C7

480 32 0
                                    

Kereta diberhentikan setelah berada di dalam garaj. Sehun memalingkan mukanya memandang Irene yang sedang tercungap-cungap. Dia boleh nampak betapa kemas pegangan tangan Irene di seat belt. Mata terbuka dengan luas sekali. Well,cuba bayangkan kau duduk dalam satu kereta yang bergerak dengan kelajuan 120km/j? Gila tak seram?!

"Comelnya la kau ni. Takut ke?" Perli Sehun kemudian ketawa mengejek. Irene yang mendengar tu pun berasa sakit hati. Dia menjeling Sehun kemudian membuka seat belt dengan marah.

Sehun keluar dari kereta kemudian berjalan ke pintu penumpang sebelah pemandu. Menjadi seorang lelaki kenalah gentleman. Dia membuka pintu untuk Irene kemudian Irene dengan senang hati keluar. At least, ada jugalah macam gentleman.

"Eomma kau ada dekat rumah ke? Aku tak naklah membazir waktu dengan kau. Kita straight to the point je." Ujar Irene dengan angkuh. Sehun tersenyum sinis. Tangan Irene dicapai lalu diangkat hingga ke paras dagunya.

"Its not that easy,my dear." Balas Sehun kemudian mengucup belakang jari jemari Irene. Dia dalam proses menggoda hati kecil milik Irene.

Irene membuat muka tiada perasaan padahal dia agak terkejut dengan tindakan Sehun. Lelaki di hadapannya tidak boleh dijangka. Dengan perasaan yang cuba di cover dia menarik tangannya kembali. Beg tangannya disarungkan ke lipatan sikunya.

Sehun tersenyum sinis kemudian meletakkan tangannya ke dalam poket seluarnya.

"Kaja." Ajak Sehun lalu berjalan ke arah rumah dua tingkat di hadapannya. Irene mengekori dari belakang.

Irene memakai baju bercorak warna hitam dan putih tiada lengan manakala dia memakai skirt berwarna hitam gelap. High heel berwarna putih tersarung di kakinya. Sangat-sangat bergaya. Lagipun dia hendak bertemu dengan bakal eomma mertua dia kan...

Ding dong

Sehun menekan loceng rumah. Dalam beberapa minit, terdapat seorang perempuan dalam usia 19 tahun yang telah membuka pintu tersebut. Irene memandang remeja tersebut dari atas ke bawah.

Remaja itu memakai baju crop top berwarna hitam dan short pant berwarna merah.

Mulut Sehun terbuka sikit. Taklah terkejut sangat. Irene pulak menayangkan muka pelik. Yelah, dah pukul 12 tengah hari kut. Tak kanlah budak ni still tidur. Remeja itu masih lagi tidak sedar akan Sehun dan Irene kerana sibuk menggosok matanya. Selepas sahaja menggosok matanya,remaja itu mengangkat muka.

"Eo? Oh Sehun?" Ucap remaja itu dengan mamai kemudian kembali berjalan masuk ke dalam rumah. Sehun tercengang dibuatnya.

Tiba-tiba...

"Oh Sehun?" Terbeliak mata remaja itu kemudian dia cepat-cepat berpusing. Dia nampak muka Sehun yang poker itu. Bagi dia,dia namakan sebagai bitch face.

Depat kelajuan seperti The Flash, dia menerpa Sehun dengan gelabah.

"Op-oppa k-kenapa tak call Sejin sebelum datang? Op-oppa na-nak ju-jumpa eo-eomma eah? Eom-eomma tak ada kat rumah. D-d-dia belum balik dari Jepun!" Sehun hanya menyengetkan kepalanya setelah mendengar kata-kata adik perempuannya,Oh Sejin.

Irene terbau sesuatu yang memualkan dari Sejin. Dia cepat-cepat menekup hidung dengan menggunakan tangannya. Sehun juga bau juga cuma dia buat-buat tak bau. Nak tengok sejauh mana Sejin boleh menipu dirinya.

"Oppa balik dulu...nanti bila eomma sampai Sejin call,ok?" Sejin memujuk Sehun dengan muka comelnya. Dia tidak heran dengan Irene. Yang dia heran cuma abang dia sahaja.

Challenge Accepted (COMPLETE)Where stories live. Discover now