Beg baju di tarik sambil mulutnya sentiasa mengunyah gula-gula getah. Cermin matanya dibuka dengan tangan sebelahnya apabila mendapati seseorang melambai ke arahnya.
"Kaja,hyung." Ujar lelaki berambut hitam kepada seorang lelaki berambut perang di sebelahnya. Lelaki itu hanya mengangguk sahaja lalu kakinya berjalan mengekori adik lelakinya.
"Oppa!!!" Jerit seorang perempuan. Lelaki berambut hitam hanya tersenyum manakala lelaki berambut perang hanya diam sahaja.
"Sejin-ah!"
"Luhan oppa!!!" Sejin dan Luhan berpeluk antaran satu sama lain. Rambut hitam Luhan di tarik oleh Sejin. Terus Luhan meleraikan pelukannya.
"Sejin!" Marah Luhan. Sejin hanya tersengih.
"Xiumin oppa!" Kali ni lelaki berambut perang di peluk. Xiumin tersenyum kecil kemudian membalas pelukan Sejin.
"Sejin sorang aja ke?" Soal Luhan kepada adik perempuannya.
"Tak adalah. Sejin dengan unnie ipar." Ujar Sejin. Dahi Xiumin dan Luhan berkerut mendengar balasan Sejin.
"Unnie ipar? Siapa?" Soal Xiumin.
"Laaa...Sehun oppa tak bagitahu oppa ke? Patutlah..." ayat terakhir itu seakan-akan bisikan tetapi masih boleh di dengar oleh Xiumin dan Luhan.
"Unnie pergi tandas sekejap. Nanti dia datanglah." Ujar Sejin kepada dua orang oppanya.
"Sejin-ah. Maaf unnie lambat." Panjang umur. Baru je sebut dah sampai.
Irene pandang dua orang lelaki asing di depan Sejin. Dia memandang Sejin. Meminta perjelasan.
"Oh. Ni oppa yang first, Xiumin. Yang ni pula,Luhan. Oppa ni lah unnie ipar,Irene." Ujar Sejin. Sekali gus memperkenalkan mereka bertiga.
"Annyeonghaseyo,Irene—"
"Kim Joo Hyun?" Irene terkelu apabila Xiumin memanggil nama sebenarnya. Sejin pandang Xiumin dan Irene beberapa kali.
"Oppa dengan unnie kenal ke satu sama lain?" Soal Sejin dengan clueless. Ada apa-apa yang aku tak tahu ke? Getus hati keciln Sejin.
"Betullah,kau Kim Joo Hyun." Kali ni Luhan pula berkata. Xiumin melepaskan ketawa tetapi bagi Irene ianya ketawa sinis.
Irene mengerutkan dahinya. Mereka kenal diri dia ke? Dia juga seakan-akan pernah jumpa lelaki bernama Xiumin itu.
"Sehun. Sehun. Ni ke sebab kau beriya-iya nak ambil alih bahagian ni?" Omel Luhan dengan perlahan.
"Kaja,dongsaeng. Kita balik." Ujar Luhan dan memandang Sejin.
Kemudian Luhan memandang Irene. Senyuman sinis di ukir dengan lebar.
"Kaja,Joo Hyun."
Mereka bertiga berjalan melepasi Irene tetapi lebih mengejutkan Xiumin tiba-tiba melingkarkan tangan di bahunya. Memeluk bahunya dengan kuat. Sebelah lagi tangan Xiumin menarik beg rodanya.
"Kau tak ingat aku ke,Kim Joo Hyun?" Soal Xiumin dengan perlahan.
"Huh?"
"Kau serious tak ingat aku?"
"Apa maksud awak,Xiumin?" Soal Irene kembali. Sebenarnya,Irene berasa amat tak selesa dengan kedudukan mereka berdua.
"We'll see my sister in-law. "
*****
"Eomma,kenapa beriya-iya masak banyak-banyak ni?" Soal Sehun kepada Puan Oh. Puan Oh hanya tersenyum penuh makna. Sehun ketawa kecil melihat senyuman misteri Puan Oh.
"Nak berahsia pula. Ni mana isteri,Sehun? Adik bawak Joo Hyun pergi mana?" Soal Sehun tentang Irene. Dari tadi dia tak nampak isterinya.
Pagi tadi,Puan Oh menelefon Sehun dan mendesak pasangan suami isteri itu datang ke rumah keluarga Oh. Ada kejutan katanya dan Sehun hanya bersetuju. Ada kemungkinan Puan Oh mempunyai khabar berita yang sangat menggembirakan sehingga mendesak Sehun pulang ke rumah keluarga.
Tiba-tiba Sejin meminta Irene mengikuti dia ke suatu tempat. Irene pergi selepas mendapat kebenaran daripada Sehun. Kalau di ikutkan Irene nak pergi je tanpa bagitahu Sehun tapi kebetulan Puan Oh berada di depannya. Nak tak nak kenalah minta kebenaran. Nasib baik bagi.
