Chapter 34 : 7 tahun.

50 13 3
                                    

"Mama cepat la! Kita nak balik Korea ni!"

"Sabar la sayang, Mama kan tengah makeup, tak nampak ke?" Kata Jieun lembut. Hari ni mereka bakal pulang ke tanah air yang sudah lama tidak dijejak.

[Jieun POV]

7 tahun aku meninggalkan bumi Korea, rindu rasanya.Kalau tidak kerana Omma sedang sakit, aku mungkin takkan pernah kembali.

Seperti yang aku katakan dulu, aku akan menjaga anak aku seorang diri. Junghyun telah selamat aku lahirkan tanpa sebarang cacat cela.

Kini, usia anak aku sudah mencecah 6 tahun. Aku besarkan dia dengan sepenuh hati aku. Aku takkan biarkan sesiapa ganggu anak aku, aku akan lindungi dia.

Beijing Airport, China

Penerbangan China→Korea akan berangkat sebentar lagi

Skip.

Incheon Airport, Korea

"Yeay! Mama mama, kita dekat Korea kan mama?" Soal Junghyun teruja, aku hanya tersenyum memandangnya yang lebih kecil dari aku.

"Mama mama, kita nak pergi mana lepas ni?" Junghyun menarik-narik hujung baju aku.

"Kita nak pergi rumah nenek, jom?"

[Jieun POV end]

>>>>>>>>>>>>>>>

"Jieun, kamu ke ni?" Soal Puan Lee teruja. Jieun kelihatan semakin jelita. Seri anak sulung mungkin?

"Tak de la Ma, Jieun sama je macam dulu, cuma gemuk sikit" Jieun tersenyum kambing, dia gemar bergurau senda dengan Mamanya.

"Mama, ni halmoeni(nenek) ke?" Soal Junghyun dengan muka polos.

"Ye sayang, ni nenek. Nama Cucu siapa?" Soal Puan Lee lalu mendukung Junghyun.

"Mama, mamakan sakit. Tak payah la dukung dia" Nasihat Jieun.

"Nama saya Jeon Junghyun, nama Halmoeni pulak siapa?" Kata Junghyun.

"Oh, nama Halmoeni Lee Sunmi. Comel lah Junghyun ni" Puan Lee mencuit hidung cucunya. Lantas Junghyun menggosok hidungnya sambil mencebik.

"Mama, mama sakit apa Ma, Jangan buat Jieun risau"

"Ala, Mama tak sakit pun, Mama saja suruh si Seokjin tu tipu. Mama rindu anak dengan Cucu Mama tu je" Puan Lee tersenyum sinis. Dah kata, diaorang suka bergurau.

"Kenapa Mama tipu Jieun!?" Jieun membuat riak terkejut. Mama dia, memang sengaja nak dia balik. Nak suruh jumpa Jungkook la tu.

"Mama nak kamu jumpa dengan Jungkook, dia rindukan kamu sangat-sangat. Dia dengan Lisa-

"Kalau macam tu kenapa dia tak cari Jieun,Mama? Jieun tak tukar number phone pun. Dia tu memang lelaki hipokrit"

Jieun memeluk lengan, pandangannya ditukar pada Junghyun yang sedang bermain bersama datuknya.

"Jieun, mama tahu kamu memang suka potong cakap orang lain. Mama pun dah penat. Terpulang, kamu nak pandang Jungkook tu lelaki macam mana. Tapi kami semua tahu, yang dia bukan hipokrit macam Jieun cakapkan. Dia tu suami kamu, jangan sampai jadi derhaka pulak"

[C] Between Relationship & FriendshipWhere stories live. Discover now