Seoul garden Mall
Hipsta cafeHampir semua sudah berkumpul, Jungkook Jieun, Jimin Krystal, Yoongi Soomin, Hoseok Jessica, Momo. Hanya tinggal Namjoon , Seokjin dan Amy sahaja. Yang belum tiba.
Mereka duduk mengelilingi meja bulat yang besar dan panjang sedikit.
"Eh Momo, sorang je. Namjoon mana?" Soal Amy selepas Momo duduk dikerusinya.
"Joonie lambat sikit, ada Hal katanya" Terang Momo sambil tersenyum manis.
"We Jungkook, order la air. Tekak aku dah kering ni" Jerit Jimin yang duduk disebelahnya. Jungkook menjeling sekejap sebelum memanggil pelayan. Jieun ketawa kecil sambil memandang yang lain.
[Yoongi POV]
"Ye encik?" Pelayan itu meletakkan buku menu di atas meja kami.
Pada waktu yang sama lagi Tiga orang tu pun sampai. Diaorang ambil tempat dekat dengan aku. Kedudukan meja sekarang :-
Aku, Soomin, Jieun, Jungkook, Jimin, Krystal, Momo, Namjoon, Seokjin, Amy, Jessica, Hoseok disebelah aku. Kitaorang mengelilingi meja itu.
"Ha korang nak minum ape? Air je, makan kook tak cukup duit" Jungkook ni, jadi kedekut pulak dah kahwin ni. Dulu ye la ko kecik, kitaorang bayarkan. Berbakti la balik pada kitaorang walah.
"Aku ikut Hoseok, dia order air ape aku minum je" Jessica memeluk lengan Hoseok. Perempuan ni kalau tak senyum memang tak sah. Same je macam teman lelaki dia kat sebelah aku ni.
"Soo pun ikut Yoongi, nak minum air ape" Soo senyum terhadap aku. Jangkit ngan Seok tu ke? Aku memandangnya dengan wajah polos yang selalu aku pamerkan pada semua orang. Dia tak Kisah, dah biasa.
"Aku pun, aku kongsi air dengan Jimin hehe" Krystal senyum Saja. Apa korang ni? Bajet sweet pulak, kat rumah tak melekat ke? Nyampah.
"Eun sayang, awak nak minum ape?" Jungkook memandang Jieun menanti jawapan.
"Strawberry jus la" Kata Jieun.
"Ok, Pelayan, strawberry jus dengan ice coffe-"
"Oi oi " Seokjin mencantas ayat Jungkook. "Kau tak serik lagi ke?
"Karang ade yang naik ambulance Kang" Si Amy pulak bersuara, mula-mula aku tak faham. Lepastu baru teringat, Si Jungkook ni tak boleh minum kopi. Gedik.
"Eh eh, lupa pula sorry guys hahahaha" Jungkook menyambung order. "Strawberry jus tadi tu satu, ice Chocolate satu, ha diaorang ni.. Bagi plain water je semua" Nanti budak, kau minum sedap-sedap kitaorang dapat air jarang je? Jangan sampai budak arnab ni pulak yang aku terajang.
"Ewah Kau, kitaorang dibagi air jarang. Kau dengan bini kau?" Jimin memberontak. Sape yang puas Hati do, dapat minum air kosong je dalam cafe hipster.
"Mentang-mentang la dia yang belanja" Kata Momo sambil menongkat dagu. Yang lain turut protes.
"Tenang guys, Kook hanya bergurau. Korang order la pape. Makanan pun tak pe. Kook belanja."
YOU ARE READING
[C] Between Relationship & Friendship
Fanfic[COMPLETED] Cinta dan persahabatan, kedua benda ini amat penting buat Jungkook. Ianya saling berkait. Mana yang dia harus pilih? |Between Relationships & Friendship| Start [ 17Jul17 ] End [ 24Nov17 ] Cr cover📷 : @hye_mia 💕 Baby Blue Graphic