C22

466 27 6
                                    

"Bilik Kim Joomyeon di mana?" Itu soalan pertama yang di tanya oleh Irene setelah berada di kaunter hospital tersebut.

"Cik adalah ahli keluarganya ke?" Soal jururawat yang bertugas di situ. Irene mengangguk beberapa kali.

"Tunggu sekejap ya. Saya check dahulu."

Irene hanya diam. Sehun memegang tangan Irene. Tangan Irene berpeluh dan basah. Sejuk juga. Dia faham dengan keadaan Irene. Irene memberikan senyuman kepada Sehun.

"Bilik 53 di tingkat 3." Ujar jururawat itu.

"Kamsahabnida." Ujar Sehun dan Irene. Mereka berdua berjalan pantas ke lif.

Irene menekan butang lif beberapa kali. Tindakan itu menyebabkan Sehun memegang kedua-dua tangan Irene.

"Jangan gelabah,sayang. "Tegur Sehun dengan tegas. Irene tertunduk.

Ting!

Pintu lif terbuka. Sehun menarik lembut tangan Irene untuk masuk ke dalam lif tersebut. Irene hanya diam. Sehun menekan butang nombor 3. Pintu lif itu tertutup. Sehun memeluk bahu Irene. Irene tersandar di dada Sehun.

"Jangan gelabah,sayang. Suho hyung tak lari mana pun. Calm down, wife." Pujuk Sehun.

"Ne..."

"Hahahahaha!" Tiba-tiba Sehun ketawa kecil. Irene mengerutkan dahinya memandang ke atas. Dah kenapa suami aku gelak sorang-sorang?

"Dah kenapa oppa gelak sorang-sorang?" Tanya Irene. Sehun memandang Irene selepas ketawanya reda.

"You know what...dulu,Hyun macam singa tapi sekarang Hyun dah macam anak kucing. Cute!" Jawab Sehun. Irene mengembungkan pipinya.

Kalau boleh dia tak nak ingat benda lama tapi Sehun puji dia comel. Dia berasa malu tapi tak salahkan perasan sekejap. Kembanglah sikit suami sendiri puji. Suami tercinta pulak tu. Stop berdrama,please Oh Joohyun?

"Hah,nak perasanlah tu. Ok,oppa tarik balik pujian tu." Usik Sehun.

"Eiii,dah puji tapi tarik balik! Kedekut!" Marah Irene. Muncungnya sedepa. Sehun ambil kesempatan dengan mengucup bibir kecil itu.

"Yah,Oh Sehun!" Panggil Irene dengan terkejut. Secara tak langsung nada suaranya agak tinggi. Sehun tersengih nakal.

Kenapalah lif ni lama sangat? Sengaja ke apa?

Keluh hati Irene.

Ting!

Yes!

Sorak hati kecil Irene. Irene terus keluar dari lif itu dengan cepat. Dia nak tinggalkan Sehun tapi Sehun tangkap pinggangnya. Macam tau-tau je mamat muka putih ni.

Mereka berdua berjalan ke bilik nombor 53. Agak lama juga mereka berjalan akhirnya sampai juga. Bilik VVIP.

Irene berhenti betul-betul depan pintu bilik nombor 53 itu. Dia berasa takut hendak masuk. Mana tahu dia tidak di sukai oleh Suho. Kita tak tahu apa yang Suho fikirkan.

"Sayang bersedia?"

"Oppa rasa,Suho oppa terima saya balik tak?" Soal Irene dengan gelisah. Mukanya menampakkan riak serba salah.

"Of course my dear. Hyun adalah adik kandung Suho hyung. Walau apa pun jadi,Hyun tetap adik hyung." Balas Sehun dengan lembut. Irene membasahkan bibirnya yang kering. Dia berasa sedikit lega apabila Sehun berkata sebegitu.

Tangannya menggeletar apabila menyentuh tombol pintu bilik itu. Jantungnya berdebar-debar. Namun baru sahaja Irene mahu memulas tombol itu,pintu bilik telah pun di buka dari dalam. Irene menjadi terkejut.

Challenge Accepted (COMPLETE)Where stories live. Discover now