Chapter 33 : Sad Goodbye

48 13 16
                                    

Bagasi diletakkan di jeti. Mereka akhirnya pulang selepas 4 hari 3 malam di Jeju Island.

"Gembira dapat balik" Hoseok meregangkan badannya. Lama sangat duduk dalam feri.

"Eleh, padahal dia takut" Yoongi membetulkan topi dikepalanya. Orang gi Pulau, of course pakai topi😂

"Diam" Hoseok pura-pura menjeling lalu berjalan keluar.

←↑↓→

"Bestkan pergi Jeju, dapatla spend time ngan family even anak belum keluar lagi" Jungkook membuka suis kipas.

Jieun senyum saja lalu naik ke tingkat atas.

"Awak kenapa?" Jungkook masuk ke dalam bilik. Jieun yang duduk di birai katil tu dia hampiri.

"Takde apa, cuma rasa tak sedap" Jieun menerkup mulutnya.

"Awak sakit ke? Nak pape tak? Air? Nak pergi Klinik?" Bertubi-tubi soalan diajukan Jungkook, Jieun hanya menggeleng lemah. Jieun bergegas ke bilik air. Kedengaran bunyi orang muntah.

"Uwerk!" Jieun membuka paip singki.

Jungkook turut masuk ke dalam bilik air, menggosok belakang badan Jieun. Alahan rupanya.

Jungkook memapah Jieun duduk di katil. "Kalau awak rasa tak sihat, kita pergi klinik. Jom?" Jungkook bertanya dengan nada lembut.

Jieun sekali lagi menggeleng. "Tak pe, sikit je ni"

"Kalau macam tu, awak baring la. Saya kemas semua, nanti saya buatkan bubur okey?" Jungkook menghadiahkan senyuman arnabnya. Jieun terasa semakin pulih.

Jieun dibaringkan di katil. Kemudian Jungkook memandang isterinya sekilas sebelum menutup pintu bilik itu.

"Mr Mama on duty!" Kata Jungkook dengan semangat.

Bermula di ruang tamu, Jungkook menyapu lantai terlebih dahulu sebelum mop. Sekarang lantai rumahnya sudah bersinar! Haha. Dia kemudiannya ke dapur, ingin memasak bubur buat Jieun.

"Ok, bubur apa aku nak buat? Ayam? Udang? Ikan bilis? Daging?" Jungkook menggaru kepala, sebut je dia reti, buatnya mana tahu.

Jungkook cuba mengikuti arahan iPhone 9plus miliknya.

Dia menuangkan dua cawan beras ke dalam periuk. Lantas beras itu dibasuh.

"Kene basuh macam ni ke?" Jungkook membilas beras itu sebanyak 3 Kali.

Periuk berisi beras dan air itu diletakkan di atas api. Dia merenung bubur itu lama.

"Tambah lobak merah la" Jungkook membuka peti sejuk dan mencapai lobak merah dan juga ayam. Chef Jeon in the house!

Dia mula dengan membasuh sekeping dada ayam terlebih dahulu, kemudian dipotongnya dadu. Lobak merah juga begitu.

Dia menambah garam pada bubur yang menggelegak dan menambah air lagi. Selang beberapa minit, ayam dan lobak merah itu dimasukkan ke dalam periuk. Sedikit garam lagi ditambah kemudian dikacau beberapa kali.

[C] Between Relationship & FriendshipWhere stories live. Discover now