C25

511 30 4
                                    

"Tak guna! Tak guna! Tak guna!"

"Apa yang tak gunanya, Daeun?"

"Sehun dengan bini dialah,Daehyun oppa!" Marah Daeun. Kedua-dua lengannya di silangkan di dada. Punggungnya menghenyak sofa dengan marah sambil bibirnya di herot-herotkan.

"Lantak dialah. Sehun dengan isteri dia bukan mistress dia." Ujar Daehyun dengan selamba. Dihirup air nescafe yang ada di dalam mug merah yang besar sambil matanya tak lepas dari menonton rancangan kegemarannya,CSI.

Daeun menampar bahu abangnya dengan marah yang berada di sebelah kirinya. Daehyun jadi tersedak kerana tamparan adiknya.

"Kau gila ke?! Tumpah kena kau tak pe jugak. Ni tak! Tumpahnya kat sofa!" Marah Daehyun. Dia terus bangun dari sofa. Jelas terpampang kesannya. Bukan kecik. Besar pulak tu.

"Sapa nak keringkan ni?!"

"Oppa lah!!!" Jerit Daeun kemudian beredar ke tingkat dua di mana biliknya berada.

"Haish! Tak guna punya adik!" Keluh Daehyun dengan marah.

*****

"Weyh,aku bosanlah."

"Weyh!"

"Irene!"

"Kim Joo Hyun!"

"Yah,Joo Hyunnie!!!"

"Mwo?!!!" Balas Irene dengan bengang. Di tatap muka kawannya dengan marah sekali.

"Dah-dahlah tu menghadap besi tu. Hadap aku lagi bagus. Comel plus cantik lagi tu."

"Mohon meninggal,Kim Dami." Balas Irene seraya menekan papan kekunci komputernya. Dami mencebik.

"Kau melepak pun,Sehun boleh bagi kau makan kut." Ujar Dami. Irene menggulingkan matanya.

"Takkan aku nak harapkan Sehun je. Aku pun nak kerja jugak lah!" Balas Irene sambil matanya tak terlepas dari skrin komputer.

"Ish,kau ni!" Sebal hati Dami dibuatnya. Jarinya menekan skrin telefonnya dengan laju.

Irene buat tak endah aja. Sapa suruh datang semasa dia berkerja? Memang nak kena penampar lah jawabnya.

"Hello Sehun!" Telinga Irene berdesing apabila mendengar Dami menyebut nama Sehun. Pantas matanya menoleh ke arah Dami.

Dia nampak ada telefon melekat dekat telinga perempuan itu. Shit!

"Woi perempuan!!!" Panggil Irene dengan nada yang marah. Tangannya cuba menyambar telefon milik Dami.

Dami mengelak serangan Irene.

"Kau tolong cakap dengan Irene suruh makan tengah hari. Dia tak nak. Ok ok." Tiba-tiba Dami memberikan telefonnya kepada Irene. Irene buat muka pelik.

"Laki kau nak cakap."

Irene menjegilkan matanya sambil tangannya merampas telefon pintar Dami. Terus telefon itu di tekap di telinganya.

"Yeoboseyo?" Irene memulakan perbualan. Dalam diam,dia juga kecut. Takut kena marah dengan Sehun.

"Kenapa tak nak makan tengah hari?"

"Diet." Balas Irene dan di beri muka meluat oleh Dami.

"Dah kurus tu jangan kurus sangat,Hyunnie. Pergi makan dengan Dami. Nanti masuk angin,oppa juga yang susah." Pujuk Sehun di talian sebelah. Irene menggigit bibir menahan senyuman.

Challenge Accepted (COMPLETE)Where stories live. Discover now