C1

1.7K 58 0
                                    

"Cik muda,bangun...cik muda..."

Aku berasa bahuku seperti di goncang dan terdengar satu suara. Ugh,kacau beauty sleep aku je orang tau ni!

"What? Eh,kau sehari tak kacau aku memang tak sah,kan?" Semburku kepada pembantu rumahku yang berumur 50-an. Kisah pulak aku kalau dia sakit hati ke apa ke? Lantak situ. Aku tarik selimut ke paras dada.

"Tapi cik muda, sekarang dah pukul 11 pagi." Mak Cik Kang masih lagi menggerakkanku. Aku semakin rimas. Aku bangun lalu memandang muka Mak Cik Kang.

"Eh,lantak akulah nak bangun pukul berapa ke apa ke life aku bukan kau! Rimaslah! Mama aku pun tak bising yang kau bising dah kenapa?!" Tengkingku di hadapan mukanya. Rasakan kau! Jangan sesekali cari pasal dengan aku!

"Apa ni bising-bising?" Soal abangku di hadapan pintu. What the hell? Dia biarkan bilik aku terbuka je? Aku pantang betul kalau pintu bilik aku tak ditutup.

"Apsal kau tak tutup pintu? Kan aku dah cakap aku tak suka pintu bilik aku dibuka!" Marahku lagi. Memang orang tua tu kena di kasi pelajaran.

"Apa cakap dengan ahjumma macam tu,Irene? Tak sopan tau tak?" Tegur Suho dekat aku. Aku menggulingkan mata. Ada aku kisah, ke? Aku menyelak selimutku lalu berdiri. Aku menjeling Mak Cik Kang dan Suho di hadapan pintu.

"Dah tak reti nak berambus ke? Aku nak mandi." Suho hanya menggeleng kepala sahaja. Mungkin dah penat melayan perangaiku. Ada aku suruh layan? Tak ada kan...

Mak Cik Kang dan Suho keluar dari bilik serba biruku. Sebal hati aku. Baru nak tidur sampai pukul 12 tengah hari. Kacau betul! Aku masuk ke dalam bilik air.

Hampir sejam aku dekat dalam sebab aku berendam dalam bathtub. Ah~this is heaven. Aku mengenakan T-shirt lengan pendek berwarna biru dan short pants berwarna hitam. Chill la kita duduk rumah aja kan? Aku menyapukan krim siang supaya muka aku tak terkena sunburn. Muka ni sangat berharga untuk aku. Aku cari makan guna muka aku ok. Selepas itu, aku terus keluar dari bilik.

"Hrmm...mummy dah pergi kerja ke? Tak bising langsung..."omelku sendirian. Perlahan-lahan aku menuruni anak tangga dengan elegant. Aku tengok ruang tamu senyap aja. Yang ada cuma si Chaera je. Chaera tu salah seorang pembantu rumah ni juga. Dia 5 tahun lebih tua dari aku. Mungkin korang tak percaya tapi dia adalah pembantu rumah kegemaran aku. Aku hanya tunjuk senyuman dekat dia sorang je.

"Pagi Chaera unnie!" Sapaku dengan riang. Chaera tersenyum kemudian menyapaku kembali.

"Pagi Irene. Irene nak makan?" Soal Chaera dengan lemah lembut. Aku tengok di tangan Chaera ada mop.

"Tak payah nak hidangkan dekat Irene. Mak Cik Kang kan ada. Unnie tengah bekerja kan bukan macam Mak Cik Kang tu. Pemalas!" Kutuk aku di hadapan Chaera. Ada sebab kenapa aku benci Mak Cik Kang.

Chaera hanya tersenyum kepada aku. Berani dia lawan aku? Jangan berani buat musuh dengan aku. Ada kemungkinan kau akan menjadi musuh aku selamanya.

"Ahjumma Kang!!!" Jeritku dengan nyaring. Aku nampak Mak Cik Kang terkocoh-kocoh berlari kearahku.

"Ne,cik muda."

"Aku nak makan. Hidangkan makanan aku lagipun kau bukan buat apa-apa pun." Ujarku dengan senyuman sinis terukir di bibir.

"Kim Joo Hyun!" Aku berpaling muka lalu menayangkan muka kosong. Aku nampak Suho berjalan kearahku. Wajahnya macam sedang menahan marah.

"Boleh tak sehari jangan jadi sombong? Mana tau nanti kita akan jatuh juga." Tegur Suho masih lagi menahan rasa marahnya.

Challenge Accepted (COMPLETE)Where stories live. Discover now