"Annyeong Junmyeon oppa!" Sapa Irene kepada Suho.
Dengan selamba Irene terus masuk ke dalam bilik doktor muda itu. Suho hanya tersenyum sahaja. Cermin mata petaknya di buka kemudian di letakkan di atas meja. Suho nampak Irene duduk di kerusi hadapan mejanya.
"Annyeong,Joohyun. Kenapa datang ni?" Soal Suho dengan lembut. Irene mencebik.
"Macam tak suka je Joohyun datang. Baliklah!" Rajuk Irene.
"Tch! Pergilah balik sana." Sindir Suho dengan senyuman sinis.
"Eiii,jahatlah oppa ni!!!! Tak bagi bimbimbap ni taulah!" Ugut Irene.
Suho menelan air liur. Bimbimbap adalah kesukaannya. Lagi-lagi bila Irene yang buat. Puan Kim dan Seohyun boleh je buat tapi entah kenapa dia dapat rasakan Irene punya paling sedap yang pernah dia rasa. Pernah sekali tu, Suho sampai merayu-rayu dekat Irene suruh buatkan bimbimbap kepadanya.
"Okay-okay. Jangan balik. Bimbimbap juseyo~(nak bimbimbap)" pinta Suho dengan aegyo. Irene dah membuatkan muka geli.
"Tolonglah oppa. Jangan buat aegyo. Tak sesuai dengan muka oppa yang kacaklah sangat tu." Perli Irene sambil tangannya laju mengambil bekal yang mengandungi bimbimbap lalu di letakkan di atas meja tersebut.
Suho dengan gembiranya terus membuka penutup bekal itu lalu menyumbat sepotong bimbimbap ke dalam mulutnya.
"Sedap sangat ke Joohyun masak? Macam biasa je. Kalau Sehun tu Joohyun boleh percayalah." Ujar Irene. Tangannya juga mengambil sepotong bimbimbap itu lalu di di sumbat ke dalam mulut.
"Hrmm...entahlah. Oppa rasa Joohyun punya paling sedap yang oppa rasa. Joohyun belajar buat bimbimbap ni bila?"
"Lepas dah okay dengan Sehun. Eommoni(mak Sehun) kata Sehun suka bimbimbap dan Joohyun wajib belajar." Terang Irene.
"Baguslah Joohyun belajar. Tak sia-sia sebab Joohyun buat sedap." Puji Suho lagi. Irene dah tergelak kecil.
"Tapi tak boleh menang eommoni punya." Suho dah ketawa kecil mendengar ayat selamba Irene.
"Kandungan macam mana?" Soal Suho seraya menggigit sepotong bimbimbap itu.
"Joohyun sihat,mestilah anak Joohyun sihat." Balas Irene dengan senyuman lebar sambil menepuk lembut perutnya yang sedikit besar.
Kandungan Irene baru sahaja 2 bulan. Perutnya tidak besar sangat kerana badannya kecil sahaja.
Suho sangat-sangat gembira sekarang ni. Akhirnya keluarga Kim telah pun bersatu dan Irene sudah menerimanya kembali. Kini, Suho telah pun menjadi salah satu doktor yang paling hebat di Korea Selatan. Dia juga adalah salah seorang ahli di dalam kumpulan doktor bedah yang paling di segani yang melakukan pembedahan yang berisiko tinggi.
"Ni Sehun tolong sekali ke?" Soal Suho. Irene mengangguk.
"Kalau tak,memang Joohyun di haramkan masuk dapur. Tapi I miss my kitchen so much." Keluh Irene buat muka nak nangis. Suho ketawa kecil.
"Macam-macam budak-budaklah kamu ni. Dah nak jadi mak budak tapi masih dengan perangai manjanya." Omel Suho. Irene hanya tersengih mendengar omelan Suho.
"Oklah oppa. Joohyun nak balik. Joohyun singgah sini pun sebab Sehun ada set meeting dengan klien dekat kafe area sini." Ujar Irene sambil beg tangannya di galas ke bahu.
Serentak mereka berdua bangun dari kerusi. Suho berjalan ke pintu lalu dibuka. Irene keluar dari bilik itu diekori oleh Suho.
"Klien tu lelaki atau perempuan?" Usik Suho.

ANDA SEDANG MEMBACA
Challenge Accepted (COMPLETE)
FanfictionCast Sehun Irene "Challenge Accepted." Kena tahan diri supaya tak fall in love dengan Sehun. Mampu ke Kim Irene? 29/10/2017 - #464 in Fanfiction