C8

431 29 3
                                        

Kekeliruan melanda dirinya. Irene menelan air liurnya. Kesat! Sehun yang melihat juga berasa curious. Dia mahu melihat adakah Irene akan menjadi Joo Hyun atau pun Irene.

"Neomo bogosipeu..."rintih Yeri sekali lagi. Irene menarik nafas dengan dalam. Dia terpaksa. Dia adalah...

"Nama saya adalah Irene Kim bukan Kim Joo Hyun." Dengan dingin, Irene menuturkan kata-kata itu. Yeri yang mendengar itu terkejut. Dia mendongakkan kepalanya yang berada di bahu Irene.

Mata Yeri merah dan lebam. Irene tak sanggup hendak membalas pandangan Yeri. Dia terpaksa mengalihkan pandangan ke tempat lain. Dia terasa tangannya di genggam. Dia juga dapat rasakan badan Yeri menggigil.

"Unnie...tipu kan...?" Mahu sahaja Irene menitiskan air matanya. Dengan keterpaksaan,dia merentap tangannya.

"Saya tiada masa hendak melayan awak,Kim Yeri. Saya ada hal nak buat. Saya sendiri tak tahu...kenapa saya boleh berada di sini." Ujar Irene dengan datar. Dia terus membuka langkah. Bahunya sengaja di langgar bahu Yeri.

Terasa dadanya mengetat. Yeri mengalirkan air matanya sekali lagi. Dia memalingkan badannya. Dia bersedia untuk mengejar Irene tetapi dia dapat rasakan lengannya dipegang.

"Don't. Give her time, Kim Yeri. "


*****

Irene berjalan dengan perlahan. Ketika ini hanya Tuhan sahaja tahu betapa sedihnya hatinya. Dia hanya mengikuti kakinya ke mana sahaja sehingga tidak sedar dia berada di mana. Yang dia pasti dia kini berada di perhentian jeti.

Tiba-tiba telinganya terdengar sayup-sayup lagu. Lagu yang sering dinyanyikan di radio. Dia mencari-cari sayup-sayup lagu itu. Dia nampak ramai orang di satu tempat. Hatinya tergerak hendak pergi ke sana.

Kakinya mula mengorak langkah ke tempat itu. Dia menyelit untuk melihat apa yang berlaku. Sayup-sayup lagu mula kedengaran kuat. Senyuman mula terukir apabila melihat seorang gadis sedang menari dan seorang lagi gadis sedang bernyanyi.

Lagu ini...

Era moreugettda!

(I love you)

"Era moreugettda..." tangannya secara spontan ikut menari. Irene tersedar yang tangannya ikut menari. Dia melihat tangannya. Senyuman lebar mula terukir.

Tak apakan kalau sekali sekala menjadi Joo Hyun yang lama.

"Woww! Thank you Soora! Wow,you are a good dancer. Who want to dance or sing? Anybody?"

Mendengar sahaja kata-kata gadis pengacara itu,Irene melihat dirinya. Dress paras paha dan high heel berwarna hitam. Senyuman semakin lebar.

Irene mengangkat tangannya had bahu. Gadis pengacara itu berlari ke arah Irene.

"Annyeong! What is your name?"Dia memberikan mic kepada Irene.

Irene tersenyum lebar. Dia mengambil mic itu.

"Kim Joo Hyun ibnida."

"Joo Hyun? Ok,Joo Hyun-ssi nak nyanyi atau menari?"

"Dancing."

"Sure?" Gadis itu agak risau kerana Irene memakai dress dan high heel. Irene seakan faham dengan kegusaran gadis itu. Ini Kim Joo Hyun lah!

"Sure."

"Ok, tajuk lagunya apa?"

"Mr Mr - SNSD. "

Challenge Accepted (COMPLETE)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang