Soalan itu membuatkan Irene tersentak. Irene memandang muka Puan Oh yang menunjukkan beberapa design baju wedding nya dengan Sehun.
"Hah? Maaf aunty, Ir—Joo Hyun mengelamun tadi." Irene mengukir senyuman manis keterpaksaan kepada Puan Oh.
"Haih...bakal pengantin tak baik mengelamun. Kenapa? Dah fikir nak bagi eomma cucu ke?" Usik Puan Oh. Muka Irene membahang.
"Tak adalah,aunty." Bantah Irene. Malunya! Cakap pasal cucu pulak macamlah aku hadap sangat anak dia! Keluh hati Irene.
"Aunty pulak eomma ajalah. Hujung bulan ni kan dah nak kahwin. Dah nak jadi menantu dah." Ujar Puan Oh dengan seronok. Irene hanya senyum paksa sahaja. Tak senyum nanti kena jeling pulak.
Sehun hanya melihat Irene dari jauh. Dia sedang menunggu tuxedo berwarna putihnya. Manakala Irene sedang melihat design baju pengantin perempuan yang baru-baru. Tarian lagu Mr Mr yang di lakukan oleh Irene masih lagi segar di ingatan Sehun. Tak sangka perempuan itu masih ingat tarian tersebut. Dia masih lagi ingat Irene ketika sekolah menengah sering menari di atas pentas. Ada khabar angin mengatakan Irene pernah kena casting dengan salah seorang crew dari SM Entertainment. Tak tahulah betul ke tak. Kalau betul kenapa tak jadi trainers je?
"Oi Encik Oh Sehun! Nak tenung bakal isteri tu pun tunggulah lepas kahwin. Tak sabar betullah." Usik seorang wedding planner yang macam mak nyah sebelah Sehun.
Sehun memberikan senyuman nipis. Terus dia mengambil tuxedo hitam.
"So I have to wear this tuxedo?"
"Yes,we have to take several photo for your wedding. "
"Alright. "
Selepas mendengar balasan wedding planner itu,Sehun terus masuk ke dalam fitting room.
"JooHyun,I love this dress. Totally beautiful. " ujar Puan Oh dengan gembira.
Puan Oh gelarkan dirinya sebagai Kim Joo Hyun bukan Irene Kim. Esoknya, Sehun bawak Irene berjumpa dengan eommanya. Puan Oh ni baik dan dia terus terima Irene sebagai menantu. Mesti Sehun ada cakap something sebelum diorang jumpa.
Actually Irene malas nak layan semua ni. Kepura-puraan betullah! Tapi...orang tua kena layan elok-elokkan. Hormat katakan...
Irene POV
Aku tengok baju yang ditunjukkan oleh Puan Oh. Hampir tercabut mata aku. Serius cantik gila!
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Dress ni cantik sangat tetapi aku tak suka. Cantik memang cantik tapi tak kena taste aku. Aku nak bantah tapi rasa bersalah pulak.