"Adik tak bawak Joo Hyun ke manalah. Mereka otw balik. Jangan risau sangatlah." Ujar Puan Oh sambil tangannya lincah mengemaskan meja makan.
"Yelah tu. Dah dah lah eomma. Dah perfect dah tu." Omel Sehun apabila Puan Oh dari tadi asyik mengemas meja makan tu.
"Kenalah perfect, Sehun. Eomma nak jemput diorang dengan kesempurnaan yang tip-top!" Bersemangat Puan Oh membalas kata-kata Sehun. Sehun hanya menggelengkan kepalanya. Siapalah tetamu tu agaknya? Excited betul eomma.
Ting! Tong!
"Mereka dah balik tu. Sehun,tolong sambut diorang." Pinta Puan Oh. Senyuman manis diberikan kepada Sehun. Sehun hanya mengikuti kata-kata Puan Oh tanpa syak wasangka.
Kakinya di aturkan ke pintu utama yang besar dan berwarna putih itu. Tombol itu di pulas kemudian di tarik. Terbeliak mata Sehun melihat gerangan yang menekan loceng rumah itu.
Dua orang lelaki yang amat di kenali oleh Sehun pulang ke rumah. Dua orang lelaki yang baginya adalah mimpi ngeri kepada dirinya.
"Luhan hyung...Xiumin hyung..."
"Sehun-ah!" Tubuh badan Sehun di peluk oleh Luhan dengan erat. Matanya semakin besar apabila melihat Xiumin memeluk bahu Irene. Jelas terpampang raut ke tidakselesaan di muka Irene. Luhan melepaskan pelukannya.
"Kau dah makin besarnya,Sehun." Bahu Sehun di tepuk kuat. Kemudian Luhan dengan selamba menolak bahu Sehun lalu masuk ke dalam rumah. Sejin pandang Sehun dengan perasaan bersalah.
"Mianhaeyo oppa." Pinta Sejin kemudian berjalan masuk mendapati Luhan.
Kini tinggal Xiumin,Irene dan Sehun. Mata Sehun menikam tajam kepada Xiumin yang masih memeluk erat bahu isterinya.
"Lepaskan dia,hyung. Aku merayu sangat-sangat." Rayu Sehun. Irene terkejut. Dia memandang Sehun dengan wajah yang terkejut. Sehun merayu kepada hyung dia?
"Sehun,aku amanahkan kau dalam tugas ni. Tak sangka kau sanggup bertindak sampai macam ni. Hahaha...fantasi betul."
Sehun gigit bibirnya. Xiumin meleraikan pelukan di bahu Irene kemudian berjalan masuk ke dalam rumah. Sehun terus menarik Irene ke dalam dakapan dia. Muka Irene terbenam di dada Sehun.
"Aku minta maaf,Joo Hyun. Aku minta maaf."
Irene menjadi bingung. Dia menjadi bingung kerana Sehun dari tadi menyebut kata-kata itu. Tangan Irene naik perlahan-lahan lalu menepuk belakang Sehun. Dia tak tahu kenapa tetapi dia dapat rasakan Sehun mempunyai masalah antara hyung-hyungnya.
Tanpa mereka sedari,sepasang mata sepet memandang mereka dengan tajam. Kemudian bibirnya yang mendatar tiba-tiba terangkat sikit di sisi kanan.
Pelukan di leraikan. Sehun menekup pipi Irene. Jelas terpancar riak cemas di muka Sehun.
"Kita balik sekarang juga. Kaja."
"Tapi..."
"Ssshhh...ikut je." Baru sahaja Sehun ingin keluar dari rumah,ada satu suara yang menghalang dirinya.
"Sehun,nak pergi ke mana tu?" Suara Puan Oh menerpa gegendang telinga Sehun. Sehun gigit bibirnya. Dia tak berpusing menghadap Puan Oh.
"Nak balik." Jawab Sehun dengan dingin.
"Mana boleh. Hyung baru je balik. Tak kan Sehun tak nak makan dengan hyung." Kali ni suara Xiumin yang berkata.
"Kalau aku tahu, korang nak balik. Memang aku tak jejak kaki aku dekat rumah ni,Xiumin. Annyeong."
Selepas menuturkan kata-kata itu,Sehun terus menarik Irene pergi ke keretanya. Sehun menyuruh Irene masuk ke dalam kereta. Irene hanya akur sahaja. Kunci di masukkam kemudian di hidupkan enjin. Gear kereta di tukar kemudian dengan laju,kereta milik Sehun keluar dari halaman rumah Oh.
To be continue...
YOU ARE READING
Challenge Accepted (COMPLETE)
FanfictionCast Sehun Irene "Challenge Accepted." Kena tahan diri supaya tak fall in love dengan Sehun. Mampu ke Kim Irene? 29/10/2017 - #464 in Fanfiction