Puan Kim menggenggam jari jemari Irene. Sejuk! Dia nampak mata anak perempuan kesayangannya lebam. Dia berasa sangsi terhadap Sehun. Apa yang Sehun buat sehingga anaknya menangis?
"Kalau Rene,tak suka...tak mengapalah..."apa yang nak dibandingkan sangat? Kebahagiaan anaknya lebih penting.
Irene memandang jari jemarinya yang diramas oleh Puan Kim. Dia memegang tangan Puan Kim kemudian meramas dengan tangan sebelahnya.
"Aniyo...teruskan sahaja perkahwinan tu. Esok suruh Sehun datang. Bincang tentang perkahwinan tu." Selepas sahaja menuturkan kata-kata itu,Irene beredar dari situ.
Hatinya sedih. Ingatkan perkara ni tak akan berlaku namun ia berlaku jua. Dia sepatutnya mengikut nasihat Sehun ketika zaman remajanya namun... tekanan yang menjadikan semuanya.
Flashback
"Jangan, Joo Hyun! Awak akan terima padahnya. Keluarga saya dah macam lintah darat. Bunga awak akan bertambah setiap minggu." Sehun mengingatkan Irene tentang keluarganya.
"Saya dah tak kisah dengan semua tu,Sehun. Saya dah penat! Ada abang macam tak ada abang! Saya perlukan duit,Sehun. Awak kena faham. Bila saya dah kaya, saya bayarlah!"
"Awak betul yakin ke awak boleh berjaya?"
"Saya yakin! Saya akan bayar ansur-ansur. Please...."
End flashback
Suho memandang kosong bukunya. Fikirannya melayang memikirkan kata-kata adiknya. Diluar orang mungkin anggapnya penyelamat syarikat tetapi bukan dia yang membuat pengorbanan. Kim Joo Hyun iaitu adiknya yang berumur 17 tahun ketika itu terpaksa belajar dengan teruk untuk syarikat yang sepatutnya di kendali oleh dirinya. Dia balik kerana mengetahui kematian ayahnya lima bulan yang lalu.
Puan Kim merayu supaya Suho jangan pergi lagi. Cukuplah selama 7 tahun dia berkhidmat di negara orang. Lebih mengejutkan Irene sudah berubah 100%. Sikap Irene yang sombong dan diva membuatkan Suho tidak kenal adiknya sendiri.
"Salahkan diri abang,kenapa Irene dah berubah."
"Sikap angkuh inilah membuatkan Irene menjadi kuat."
Tak Irene! Sikap nilah membuatkan ramai orang benci Irene.
"Orang tak kenal Kim Joo Hyun kerana dia lemah. Berselindung dengan kebaikan yang dia selalu buat. Orang kenal Kim Irene kerana sikapnya yang sombong dan diva."
Suho semakin buntu bagaimana mahu membantu Irene supaya kembalikan Joo Hyun yang sebenar. Dia rindukan Irene yang baik,prihatin dan manja. Bukan yang sekarang. Dia menyerabaikan rambutnya. Pening! Akhirnya dia mencapai telefonnya lalu mendail nombor seseorang.
YOU ARE READING
Challenge Accepted (COMPLETE)
ФанфикCast Sehun Irene "Challenge Accepted." Kena tahan diri supaya tak fall in love dengan Sehun. Mampu ke Kim Irene? 29/10/2017 - #464 in Fanfiction