C5

488 38 2
                                    

Irene menolak tangan Sehun yang sedang menutup matanya. Dia menghadap Sehun dengan marah. Ringan sahaja tangannya menyentuh pipi kanan Sehun dengan kuat. Kuat sehingga ada kesan merah yang sangat terang.

"Aku. Tak. Akan. Kahwin. Dengan. Pembunuh." Satu persatu kata-katanya disebut agar jelas didengar oleh Sehun.

"Dan kau pun nak mati macam lelaki tu?" Ujar Sehun dengan bengang. Dia menatap mata Irene yang sedang menahan api kemarahan yang besar.

"Aku lebih rela mati dari berkahwin dengan kau!"

"Dan syarikat kau,aku akan ambil. Sebab apa? Sebab syarikat tu maju sebab duit keluarga aku jugakkan?" Irene terkedu. Syarikat tu memang daripada duit keluarga Sehun tapi dia yang usahakan! Dia yang usahakan!

"Tak! Aku tak akan bagi dekat kau! Never!"

"Kau jangan menyesal kalau aku libatkan mummy kau!"

Irene terkedu. Dia menggenggam penumbuknya. Orang macam Sehun tak layak hidup. Tak layak! Irene mengetap giginya. Ia demi keluarganya terutama Puan Kim. Dia sayangkan Puan Kim.

"Hantar aku balik." Balas Irene lalu berjalan ke arah kereta Sehun.

Sehun mengetap giginya. Dia berjalan ke arah Irene lalu pergelangan Irene dicengkam kuat. Terasa kuku Sehun menusuk kulit Irene.

"Kau jangan ingat kau boleh terlepas dari aku,Kim Joo Hyun!" Gertak Sehun. Matanya mencelur mata Irene. Irene dengan berani menentang mata Sehun. Dia tidak gerun membalas renungan lelaki itu. Apa yang dia nampak di dalam mata Sehun hanyalah kesedihan,kedinginan dan kesunyian. Sama macam dirinya.

"Aku nak balik!" Balas Irene dengan kasar. Dia merentap tangannya lalu berjalan ke arah kereta.

Pintu kereta sebelah pemandu di buka kemudian Irene masuk ke dalam perut kereta. Pintu kereta itu pula ditutup kuat. Nak tak nak Sehun terpaksa mengikut rentak Irene. Dengan marah,Sehun berjalan lalu memasuki kereta itu. Enjin dihidupkan lalu kereta itu bergerak pergi dari gudang tersebut.

*****

Irene meraup mukanya kerana tekanan yang dihadapinya sekarang ini. Dia tak tahu nak buat macam mana lagi. Macamlah dia tak tahu pekerja-pekerja di syarikatnya sedang bergosip tentang dirinya.

I can't feel my face cause I'm with you
But I love it, but I love i—

"Hello? "Jawab Irene dengan malas. Tubuhnya disandarkan ke kerusi pejabatnya manakala sebelah tangannya mengurut dahinya.

"Hello, Irene. Mummy lupa nak bagitau yang mummy ambil duit 10 juta dollar untuk biayai U Joomyeon."

Automatically, mata Irene membulat. Dia macam tak percaya apa yang dia dengar sekarang ni. 10 juta dollar untuk Kim Joomyeon?! Dan 10 juta tu duit syarikat ke? Irene mengetap giginya.

"Tu.... duit mummy....kan?" Lambat-lambat Irene mengatakan ayat tersebut. Dalam hatinya sudah berdoa bahawa duit itu duit Puan Kim.

"Tu... duit company... kalau mummy minta dekat Irene mesti Irene tak bagi. Ini untuk company jugak—"

"What the hell are you talking, mummy?! Tu duit syarikat! Duit klien! Mummy tak boleh sesuka hati keluarkan duit syarikat macam tu aja and one more thing,you doing this for company? Oh my gosh,are you kidding me? Mummy, akan bankrupt kan syarikat ni! Don't you think about this?!" Disebabkan tertekan dia terus menyembur Puan Kim. Apa yang Puan Kim buat tu salah! Mana dia nak cari 10 juta dollar tu? Hutang Sehun pun tak berbayar apatah lagi ditambahkan 10 juta dollar tu?

Challenge Accepted (COMPLETE)Where stories live. Discover now