Ting! Tong! Ting! Tong!
Dengan langkah yang besar,dia membuka pintu rumahnya. Wajah kekasih hatinya menyapa pandangannya terus tangannya yang panjang melingkari bahu dan pinggang kekasih hatinya.
"Annyeong,Sehunnie." Sapaan seorang lelaki menyentak dia. Kepalanya diangkat dari ceruk leher isterinya kemudian memandang lelaki itu.
"Hyung..." lingkaran di pinggang isterinya semakin erat. Irene perasan dengan reaksi yang diberikan daripada Sehun. Dia cuba meleraikan pelukan tetapi hampa. Sehun sengaja mengeraskan badan.
"Kau jangan risau,Hun. Dia adalah isteri kau. Hutang dia langsai. Dia adalah adik ipar aku. Tergamak kau tuduh kitorang nak apa-apa kan dia." Ayat terakhir sengaja Luhan tuturkan. Dia mahu Sehun tahu bahawa dia dan Xiumin tak sekejam yang adik lelakinya sangkakan.
Pelukan di leraikan. Irene menolak sedikit tubuh Sehun yang berhampiran dengannya. Dia memandang mata Sehun dengan kerisauan.
"Hyung balik dulu. Say thank you to your oldest brother. He's the one who told me about Joohyun."
"Ne."
Selepas itu,kereta tersebut bergerak keluar dari halaman rumah Sehun. Sehun memandang muka Irene. Dipegang kedua-dua pipi Irene dengan risau.
"Gwaenchanha?"
"Gwaen—sniff—sniff—awak minum ke tadi?" Soal Irene seraya menghidu lagi baju kemeja berwarna hitam milik Sehun. Kemudian kolar baju Sehun di pegang kemudian di bau leher Sehun. Sehun menggigit bibirnya. Hembusan nafas Irene menggoda nafsunya.
"Kita masuk dulu,ya Joohyun." Ujar Sehun lalu menarik Irene masuk ke dalam rumah. Pintu rumah di kunci kemudian di tarik Irene masuk ke dalam bilik.
Irene meletakkan beg tangannya di atas meja kemudian di pandang Sehun dengan tajam. Dia menyilangkan tangan. Sehun mengemam bibirnya. Dia memikirkan beberapa idea yang bernas.
"Saya bau minyak wangi perempuan. Awak dari club, ke?"
"Eo."
"Wae?"
"Saja."
"Dengan perempuan?" Gigi di ketap. Perasaan cemburu menular di tubuhnya. Sehun tersenyum nakal.
Dia berjalan ke arah Irene. Pinggang ramping isterinya di peluk kemudian di tarik Irene sehingga Irene tersandar di dadanya.
"Aniya. Ada perempuan tu tiba-tiba menari dengan aku. Mungkin perfume dia dah melekat dekat aku." Terang Sehun untuk mengelakkan salah faham. Dia berasa Irene sangat comel apabila cemburu.
"Awak biarkan ja?" Sehun mengangguk. Tiba-tiba dadanya terasa senak. Irene menumbuk dadanya dengan perlahan tetapi berulang kali.
"Gatal. Gatal. Gatal. Ada isteri tapi buat macam tak ada isteri."
Sehun tersengih melihat Irene yang merajuk. Tangan Irene dipegang kemudian dia menarik dengan lembut ke arah katil. Irene dan Sehun duduk di atas katil.
"Kau dah tahu?" Soal Sehun sambil menyisir rambut kepunyaan Irene. Irene membiarkan sahaja.
"Tahu apa?"
"My feeling."
"Yes."
"Seems like I already lose."
"No."
Sehun merenung anak mata Irene dengan dalam. Balasan Irene menyentakkan dia. Irene tundukkan pandangan. Dia berasa malu apabila Sehun memandangnya sebegitu rupa.
Sikit sebanyak bibirnya mengukir senyuman kecil. Irene memegang tangan Sehun.
"Awak tahu tentang Suho oppa?" Soal Irene sambil jarinya tidak lepas dari mengusap tapak tangan Sehun.
"Tahu."
Irene menjatuhkan kepalanya ke bahu Sehun. Hatinya berasa sakit mendengar balasan Sehun. Bagaikan di remuk kemudian di hancurkan.
"Ke-kenapa tak bagitahu saya?" Soal dia dengan suara serak basah. Air mata sudah bertakung.
"Aku—oppa tak nak Joohyun keluarkan kata-kata sinis." Sehun mula bahasakan dirinya sebagai 'oppa' untuk memujuk Irene.
"Saya tak kuat,oppa..."air mata mengalir ke pipi. Esakan kecil mula kedengaran. Bahu Sehun terasa basah dek tangisan Irene.
Sehun menepuk bahu Irene dengan lembut. Kemudian di usap bahu isterinya dengan penuh rasa cinta.
"Esok kita jenguk Suho hyung,ye..."ujar Sehun.
"Eung..."
"Jom tidur. Joohyun pergi tukar baju dulu." Suruh Sehun dengan lembut. Irene akur.
Irene berdiri lalu berjalan ke almari bajunya. Baju pijama berwarna kuning di ambil kemudian beredar ke bilik air. Sehun pula ambil peluang untuk menukar bajunya.
Selepas menukar baju,mereka berdua merebahkan badan di atas katil. Sehun memeluk pinggang Irene yang ramping dengan erat. Badan mereka menyentuh antara satu sama lain. Haruman dari rambut Irene menenangkan Sehun. Badan hangat milik Sehun membuatkan Irene terlena dan mereka berdua terus masuk ke alam mimpi sambil berpelukan.
Ini adalah kali pertama mereka berdua tidur dengan keadaan yang intim. Tidur akan menjadi lebih lena jika pasangan berada di samping kita.
*****
Esoknya seperti di janjikan oleh Sehun,mereka berdua bergegas ke hospital di Gangnam. Irene yang paling resah. Imej dia memaki hamun abang kandungnya terlayar di kotak fikiran. Tanpa sedar,kukunya mencengkam tapak tangan sehingga berdarah.
"Joohyun!" Panggil Sehun dengan terkejut apabila dia ternampak darah yang mengalir di tangan isterinya. Cepat-cepat dia menekan signal ke kanan. Keretanya berhenti di tepi jalan.
Irene tersentak. Tapak tangannya terasa pedih. Baru dia perasan tangannya luka dek cengkamannya. Sehun membuka dashboard keretanya. Diambil kotak tisu dan ditarik beberapa helai tisu. Kemudian,dia menekan perlahan-lahan luka itu.
"Hissss!!!" Irene berdesis. Sehun membersihkan tapak tangan Irene dengan lembut.
Selepas itu,Sehun mengambil sapu tangan dia yang berwarna merah di dashboard kereta kemudian di ikat di tapak tangan Irene bagi menghentikan pendarahan.
Irene hanya memandang tingkah laku Sehun tanpa membantah. Kalau dulu,memang Irene dah bagi kata-kata sinis dekat Sehun. Ego terlalu tinggi.
"Jangan cederakan diri sendiri. Oppa sayangkan Joohyun. Oppa tak nak Joohyun jadi macam ni. Kuat kan semangat ye..."pujuk Sehun dengan lembut.
"Sehun-ah..."suara Irene menjadi serak-serak basah. Matanya berkaca-kaca. Air mata mula keluar dari tubir matanya.
"Eung?"
"Saranghae." Ucap Irene dengan sebak. Dadanya terasa ringan setelah mengucapkan kalimah keramat itu.
Sehun tersenyum kecil lalu memeluk kejap tubuh genit isterinya.
"Nado saranghae."
To be continue....
Author akan hiatus selama 3 minggu sebab exam. Sorry sebab macam tak best je update kali ni.
Byeeee~
ANDA SEDANG MEMBACA
Challenge Accepted (COMPLETE)
FanfictionCast Sehun Irene "Challenge Accepted." Kena tahan diri supaya tak fall in love dengan Sehun. Mampu ke Kim Irene? 29/10/2017 - #464 in Fanfiction
