Wanita berambut Oren, memakai baju yang sendat tapi padan dengan tubuh badannya. Berjalan Masuk ke dalam cafe yang tertutup. Dia duduk di kerusi berhadapan seorang lelaki yang tidak pernah ditemuinya sebelum ini. Betul ke?
"Hm, kau nak guna cara apa" Lisa menyilangkan kakinya, baginya itu lebih selesa.
"Terpulang, cara kasar atau halus? Lambat, atau cepat?" Lelaki itu menyilangkan tangan dan memeluk tubuh.
"Cara apa pun aku tak kisah, janji dorang rasa..Apa yang aku rasa. Kalau boleh, nampak macam aku takda kaitan" Serius sahaja Lisa berbicara. Matanya tidak memandang terus ke lelaki itu. Dia lebih mementingkan persekitaran, takut ada orang yang dia kenal nampak dia berbual dengan lelaki ni.
"Baik, Tapi kalau kantoi.. aku Tukar plan, faham?" Lelaki itu bersandar semula di kerusinya. Lebih tenang dari sebelumnya.
"Itu aku tahu la, tak payah cakap. Aku nak benda ni nampak betul-betul natural. Nampak macam tak dirancang" Lisa menjeling sekilas kemudian memerhati keluar dinding kaca kafe itu.
Lelaki itu tersengih. "Kau yang kabut sekarang ni. Tenang la, aku belum mula pun lagi"
"Bende ni dah mula lama dah sebenarnya, cuma belum official. Dah aku nak bla" Lisa bingkas bangun dari posisi duduknya dan berjalan melintasi lelaki itu.
Lelaki itu sempat berkata "kalau Kau yang rosakkan, jangan babitkan aku"
Lisa berhenti sekejap untuk memandang lelaki itu kemudian dia berlalu pergi. Lelaki itu hanya tersenyum.
"Kau akan kecundang jugak satu hari nanti, tunggu masa je"
Rumah Jungkook
Jieun sedang menyiram pokok bunga di laman rumah manakala Jungkook berdiri di pintu rumah, memerhatikan isteri yang semakin hari semakin jelita dimatanya.
"Oh semalam ku terbenam di lubuk asmara ku♪" Jieun menyanyi sambil menyiram. Halus sahaja suaranya.
"Yang jauh ku kembara♪ jauh perjalan. Tuju destinasiku" suara garau Jungkook masuk ke dalam gegendang telinga Jieun. Terkejut kau ha.
Jieun hanya memandang wajah Jungkook sekilas dengan muka (ko-dah-kenapa-?)
"Eun, hari ni hari Ahad. pergi shopping nak?" Teruja sahaja nada Jungkook. Jieun hairan, selalunya perempuan yang suka kalau diajak shopping. Ni laki pulak excited. Dunia dah tenat.
"Nak tak?" Jungkook memegang kedua belah bahu Jieun.
"Ha Jom la, sekarang ke?" Jieun menutup paip air di tepinya.
"Iya la sayang oi, jom jom" Jungkook menolak bahu Jieun pelan masuk ke rumah.
Mall
"Ahahahaha, saya tahu awak jelous" Jungkook menghayun ke depan ke belakang genggaman isterinya.
"Tipu la tak jelous, laki cakap model seluar dalam lagi cantik dari bini sendiri. Sakit ati tau" Jieun menjeling Jungkook sekilas.
YOU ARE READING
[C] Between Relationship & Friendship
Fanfiction[COMPLETED] Cinta dan persahabatan, kedua benda ini amat penting buat Jungkook. Ianya saling berkait. Mana yang dia harus pilih? |Between Relationships & Friendship| Start [ 17Jul17 ] End [ 24Nov17 ] Cr cover📷 : @hye_mia 💕 Baby Blue Graphic