C20

453 31 9
                                    

Jus tembikai yang di pesan sebentar tadi di sedut sedikit menggunakan penyedut minuman.

Irene memandang tajam lelaki yang berada di hadapannya. Lelaki yang pernah dicintainya sebelum ini. Tak pernah di sangka lelaki ini mahu menjumpanya hari ini.

"Tak sangka pula saya yang awak sudi jumpa saya."

"Aku sebenarnya tak ingin pun nak jumpa kau." Balas Irene dengan kasar. Henry tersengih.

"Kasarnya kau Irene."

"Cut the crap. Apa yang kau nak cakap?" Soal Irene tanpa berkias-kias. Dia tak teringin pun nak berlama-lama dengan Henry ni.

"Kau tak terfikir nak berubah ke,Irene?"

Kening Irene berkerut. Pandangan Henry sukar di tafsir.

"Maksud kau?"

"Aku kenal kau sejak kau sekolah rendah lagi. Mungkin kau tak ingat tapi aku dulu tak suka sangat bersosial jadi ramai yang tak perasan aku wujud." Irene terdiam. Henry menyambung.

"Aku kenal Oh Sehun. Well,siapa yang tak kenal kan. Kim Joo Hyun,kau dulu baik tau. Tak macam sekarang. Kau dulu seakan-akan bidadari yang turun dari syurga."

"Diam."

"Tapi sekarang,kau sombong. Riak. Langsung tak fikir tentang keluarga kau."

"Diam!"

"Sampai tak tahu yang oppa kau lari ke luar negara sebab nak rawat penyakit kansernya."

Irene terkedu. Tangan Irene berpeluh. Bibirnya menjadi kering. Bibirnya menggeletar.

"A-apa maksud kau? Kau jangan nak menipu aku,Henry Lau!" Bentak Irene. Dia tak percaya. Dia memang tak percaya dengan apa yang Henry cakap.

"Oppa kau lari ke Eropah sebab dia nak rawat kanser jantungnya yang berada di stage 1 tapi rawatan itu tak berjaya dan akhirnya melarat ke stage 3. Dia baru sahaja ingin membuat rawatan tapi dia dapat tahu tentang kematian mendiang appanya. Dia terus pulang ke Korea. Tapi dia tak sangka,pulang sahaja ke Korea dia telah di jemput dengan adik perempuan yang jahat."

Air mata mula keluar dari mata. Badannya kaku. Lidahnya kelu mendengar kata-kata Henry. Irene pandang Henry dengan pandangan tak percaya. Nafasnya menjadi sesak.

"K-k-kau t-tipukan..."ucap Irene dengan gagap. Dadanya terasa sakit sangat. Air liur di teguk dengan perit. Dia cuba menghentikan tangisan tapi makin lama makin susah.

"Aku tak tipu."

"Oppa dah sampai stage ke berapa?" Soal Irene. Dia harap Suho tak sampai stage 4 . Dia pandang Henry dengan pandangan mengharap.

"Suho masuk ke hospital pagi tadi kerana pengsan. Dia telah berada di stage 4." Badan Irene menjadi kejang. Dia seakan-akan tidak bernafas setelah mendengar kata-kata Henry.

"Suho berada di Gangnam Hospital. Selebihnya kau kena tahu daripada Suho. Aku minta diri dulu." Henry bangun dari tempat duduknya kemudian beredar dari kafe itu setelah tugasnya sudah selesai.

Irene bagaikan patung yang berada di kafe itu. Dia mula terimbau kenangan-kenangannya bersama Suho. Air mata mengalir dengan lebih laju. Buat seketika,Irene terduduk dengan kaku.

Tak lama selepas itu,Irene bangun dari tempat duduknya sambil memakai beg tangannya kemudian berjalan keluar dari kafe itu dengan langkah yang longlai.

"Oppa..." air mata Irene keluar dengan deras. Pandangannya menjadi kabur.

Irene berhenti berjalan di tepi jalan. Dia menunggu teksi. Dia ingin pulang ke rumah dan tenangkan diri.

Challenge Accepted (COMPLETE)Where stories live. Discover now