C3

545 42 0
                                        

No One POV

Irene mematikan enjin setelah berada di garaj rumahnya. Dia nampak ada sebuah kereta Audi berwarna putih di sebelah keretanya. Wah,kereta siapa ni? Audi terbarulah!

Irene berjalan memasuki rumah. Dia nampak Chaera dan Mak Cik Kang sedang menyapu sampah. Rumah besar macam ni ingat seorang sahaja boleh sapu? Matilah kalau macam tu. Dengan megah Irene berjalan melintasi mereka berdua. Sempat dia berkata sesuatu.

"Kerja. Jangan nak curi tulang pula." Sinis sahaja percakapan Irene. Chaera mengusap belakang badan Mak Cik Kang. Dia sendiri kadang-kadang sakit hati juga dengan perangai baru Irene. Tapi kira oklah sebab Irene melayan dirinya lebih baik dari semua orang.

Masuk sahaja di ruang tamu,dia nampak Puan Kim serta seorang lelaki sedang berbual. Dia seperti pernah nampak lelaki tu.

"Mummy. "Panggil Irene. Puan Kim mengangkat mukanya. Bibirnya mengukir senyuman lebar apabila nampak anak perempuannya sudah balik.

"Irene dah balik? Meh, mummy kenalkan business partner terbesar kita." Irene mendekati Puan Kim. Baru dia nampak muka lelaki tu.

Irene terkejut.

"You?! Lelaki psiko tu?!" Irene nampak lelaki psiko tu hanya tersenyum sinis.

"Lelaki psiko? Apa yang Irene merepek ni? Ni calon suami Irene tau." Keterangan Puan Kim menyentap hati Irene. Suami? Hell no way!

"No, mummy! I'm still yo—"

"Ya,ya you still young. But you already 24 years old."

"I have Henry." Dalam hati Irene dah ketawa sinis. Henry? Memang Irene sayangkan Henry tetapi untuk menjadikan dia sebagai suaminya. Oh no! Henry awal-awal lagi kata tak bersedia lagipun diorang dah break kan...

Puan Kim mendengus. Dia tak suka Henry kerana lelaki itu tidaklah kaya mana. Kalau nak dibandingkan dengan lelaki di hadapannya memang langit dengan bumi aja dengan Henry.

"Irene,kenalkan ni Oh Sehun. Dia memiliki sebuah syarikat yang terkemuka di Korea iaitu Oh Entertainment. "Mata Irene membutang mendengar nama syarikat yang besar tu. Tak sangka mummy nya mempunyai business partner yang hebat!

Sehun bangun lalu menghulurkan tangannya. Sehun tersenyum sinis melihat air muka Irene yang terkejut itu. Oh my Irene. You really forgot about me.

"Hi,Kim Joo Hyun-ssi?"

"I'm sorry. My name is Kim Irene not Kim Joo Hyun."

"But still its your true name."

Irene mendengus kasar. Agak bengang dengan lelaki di hadapannya. Dia membuat muka dingin kepada Sehun. Sehun hanya tersenyum sinis.

"Rasanya kita perlukan privasi,am I right? We need to talk." Ujar Sehun dengan lembut.

"There's nothing we need to talk,Oh-goon. The door is over there." Mata Puan Kim membulat. Tak sangka Irene sanggup menghalau Sehun. Bukan senang nak dapat business partner yang terkemuka!

"Tch! 24 September di Sungai Han. Pukul 11:30 malam." Kali ni mata Irene membesar. Tarikh tu...

Shit!

Irene menarik pergelangan Sehun lalu berjalan ke taman belakang. Tak! Mummy tak boleh tahu!

Puan Kim tercengang apabila melihat anak perempuannya menarik Sehun ke taman belakang. Tadi bukan main menghalau! Dia agak curiga mendengar kata-kata Sehun tadi. Bukan senang melihat Irene yang panik sekarang ni.

*****

Irene melepaskan pegangannya. Dia merenung tajam kearah Sehun namun Sehun masih mengekalkan muka dingin. Cuma senyuman sinis semakin lebar diukir olehnya.

"Tak cukup lagi ke awak dah warning saya di e-mail? Ni sampai datang ke rumah saya?!" Marah Irene.

"Memang perlu sebab hutang kau perlu di jelaskan dengan segera. Aku ingatkan kau tak kenal aku. Maklumlah aku kan dah berubah. Dari Oh nerd kepada the handsome Oh. "Jelas Sehun dengan sinis.

