Senyuman palsu terukir di bibir Irene dengan semula jadi. Sehun memuji lakonan Irene yang sangat bagus. Sehun memegang pisau kek bersama Irene. Kek tiga tingkat yang telah ditempah khas oleh Sehun. Kek tersebut dibuat oleh kawannya,Minseok.
"Hana,dul,set!" Kira Irene kemudian memotong kek itu dengan Sehun. Semua orang menepuk tangan apabila mereka telah memotong kek itu.
Sehun terus melepaskan pisau kek itu kemudian melihat Irene yang memotong kek seterusnya. Irene meletakkan sekeping(betul ke) kek di atas pinggan lalu mengambil garfu. Di cuit sedikit krim itu kemudian dicalit di hidung Sehun. Sehun agak tersentak. Irene ketawa melihat riak wajah Sehun membuatkan seluruh tetamu ketawa juga. Tanpa sedar,Sehun tersenyum kecil lalu mengambil tisu untuk mengelap hidungnya.
Irene menyuap kek tersebut kepada Sehun kemudian Sehun juga membuat perkara yang sama. Cahaya daripada kamera tidak terhenti-henti berkelip ke arah mereka. Mereka seperti sepasang kekasih yang sudah lama bercinta.
"Ahem,"
Seluruh tetamu mulai diam selepas mendengar deheman itu. Irene agak terkejut melihat Seulgi yang berada di atas pentas. Seulgi amat cantik dengan memakai kot berwarna kuning paras lutut.Dia agak pelik kenapa Seulgi tidak memakai baju formal. Seulgi juga turut memakai wedges sneakers.
'Seulgi makin kurus.'
Getus hatinya. Dia memandang badan Seulgi yang sangat kurus dan cantik itu. Tanpa sedar,Irene telah mengukirkan senyuman sebak. Matanya berkaca-kaca.
"Hrm..saya Kang Seul Gi. Chinggu Irene dari sekolah menengah. Saya nak ceritakan serba sedikit tentang Irene."
Dada Irene berdebar-debar. Dia tak tahu apa yang Seulgi akan katakan. Dia takut Seulgi akan memalukan dirinya.
"Irene adalah seorang gadis yang sangat baik,cantik dan genius. Dia sangat cantik. Ramai sukakan dia sampai budak lelaki berbaris nak bagi coklat pada hari Valentine. Dia juga seorang ketua yang sangat hebat. Kami mempunyai sebuah kumpulan yang bernama RED VELVET. Irene yang menubuhkan kumpulan itu. Irene juga yang telah membuat sebuah lagu dan tarian semasa dia sekolah menengah." Irene menundukkan kepalanya. Semua memberikan pandangan luar biasa kepada Irene termasuk ahli keluarganya. Sehun dah tahu jadi tak bagi riak muka sangatlah.
"Dia pernah masuk audition di SME dan berjaya tapi dia kata dia terpaksa menolak tawaran itu kerana ingin meneruskan syarikat milik mendiang appanya. Bagi kami,Irene unnie seorang yang luar biasa. Wanita luar biasa." Seulgi terus membuka kotnya. Seulgi memakai baju atas pusat dan seluar pendek berwarna puti dan merah.
Selepas menuturkan kata-kata itu,Irene menjadi terkejut melihat Wendy,Yeri dan Joy juga menaiki pentas itu dengan memakai baju yang sama cuma berlainan corak dan warna. Dia kenal baju itu!
"Seolma..." bulat mata Irene apabila mengetahui apa yang akan terjadi. Sehun yang mendengar itu pun memandang Irene.
"Ini adalah lagu dan tarian ciptaan Irene unnie semasa umurnya 17 tahun. Russian Roulette."
La-La-La-La-La–
nalkaroun Secret dul-leo-ssan
yae-gin be-il so-ge
jeom-jeom deo gi-peun H-H-Hush
ma-meul gyeo-nwo i-je
yeo-gin non-tong eo-du-un bam ha-neul-saek
geu-rim-ja-jo-cha gi-reul ril-ke hae
![](https://img.wattpad.com/cover/82699744-288-k495154.jpg)
YOU ARE READING
Challenge Accepted (COMPLETE)
FanfictionCast Sehun Irene "Challenge Accepted." Kena tahan diri supaya tak fall in love dengan Sehun. Mampu ke Kim Irene? 29/10/2017 - #464 in Fanfiction