"Kenapa awak tolak?"
Namjoon merenung ke dalam anak mata Momo. Mereka di dalam kereta, selepas menghantar Sahabatnya mereka tidak terus pulang ke rumah.
"Awak tahu kan? Saya tak nak awak terikat dengan saya"
Balas Momo, matanya sudah berkaca. Dia kuatkan diri untuk tidak menangis.
"Saya tak pernah rasa terikat, saya cuma nak awak jadi isteri saya" Namjoon memegang tangan Momo.
Momo keluar dari kereta. Mereka ada di atas sebuah bukit, Namjoon memarkir kereta di tempat yang sedikit luas.
Momo memeluk lengannya, matanya memandang ke arah bandar Seoul yang memancarkan lampu-lampu di jalanan serta bangunan. Pada masa yang sama dia rasa resah, sebersalah, dia buntu.
Sejurus itu Namjoon juga turut keluar dari kereta dan menghampiri Momo. Momo membelakangkan Namjoon, tidak sanggup melihat lelaki yang dia sayang bersedih.
"Kita boleh cuba kan? Saya nak kita kahwin la susah sangat ke?" Namjoon memegang lengan Momo, cuba untuk membuat gadis itu menghadapnya.
Momo menepis lalu mata mereka berpaut.
"Saya nak mati la! Cancer saya stage 2 awak tahu tak!?" Akhirnya air matanya mengalir.
"Saya tak peduli semua tu, saya nak awak je! Susah ke? Sekurang-kurangnya awak boleh habiskan sisa hidup awak dengan saya. Kita bahagia sama-sama"
Mata Namjoon merah, dia sudah menyeka air matanya sebelum keluar dari kereta, dia harus kuat untuk menjadikan Momo kuat.
Momo menggeleng.
"Tak, saya tak bahagia. Macam mana, seseorang yang ada barah otak, tahap dua!, Boleh hidup bahagia sedangkan dia tahu, dia akan tinggalkan orang tu..Jawab Namjoon!"
"Hirai Momo!"
Mereka memandang satu sama lain, pandangan Momo cukup untuk mengatakan yang dia tertekan.
"Semuanya ok, lepas kita kahwin saya bawak awak berubat kat luar negara, awak akan ok"
Namjoon memegang kedua belah bahu Momo.
"Tak"
"Lepas awak dah sihat, kita balik Korea balik. Kita cakap dekat semua orang yang awak ada fashion show dekat sana"
"Tak"
"Awak tak akan pape, kita beli rumah, kita masak sama-sama, makan sama-sama. Kemas rumah sama-sama-"
"Tak.."
Air mata Namjoon turut mengalir akhirnya.
"Kita akan ada anak sama-sama. Kita besarkan dia-
"Tak!" Momo menepis Namjoon lagi. "Kalau semua tu tak jadi!?Kalau penyakit ni naik ke stage three!? Kalau saya mati masa chemotherapy!?"
"Shhht..shhtt" Namjoon cuba menyuruh Momo bertenang.
"Awak nak hidup dengan siapa lepas tu!? Saya tak nak awak derita sebab saya!"
Namjoon menarik Momo ke dalam dakapannya. Esakkan Momo semakin menjadi-jadi.
"Ni baru stage ke 2, kalau macam tu, kita pergi rawatan secepat Mungkin, lepas je awak sihat, kita kahwin. Percaya saya, awak takkan mati. Kalau awak mati, kita mati sama-sama arasseo?"
Namjoon mengusap pelan rambut gadis itu.
"Janji dengan saya, Jangan pernah sebut pasal mati lagi"
YOU ARE READING
[C] Between Relationship & Friendship
Fanfiction[COMPLETED] Cinta dan persahabatan, kedua benda ini amat penting buat Jungkook. Ianya saling berkait. Mana yang dia harus pilih? |Between Relationships & Friendship| Start [ 17Jul17 ] End [ 24Nov17 ] Cr cover📷 : @hye_mia 💕 Baby Blue Graphic