"Saya...saya boleh bayar tapi sikit-sikitlah..." kendur sahaja suara Irene. Cakap sahaja tentang hutang,dia dah jadi Kim Joo Hyun.

"Setakat sebulan 2000 ke 3000 dollars macam mana nak habis? Dengan bunga kau lagi? Bila nak habis,Joo Hyun sayang?" Provoked Sehun. Dia suka melihat Irene ketakutan.

"Tolong bagi saya masa sedikit. Tolong jangan bagitahu mummy saya. Please... "rayu Irene. Egonya jatuh ke kaki. Kalau mummy nya tahu tentang perkara ini. Sudah pasti wanita tua itu kecewa dengan dirinya.

"Aku dah cakap,jangan berurusan dengan keluarga aku tapi kau degil. Aku terpaksa buat semua ni. Kau hanya tinggal seminggu untuk jelaskan 80 juta dollars. Termasuk bunga."

Mata Irene membulat. Seminggu nak dapatkan duit sebanyak tu, macam mana? Kalau kerja setengah mati pun belum tentu dapat. Irene buntu. Dia terpaksa buat semua ni. Demi keluarganya.

"Aku bagi kau pilihan." Irene mengangkat mukanya. Memandang Sehun dengan muka yang resah. Dia mengharapkan pilihan yang diberikam oleh Sehun berbaloi.

"Bayar 80 juta dollars dalam masa seminggu ni atau..."

Sehun mendekati Irene. Air liur ditelan dengan kesat tatkala minyak wangi milik Sehun menusuk rongga hidungnya. Jantungnya juga berdegup dengan kencang. Bagaikan sebentar lagi jantungnya akan meletup sahaja.

"Kahwin dengan aku." Bisikan Sehun membatukan Irene. Dia memandang Sehun yang berada betul-betul di tepinya.

Muka mereka amat dekat dan kalau salah seorang mereka yang bergerak kehadapan,alamatnya bersentuhan bibirlah jawabnya. Tersedar dari lamunannya,Irene meletakkan tangan di dada Sehun lalu menolak perlahan badan Sehun agar jarak mereka bertambah. Mukanya terasa panas sangat ketika ini.

"T...tak ada pilihan lain ke?" Soal Irene tergagap. Bukan boleh di buat main soal kahwin-kahwin ni. Kahwin seumur hidup bukan sehari. Bukan seminggu. Bukan sebulan. Bukan setahun sahaja!

Isu kahwin perlu di ambil serius bukan mudah seperti menyebut huruf 'A','B' atau 'C'. Dia sudah berjanji dengan dirinya,dia hanya akan berkahwin sebanyak sekali sahaja dalam seumur hidup. Dia juga mahu perkahwin atas dasar cinta bukan paksaan atau sebagainya. Ni bukan drama atau novel klise!

"Ada. Bayar 80 juta dollars tu." Selamba aja Sehun menjawab. Dia memang dah tahu Irene akan mencari pilihan lain. Dia dah kenal Irene sangat-sangat.

"Tolonglah,Sehun. Saya....saya tak boleh kahwin dengan awak. Saya...saya tak cintakan awak. Tolonglah bagi masa kepada saya. Saya mohon." Rayu Irene dengan sedih. Tangan Sehun diraih. Dipandang mata Sehun dengan dalam. Meminta belas kasihan.

"Aku tak boleh,Joo Hyun. Aku dah bagi amaran awal-awal lagi. Sebelum meminjam duit dari keluarga aku,kau perlu fikir masak-masak. Sekarang kau dah tak boleh undurkan masa. Bila-bila masa sahaja aku boleh ambil syarikat keluarga kau." Terang Sehun dengan selamba. Tangan yang diraih oleh Irene,ditarik tanpa ada perasaan.

"Satu-satu sahaja caranya adalah kahwin dengan aku. Automatically, kau dah tak ada hutang dengan kita orang sebab kau dah jadi ahli keluarga kita orang." Jelas Sehun dengan lebih terperinci. Irene terdiam namun matanya berkaca-kaca memandang Sehun.

"Aku bagi kau tempoh seminggu untuk kau fikirkan. Jalja." Ujar Sehun lalu meninggalkan Irene.

Irene menarik nafasnya sedalam mungkin agar air matanya tidak jatuh. Namun kekuatannya tidak seperti yang dijangakanya. Setitis air mata gugur dari kelopak matanya. Lama kelamaan semakin deras titisan air mata yang mengalir ke pipi. Sejujurnya dia buntu. Buntu!

Challenge Accepted (COMPLETE)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang