C12

472 32 2
                                    

Rasa pedih mengganggu tidur Irene. Serta merta matanya dibuka dengan bulat.

"Sakitlah!" Marah Irene kepada suaminya. Siapa lagi kalau bukan Oh Sehun. Sehun hanya tersengih. Ada ke di tampar pipi mulus miliknya?

"Jom?"

"Hah?" Irene blur. Lelaki ni nak ajak dia ke mana? Kepalanya berpusing ke jam dindingnya.

6:30 pagi.

6:30 pagi?!

"Yah,Oh Sehun! Kau kejut aku pukul 6 ni dah kenapa? Aku ngantuklah!" Marah Irene. Sehun yang duduk di tepinya hanya tersengih sahaja. Isy,koyakkan nanti taulah.

"Pembetulan. 6:30 pagi."

"Samalah tu. Hish!" Irene mendengus lalu tubuhnya dibaringkan semula di atas katil. Malam tadi mereka tidur sekatil tapi tak buat apa-apa pun. Sekadar Sehun jadikan tubuhnya sebagai bantal peluk. Selimut di tarik ke bahunya.

"Yah!" Sehun menarik selimut Irene kemudian di tarik lengan Irene.

"Aku nak ajak kau pergi jogging ni. Bangun." Ajak Sehun. Di tepuk lagi pipi gebu Irene. Irene menepis tangan Sehun dengan kasar.

"Malaslah." Gumam Irene. Matanya masih lagi tertutup.

"Kau tahu tak,pipi kau sekarang dah tembam." Mendengar sahaja kata-kata Sehun,Irene terus bangun. Matanya terbeliak.

"Dah tembam? Tak boleh jadi ni." Terus berdesup Irene bangun lalu berjalan ke almari bajunya. Di ambil bajunya kemudian dibawak ke bilik mandi. Sehun terkekek ketawa. Seronok dia.

Sehun mengambil sweatshirt berwarna putih dari almarinya lalu di sarungkan ke badan. Pagi-pagi macam ni jogging pun seronok. Aman,sejuk dan damai. 15 minit kemudian,Irene dah keluar dari bilik air dengan pakaian senamannya. Dia memakai legging berwarna hitam had buku lali dan T-shirt berwarna pink berlengan panjang.

"Dah siap?" Soal Sehun.

"Erm." Hanya itu sahaja yang keluar dari mulutnya. Tuala di sidai di penyangkut tuala.

"Kita alas perut sebelum pergi. Rasanya Mak Cik Lee dah siapkan sarapan kita."

"Erm."

Sehun berdecit. Dia sakit hati kerana Irene hanya memberikan response acuh tak acuh sahaja. Tunggu kau Irene,aku akan pastikan kau jatuh ke dalam genggaman aku.

*****

Tercungap-cungap Irene mengejar Sehun yang berada di hadapannya. Laju semacam. Dahlah kaki tu panjang nak dibandingkan dengan dirinya,huh macam langit dengan bumi.

"Se-hun, tung-gulah a-ku." Panggil Irene dengan tercungap-cungap. Peluh membasahi muka dan badan Irene. Dia berhenti lalu meletakkan tangan di lutut.

Sehun juga turut berhenti apabila menyedari Irene berhenti seketika. Senyuman nakal terukir di bibirnya. Dengan badan yang berpeluh itu,baju yang di pakai oleh Irene telah mengikut lekuk tubuh badannya. Dia menggigit bibir. Irene seakan-akan sedang menggodanya. Lagipun Irene adalah isterinya yang sah. Jadi tak salah jika Sehun nak berbuat apa sahaja tetapi di masih mengingati hak Irene sebagai seorang wanita. Kepala digelengkan.

"Kau dah kenapa geleng-geleng kepala?" Tersentak Sehun dibuatnya.

"Huh?"

"Kau ni okay ke tak? Salah makan ubat ke?" Sindir Irene dengan cukup pedas. Dia ingat Sehun ni ada sakit mental ke apa?

"Aku tak gila lagi kalau kau nak suruh aku makan ubat." Balas Sehun dengan jelingan tajam. Irene tersenyum sinis.

"Yelah,mana tahu kau ni sebenarnya psycho. Baik kau pergi hospital sakit mental sebelum keadaan jadi lagi parah. Aku tak naklah kau bu-ermmmm!" Tak sempat Irene meneruskan percakapannya,Sehun berlari kearahnya lalu menutup mulut Irene dengan tapak tangannya.

Challenge Accepted (COMPLETE)Where stories live. Discover now