Kenapalah hidup aku klise macam drama?
Selepas Sehun tumbuk Henry,dia terus tarik tangan aku. Tarik tangan aku jauh dari tempat kejadian. Acah jadi detektif conan.
Bila dah cukup jauh,dia lepaskan tangan aku kemudian pandang aku macam aku ni seorang budak kecil berumur 5 tahun. Aku angkat kepala. Memandang mata cantik dia. Jap...cantik? Kenapa dengan aku ni?
"Waeyo?" Soal aku. Seram tau kena pandang macam tu.
"Siapa lelaki tu?" Tanya dia pulak. Haih...soalan di jawab soalan.
"My ex-boyfriend. Henry."
"Your ex? Patutlah dia try nak kiss wife aku." Selamba aja dia tutur ayat itu. Dia tak... jealous ke? Kenapa aku macam harapkan yang dia cemburu dengan scene tadi?
"Jom."
"Hah?" Aku tiba-tiba jadi blur. Sehun menarik tangan aku tapi kali ni kami berdua jalan seiringan.
Aku rasa panas di pipi. Kenapa aku rasa macam budak sekolah menengah ni?! Aku tunduk melihat tangan aku dan Sehun. Perfect tapi lagi perfect if our hand entwine each other.
Hrm...tak salahkan aku yang entwine dulu tapi...aku perempuan dia lelaki. Sepatutnya lelaki yang buat. Ish,malunya.
Tiba-tiba aku teringat sebab apa kami berkahwin. Aku gigit bibir. Aku tak sepatutnya macam ni. Aku akan kalah. Lagipun aku belum mula bekerja. Aku belum boleh bayar hutang aku.
Tiba-tiba aku terasa pergerakan di tangan. Aku jadi terkejut melihat Sehun menyatukan tangan kami berdua. Jari aku kini bersilang dengan jari dia. Aku gembira. Gembira sangat sebab Sehun macam tahu-tahu je kehendak aku.
"Joo Hyun." Panggil dia. Aku angkat muka dan tersenyum. Aku tak boleh kawal senyuman aku sekarang ni. Dia juga tersenyum kecil.
"Nak tengok matahari terbenam?" Aku membulatkan mata.
"Nak! Nak! Nak!" Aku cakap sambil anggukkan kepala. Dia ketawa kecil kemudian gosok kepala aku dengan tangan lagi satu.
"Kita duduk sini. Sekejap lagi matahari terbenam." Ujar dia kemudian tarik aku duduk di sebelah dia.
Sekarang ni kami berdua duduk bersebelahan atas pasir. Aku naikkan lutut ke dada aku. Kemudian aku meletakkan lengan di atas lutut itu. Tiba-tiba Sehun melingkarkan tangan di bahu aku. Kemudian dia tarik bahu aku sampai bahu kami berdua bersentuhan. Rasa macam dalam filem romantik. Aku... aku...aku jatuhkan kepala aku dekat atas bahu dia.
"Eh?" Dia pandang aku dengan pandangan pelik.
"Abaikan aku. Pandang ajalah depan."
"Ok." Dia ikut apa yang aku suruh.
Kenapa Sehun? Kenapa? Baru aja tadi kau jadi orang lain. Kau jadi Sehun yang dingin tapi sekarang kau jadi Sehun yang sweet. Kenapa kau buat jantung aku macam ni? Aku menutup mata aku sekejap.
Dup dap dup dap dup dap
Aku buka mata aku semula. Bunyi degupan jantung Sehun mengejutkan aku. Aku pandang muka Sehun dari bawah. Muka Sehun dari sudut bawah memang kacak. Kenapa? Kenapa jantung kau berdegup kencang? Kenapa? Kau pun ada penyakit macam aku ke?
"Matahari dah nak terbenam Joo Hyun." Tiba-tiba dia tolehkan mukanya ke arah aku.
Kali ni muka aku dengan dia dekat. Dekat sangat sampai hidung kami berlaga. Kami berlawan pandangan.
ANDA SEDANG MEMBACA
Challenge Accepted (COMPLETE)
फैनफिक्शनCast Sehun Irene "Challenge Accepted." Kena tahan diri supaya tak fall in love dengan Sehun. Mampu ke Kim Irene? 29/10/2017 - #464 in Fanfiction
