junghyun mana Mama?" Mereka berada di tingkat atas.
"Bilik Junghyun belum ada lagi, sebab Papa belum beli katil" Kata Jungkook sambil tersenyum.
"Ala, cepat-cepat la beli katil Papa. Junghyun tak sabar nak duduk bilik sendiri. Kat China tu asyik tidur dengan Mama je" Junghyun berkeliaran di tingkat atas.
"Tapi kat Korea ni, Junghyun tidur dengan Papa sekali" Pujuk Jieun.
"Eh ha ah la! Kalau macam tu tak payah bilik la. Junghyun nak tidur dengan papa tiap-tiap hari" Junghyun sangat teruja. Dia tidak pernah rasa kasih sayang seorang ayah, mujur masih sempat.
"Hyun, kat belakang ada kolam renang tau" Jungkook tersenyum menampakkan giginya.
"Ada kolam!? Best la rumah ni! Kalau Junghyun tahu , dah lama Junghyun ajak Mama balik sini" Kata Junghyun.
Night.
Junghyun dibiarkan tidur di bilik tidur Jungkook dan Jieun. Mereka berdua masih diluar, duduk berdua-duan di tepi Kolam.
YOU ARE READING
[C] Between Relationship & Friendship
Fanfic[COMPLETED] Cinta dan persahabatan, kedua benda ini amat penting buat Jungkook. Ianya saling berkait. Mana yang dia harus pilih? |Between Relationships & Friendship| Start [ 17Jul17 ] End [ 24Nov17 ] Cr cover📷 : @hye_mia 💕 Baby Blue Graphic