C10

500 30 9
                                        

I do.

Irene macam tak percaya yang dia telah mengungkap ucapan itu. Dua perkataan yang memberikan impak besar ke atas bahunya. Tiba-tiba terasa beban di bahunya semakin bertambah. Tanggungjawabnya pula semakin bertambah. Tanggungjawab kepada isteri. Maaf,isteri di atas kertas sahaja.

Senyuman palsu dibuat-buat oleh Irene nampak sangat real. Pinggangnya tidak lepas dipeluk oleh Sehun. And shit! Macam mana Irene tak tahu yang keluarganya menjemput semua rakan business dan saudara mara. Siap kawan sekolah pun ada. Irene ingatkan hanya kecil-kecilan sahaja.

"Hi,Joo Hyun!"

Senyuman palsu dilebarkan kepada pemilik suara itu. Tangannya bersalaman dengan tangan pemilik itu.

"I never thought both of you are husband and wife. Tak pernah nampak pun korang date. "Ujar Seohyun. Kawan sekolah menengah mereka berdua.

"Kami tak bercinta pun,Seo. Jodoh namanya." Balas Sehun dengan bersahaja. Irene rasa macam nak koyak aja mulut Sehun. Suka hati je cakap macam tu. Irene hanya senyum sahaja. Lakonan kena mantap.

"Korang perfect sangat. Aku yakin korang dapat baby yang comel. Kau dahlah handsome, Irene pulak ulzzang kat sekolah." Puji Seohyun lagi. Sehun tersenyum lebar mendengar pujian Seohyun. Irene menjadi malu dan bengang apabila Seohyun mentioned tentang anak. Baru je kahwin dah fikir bukan-bukan. Getus hati Irene.

Seohyun meminta dirinya pergi setelah bersembang dengan Sehun dan Irene. Seohyun memeluk tubuh kecil Irene sekejap kemudian beredar. Ramai kawan Sehun datang memberikan ucapan tahniah kepada Sehun. Irene hanya membalas dengan ucapan 'terima kasih ' dan tersenyum.

"Annyeong uri Sehunnie."

Tiba-tiba seorang perempuan datang memeluk tangan Sehun. Tersentak Sehun dan Irene dibuatnya. Sehun mengecilkan matanya. Agak-agaklah wedding aku kut. Gumam hati Sehun.

"Annyeong,Daeun." Sapa kembali Sehun kemudian menarik tangannya kembali. Wajah Daeun bertukar cemberut.

Irene memandang Daeun dengan wajah yang menyampah. Walaupun kahwin paksa tapi kena nampak real. Tak adalah kecoh sampai masuk surat khabar. Dengan perbuatan tak semenggah Daeun itu,ada risiko yang perkara itu akan menjadi khabar angin. Ramai kut wartawan dekat luar tu. Kahwin dengan anak keluarga Oh.

Daeun menjeling Irene. Irene tak puas hati. Nak cari pasal ke, perempuan ni?

"Rasanya tak perlu kut nak peluk tangan Sehun macam tu." Lancar sahaja kata-kata Irene kepada Daeun. Daeun terkejut. Bulat matanya apabila Irene menyindirnya.

Sehun telan air liur. Pada masa yang sama dia meneka,Irene cemburu atau sebagainya. Dia memeluk erat pinggang Irene apabila Irene dan Daeun tidak lepas bertentangan mata.

"Biarlah,I dengan Sehun dah kenal selama 10 tahun." Balas Daeun dengan berlagak.

"Saya isteri dia dan dia suami saya. Tak salahkan saya nasihatkan awak,jangan peluk-peluk SUAMI orang tanpa kebenaran ISTERI. "Sengaja Irene menekankan status dia dan Sehun kepada Daeun. Daeun gigit bibir.

"Daeun,apa kata kau sapa eomma dengan Sejin. Dah lama kau tak jumpa dia kan." Ujar Sehun. Meredakan ketegangan di situ. Daeun menjeling Irene sebelum beredar dari situ.

"Jealous much,babe?"

"Jealous my ass. "

"Naughty girl."

Perbuatan Sehun mengundang rasa terkejut di dalam diri Irene. Dengan selamba sahaja,Sehun mencium pipinya di depan khalayak ramai. Irene menyentuh pipi kemudian menghadap mukanya ke muka Sehun.

Challenge Accepted (COMPLETE)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang