"Selamat pagi Tuan Jeon" Ucap penyambut tetamu syarikat itu.
"Yoon, mulai hari ni, awak dan stuff yang lain kene panggil saya Tuan Jungkook, Jeon tu atok and bapak saya. Saya tak nak nampak tua. Faham?" Ujar Jungkook, perempuan itu hanya mengangguk faham. Jungkook terus berjalan memasuki lift ke tingkat 3 di mana pejabatnya berada.
Pekerja lain yang sedang sibuk melakukan kerja mereka tertancap pada CEO syarikat itu, Jungkook. Mereka tiap-tiap hari begitu, Jungkook akan menjadi perhatian mereka apabila waktu pagi, lepas makan tengah hari dan bila-bila Jungkook berada di sekitar situ.
Bagaikan ada satu aura pada Jungkook yang menarik pandangan mereka, aura itu tiada pada orang lain yang bekerja di situ, hanya Jungkook. Sesudah Jungkook masuk ke bilik khasnya barulah mereka akan berhenti dan menyambung kerja.
Baru sahaja Jungkook melabuhkan punggung di kerusi miliknya, susuk tubuh perempuan berpakaian formal masuk ke bilik itu setelah mengetuk pintu.
"Ye, Minjae? Any information?" Soal Jungkook dan meletakkan sikunya di atas meja.
Minjae membuka buku nota ditangannya. Muka surat demi muka surat diselak.
"Tuan ingat tak, projek Trio dekat Paris tu?" Soal Minjae.
"Kan baru semalam jadi topik hangat dalam mesyuarat. Projek bernilai 89 million tu kan?" Soal Jungkook kembali.
Minjae mengangguk "Hari ni syarikat dari Thailand, yang bekerjasama dengan syarikat kita akan melawat dan mengadakan perbincangan dengan Tuan Jungkook"
Terang Minjae selaku Personal Assistant Jungkook.
"Pukul berapa tu?" Jungkook memandang PA nya lama.
"2 petang, oh kalau Tuan nak tahu. Pemilik syarikat tu merupakan hartawan terkaya di Thailand. Beliau yang paling banyak menyumbang dana dalam projek ni" Jelas Minjae, Jungkook hanya mengangguk tanda faham.
"Itu je kerja saya hari ni?"
"Yep, itu saja hari ni. Disebabkan pengasas syarikat dari Thailand tu mewakilkan anak beliau, dia minta privacy yang lama untuk membincangkan Hal ni. Jadi, saya dah clearkan schedule Tuan untuk Hari ni. Perbincangan lain saya dah aturkan hari lain" Minjae menutup buku ditangannya.
"Tu je kan? Ok gomawo Minjae, awak boleh keluar" Jungkook sempat memberikan senyuman pada Minjae sebelum gadis itu keluar dari biliknya.
"Okeh, sekarang aku nak buat apa dalam bilik ni. Baru pukul 9:30" Rungut Jungkook, dia bermain dengan pen yang sedia ada di atas meja nya.
Matanya meliar ke sekeliling bilik itu. Terdapat gambar datuknya, Jeon Jewon, disebelahnya tergantung gambar bapanya pula, Jeon Sungjae. Di hujung bilik itu pula, wajahnya sendiri, Jeon Jungkook. Dia tersenyum sendiri, bukan kerana wajahnya yang tampan.
Tapi dia terbayang jika dia diberikan anak lelaki hasil dia dan Jieun. Pasti anaknya akan mewarisi segala harta yang dia sedang miliki sekarang.
YOU ARE READING
[C] Between Relationship & Friendship
Fanfiction[COMPLETED] Cinta dan persahabatan, kedua benda ini amat penting buat Jungkook. Ianya saling berkait. Mana yang dia harus pilih? |Between Relationships & Friendship| Start [ 17Jul17 ] End [ 24Nov17 ] Cr cover📷 : @hye_mia 💕 Baby Blue Graphic