Kim Seokjin merupakan pelajar tingkatan 4 di sekolah Seoul Highschool. Seokjin merupakan anak yatim piatu dan tinggal bersama nenek dan datuknya.Dia juga bersahabat baik dengan sepupunya Namjoon,yang tinggal di sebelah rumah neneknya.
Setiap pagi, Namjoon akan datang ke rumah nenek Kim untuk pergi ke sekolah bersama seokjin.
"Selamat pagi nenek! Seokjin ada?" Namjoon menegur nenek Seokjin yang juga Neneknya yang sedang gembira menyiram bunga.
"Wuit, awal gile kau harini" Seokjin menyarungkan kasut converse nya lalu menutup pagar rumah itu"
"Mesti la, hari ni kan hari koko. Mana boleh lambat"
"Eleh, padahal kau nak dating-" Mulut seokjin ditutup rapat oleh namjoon.
"Aishh shhtt!. nanti nenek dengar, nenek cakap dengan mak aku. kau ingat mak aku nak belai aku ke kalau dapat tahu aku bercinta time belajar?!" Namjoon meninggikan suaranya tapi dalam keadaan berbisik. Taknak nenek dengar.
Mereka sudah kenal sejak lahir lagi, tapi hubungan mereka menjadi rapat sejak Seokjin pindah tinggal di rumah neneknya selepas kematian ibubapanya akibat kemalangan 3 tahun yang lalu.
Kemalangan apa itu Seokjin tidak tahu, dia hanya dikhabarkan ibubapanya kemalangan semasa bekerja.
"eh dia pakai beg kait la!"
"Sapa lagi yang kaitkan kalau bukan nenek dia hahaha"
"Tapi mana mak dia ek?"
"Kau tak tahu? Dia mana ada mak ayah lagi dah. Cucu kesayangan nenek! Hahahaah"
"Kaca mata pun nenek belikan ke HAhahaah!"
Seokjin sering dibuli dari segi mental. Tapi Seokjin cuba tabah, dia tahu dia diuji sebegini kerana tuhan amat menyayanginya.
"Tuhan tak akan uji seseorang luar dari kemampuannya. Kamu ingat tu seokjin"
Itulah pesanan yang sering diucap neneknya.
Waktu rehat
Sedang Namjoon dan seokjin duduk dibawah pokok yang rendang, seorang pelajar perempuan berkaca mata dan memakai braces(Pendakap gigi) melintas dihadapan mereka.
"Weh Jin, tengok budak tu. Nerd gile siaa"
"Weh! tak baik ahh. Lagipun budak tu cantik-.. eh?" Seokjin mencari Namjoon yang lesap disebelahnya.
YOU ARE READING
[C] Between Relationship & Friendship
Fanfic[COMPLETED] Cinta dan persahabatan, kedua benda ini amat penting buat Jungkook. Ianya saling berkait. Mana yang dia harus pilih? |Between Relationships & Friendship| Start [ 17Jul17 ] End [ 24Nov17 ] Cr cover📷 : @hye_mia 💕 Baby Blue Graphic