Irene masuk ke dalam kereta dengan muka yang cemberut. Tiada langsung senyuman terukir di bibirnya. Sehun ketawa kecil kemudian menurunkan padel brek lalu membawa kereta keluar dari halaman rumah keluarga Oh.
Sepanjang perjalanan, hanya bunyi cengkerik sahaja yang berbunyi. Sehun mengerling ke arah kanannya. Dia nampak Irene masih lagi dengan muka cemberut.
"Dah dahlah tu cemberutnya. Nanti cepat tua."
"So what kalau aku tua pun?" Balas Irene dengan jelingan tajam.
"Enjoy ajalah Irene. Aku pun tak tahu yang eomma dah plan baik punya. Jangan nak salahkan aku." Ujar Sehun sambil matanya melirik ke arah Irene.
"Kan aku dah cakap,aku tak nak honeymoon ni semua bagai. Buang duit. Buang masa dan buang tenaga. Tiga hal!" Balas Irene sambil mengeluarkan jari telunjuk, hantu dan manis nya. Selepas itu,dia mengembungkan pipinya dan menyilangkan tangan di dada.
"Sekali sekala bercuti apa salahnya? Kau tak stress ke masuk pejabat aja? Lainlah kau tak ada perasaan."
"Bukan aku yang tak ada perasaan tapi kau. " ujar Irene.
"Amboi sedap mulut kau mengata suami kau. Ingatnya Irene,aku ni suami kau. Kau kena dengar cakap aku." Kata Sehun dengan megah.
"Make me, Oh Sehun."
"We'll see about that, Oh Joo Hyun."
*****
Sehun memberhentikan kereta di hadapan hotel yang telah dikatakan oleh eomma appanya. Mereka hanya berbulan madu di Jeju je. Tu pun susah gila nak pujuk Irene. Mulanya Puan Oh suruh diorang pergi Rusia tapi Irene awal-awal lagi dah tolak. Rusia kut! Nak aja disekeh kepala Irene.
Sehun melihat Irene yang sedang tidur dengan lenanya. Ditilik muka isterinya yang cantik itu. Haihh,macam manalah orang secantik macam dia ada sejarah yang sangat teruk? Tiada sesiapa boleh nafikan bahawa Irene memang seorang yang cantik. Irene pernah dikategorikan sebagai business woman yang tercantik di Korea.
Dia mula teringat apa yang terjadi kepada Irene semasa hari perkahwinannya.
Flashback
"Terima kasih kepada kawan-kawannya kerana membuat kejutan yang sangat-sangat menakjubkan. Saya rasa cerita Seulgi agak terlebih kut sebab mana ada lelaki berbari nak bagi coklat dekat saya."
Para tetamu ketawa. Ahli Red Velvet yang lain buat muka tak percaya. Joy siap tunjukkan penumbuk kecilnya. Irene ketawa kecil.
"Erm,tentang audition SME tu memang betul tapi saya tolak sebab saya nak teruskan syarikat appa. Lagi pun Suho oppa lebih meminati bidang medical jadi saya lah yang perlu galas tanggungjawab sebagai anak kedua di dalam Keluarga Kim."
![](https://img.wattpad.com/cover/82699744-288-k495154.jpg)
YOU ARE READING
Challenge Accepted (COMPLETE)
FanfictionCast Sehun Irene "Challenge Accepted." Kena tahan diri supaya tak fall in love dengan Sehun. Mampu ke Kim Irene? 29/10/2017 - #464 in Fanfiction