C19

446 28 2
                                    

SEHUN POV

"Kenapa kita balik,Oh Sehun?"

"Kau tak kenal ke Xiumin hyung?"

Aku pandang Irene sekilas. Tak boleh pandang lama-lama sebab sekarang ni aku tengah memandu.

"Tak."

Aku mengeluh. Dia betul-betul tak ingat ke?

"Kau pinjam duit keluarga aku,tak jumpa dia ke?" Soal aku. Irene terdiam seketika.

Aku memberhentikan kereta di simpang kerana lampu isyarat berwarna merah. Aku pandang Irene di sebelah. Irene memotong rambutnya had bahu. Aku akui rambut Irene tetap cantik. Irene sesuai dengan apa sahaja style yang di pakai. Mungkin itu kelebihan kepada dirinya. Cantik apabila memakai apa sahaja. Baju yang simple pun nampak cantik. Macam sekarang ni. Irene memakai baju berwarna putih dan seluar hitam yang mengikut bentuk kakinya. Sangat simple tapi menarik mata yang memandang.

"Sehun?" Aku tersentak apabila pipiku di tampar perlahan. Lamunan aku sudah melayang ke mana.

"Tu lampu isyarat dah hijau."

"Hah? Haa..."aku jadi blur. Kantoi ke aku tenung dia tadi?

Aku terus menekan pedal minyak. Meneruskan perjalanan pulang ke rumah aku.

"Baru aku teringat,memang dia yang aku jumpa 7 tahun dulu." Ujar Irene. Aku pandang dia sekilas. Aku nampak jari jemarinya bersatu.

Aku perasan yang Irene menjadi gelisah. Aku bertindak dengan memegang jari jemarinya. Sejuk! Ni tangan orang ke ice batu?

"Jangan risau. Sekarang ni aku yang ambil alih bahagian ni." Ujar aku sekadar menenangkan Irene. Aku tahu dia mesti takut dengan Xiumin. Muka je comel tapi hati kering.

"Sehun."

"Erm..."

"Kau...kau bunuh orang lagi ke?"

Pertanyaan Irene menyentakkan aku. Bibir aku jadi kering serta merta. Tak pernah terlintas di fikiran aku yang Irene akan menanyakan soalan sebegitu. Aku dapat rasakan jari jemari aku di genggam kuat.

"Sehun. Aku tanya ni." Desak dia. Macam mana aku nak jawab ni?

Sebenarnya,bukan aku yang tembak Encik Kim tapi budak-budak aku. Sepanjang aku ambil alih bahagian hutang ni,tak pernah sekali pun aku mencederakan orang. Setakat tembak tu memang pernah tapi dekat patung ajalah. Tak pernah aku tembak orang. Aku sengaja berbuat sedemikian agar Irene berasa takut dengan aku. Aku nak dia takut dengan aku supaya ketakutan dia akan lebih tinggi jika dia berjumpa dengan Xiumin dan Luhan.

"Aku tak bunuh orang, Joo Hyun." Balas aku dengan jujur. Tapi aku tahu,Irene tak akan percaya. Dia berada di tempat kejadian.

"Hrmmm...turunkan aku dekat kafe Alleyhanna." Pinta Irene.

"Buat apa?"

"Aku nak jumpa kawan."

"Siapa kawan kau?"

"Bukan urusan kau." Balasan Irene membuat aku tergamam. Stereng kereta aku genggam dengan kuat. Sabar Sehun. Sabar...

Nak tak nak aku ikutkan ajalah kata-kata Irene. Aku berhentikan kereta di depan Kafe Alleyhanna. Pelikkan nama kafe ni. Macam-macam...

"Nak aku ambil pukul berapa?" Soal aku apabila Irene hendak keluar dari kereta.

"Tak payah. Aku balik naik teksi."

"Bahayalah,Joo Hyun."

Irene keluar dari kereta mengendahkan kata-kataku. Selamba dia menutup pintu. Aku menjadi bengang. Aku menekan butang tingkap kereta.

Challenge Accepted (COMPLETE)Where stories live. Discover now