Buk!
Fail dicampak di atas meja berwarna hitam.
Jimin merenung fail dan si pelaku silih berganti.
"Bagi tahu aku, apa lagi yang kau dah buat selain ni!"
Tengking Jimin. Di tempat kerja dia sangat tegas, berbeza dengan dirinya di luar dan bersama rakan-rakannya.
Si pelaku tidak menjawab. Malahan hanya tersenyum.
"Kau tak dengar ke apa yang dia tanya? Ke dah pekak, lepas aku tembak kau hari tu. "
Kata Namjoon mendatar. Dia seorang yang tenang, tidak seperti Jimin si gelabah.
"Korang ada fail maklumat aku kan? Tanya aku lagi buat apa. Bodoh"
Pak! Muka Jaehyung ditampar oleh Jimin.
"Aku tak buang masa aku untuk dengar kata cacian dari kau! Jawab soalan aku tadi!"
"Aku bunuh orang, nama dia Yaera. Puas?" Jaehyung yang digari dikerusi memandang lantai.
Di dalam bilik yang gelap dan hanya terdapat satu lampu. Ala cam bilik Soal siasat dalam movie tu.
Walaupun gelap, masih kelihatan senyuman sinis Jaehyung, dia seolah tidak takut dengan Jimin.
"Lagi?" Soal Namjoon.
Bilik itu senyap seketika.
"Kalau nak tahu, siasat la sendiri"
Jimin hampir hilang siumannya. Susah bercakap dengan orang macam ni. Penampar pun tak jalan.
"Kitaorang perlu siasat dari mana?" Namjoon cuba mendapatkan petunjuk dari Jaehyung. Kalau berkeras, Jaehyung ni memang akan main-main je.
"Apa kata kau mula dari.."
"...Lisa"
Namjoon dan Jimin memandang antara satu sama lain. Ok apa kaitan perempuan oren tu dalam hal ni?
••••••••
"Pemuda bernama Kim Jaehyung, ditahan di sebuah kilang kayu yang lama ditinggalkan di dalam hutan. Dipercayai Cuba membunuh anak ahli perniagaan tersohor, Jeon Jungkook. Beliau disabitkan kesalahan mem-
Televisyen berwarna hitam yang sedang menyiarkan berita mengenai Jaehyung ditutup.
"F*ck!, Aku dalam bahaya. Apa aku nak buat ni? Kau kata kau boleh settle"
Lisa runsing. Bila-bila masa saja polis boleh menerjah apartment miliknya dan menangkapnya. Dia tidak mahu nama baik bapanya tercalar.
Di mundar mandir dari ruang tamu ke dapur, dan kembali semula ke ruang tamu. Dia menghenyak punggungnya di sofa, Stress yang teramat.
"Kalau Jungkook dapat tahu aku terlibat macam mana? Mati la aku. Plan aku nak dapatkan dia takkan berhasil" Lisa menggigit jarinya.
"Jungkook.." Lisa seolah mendapat akal. Sesuatu bermain difikirannya.
Dia masuk ke dalam bilik tidurnya. Mencari sesuatu di dalam laci.
YOU ARE READING
[C] Between Relationship & Friendship
Fanfiction[COMPLETED] Cinta dan persahabatan, kedua benda ini amat penting buat Jungkook. Ianya saling berkait. Mana yang dia harus pilih? |Between Relationships & Friendship| Start [ 17Jul17 ] End [ 24Nov17 ] Cr cover📷 : @hye_mia 💕 Baby Blue Graphic