08 • Something new

4.3K 482 39
                                    

Hari ni dah masuk hari yang ke-6 Jimin kacau aku. Cuma hari ni tak nampak pulak dia lalu depan aku, atau lalu depan kelas aku. Terserempak dengan dia pun tak ada. Aku ni dah kenapa? Rindu dia ke?

"Shinhae-ah. Kau dah lama tak rehat dengan kita orang. Nanti rehat sama-sama eh?" Hayeon duduk di sebelah aku. Minji pulak duduk dekat atas mejanya. Cikgu tak ada bolehlah buat perangai.

Aku mengangguk. Memang dah lama aku tak rehat dengan diorang berdua. Rindu gila aku. Yelah sebab selalunya aku mesti naik bumbung sekolah. Rehat dengan Jimin, tak tahu macam mana aku boleh rapat dengan dia. Tapi aku suka duduk dekat atas sana, rasa macam ada ketenangan je.

"Yay!" Minji dengan Hayeon dah bertepuk riang. Gembira agaknya dapat rehat dengan aku. Terharu betul.

"Nanti kau pergi dengan Hayeon dulu. Aku ada nak settlekan something." Hayeon terangguk-angguk mengiakan apa yang dicakap oleh Minji.

"Ok."

Minji dengan Hayeon dah tersenyum lebar. Suka sangat ke rehat dengan aku sampai macam ni sekali.

°•°•°•°•°

Aku berjalan ikut Hayeon, tapi yang pastinya bukan menuju ke kantin. Tapi ke taman yang terletak di belakang sekolah. Apa pulak dia nak buat dekat sini? Aku dahlah tengah lapar macam orang tak makan sehari. Dia nak suruh aku makan pokok ke?

"Wei, buat apa kat sini?" Aku pandang Hayeon yang masih lagi setia berdiri dekat taman ni. Dia pandang sekeliling macam tercari seseorang. Mungkin cari Minji.

"Kau tunggu sini kejap, aku nak pergi tandas. Kejap tau." Aku hanya mengangguk dan bergerak ke pondok yang dibina di sebelah taman. Aku duduk di situ menunggu Minji dan Hayeon.

20 minit berlalu tapi aku masih lagi setia menunggu mereka berdua. Dahlah perut aku tengah lapar. Pagi tadi aku tak sarapan pula tu.

"Shinhae." Satu suara menegurku. Bukan Minji ataupun Hayeon. Tapi Taehyung.

Dia datang dekat pada aku dan duduk berhadapan aku. "Sebenarnya aku yang suruh diorang bawa kau datang sini."

Aish!! Sekali lagi aku cuba berhenti daripada mencarut. Diorang berdua memang nak kena dengan aku.

"Wae?"

"Actually, aku nak ajak kau berjalan Sabtu ni. Kalau kau tak busy."

Aku pandang dia sambil berfikir apa yang patut aku lakukan. Selalunya waktu hujung minggu aku akan diisi dengan tidur lena sebagai sleeping beauty. Lepas tu akan terbangun dengan jeritan tarzan dan aku jadi cinderella untuk satu hari.

"Aku..fikir dulu." Aku rasa senang cakap macam tu. Taklah terdesak sangat.

"Ok." Macam biasa dengan senyuman dia yang tak pernah hilang daripada muka dia.

°•°•°•°•°

Nampak Jimin tengah berdiri di pagar sekolah, laju aku berlari ke arah dia. Taklah berlari sangat, sebab aku betul-betul tak bermaya. Dahlah waktu rehat tadi aku tak makan. Ni semua salah mereka bertiga.

"Jimin-ah." Aku buat muka sedih plus aegyo aku yang tak berapa nak menjadi.

"Waeyo? Kenapa muka kau macam tu?" Dia tanya aku dengan suara comel dia.

"Aku lapar.. " Aku pandang muka dia dengan buat muka simpati. Berharap yang dia akan temankan aku makan sebelum balik.

"Kenapa tak datang rooftop sekolah?" Dia menarik lengan aku dan memeluk bahu aku. Aku yang memang dah kekurangan tenaga hanya biarkan tangannya berehat di atas bahuku. Disebabkan aku terikat dengan dia, aku hanya ikut kaki dia melangkah.

Penat tu memang penat. Tapi lagi penat jantung aku bila Jimin tarik aku rapat dengan dia membuatkan bahu kanan aku dan bahu kirinya bertembung.

"Kenapa tak datang bumbung sekolah waktu rehat? Aku tunggu kau tahu tak." Aku toleh pandang Jimin, tapi cuma sekejap bila jarak muka aku dengan dia terlalu hampir. Rasa macam jantung aku nak meletup sekarang ni. Janganlah Jimin dengar.

"A-aku fikir kau sibuk sebab tu aku tak datang sana. Aku rehat dengan orang lain."

"Kau rehat dengan siapa? Aku pergi kantin tak nampak kau rehat dengan Hayeon pun? Kau rehat dengan budak hingusan tu eh?"

"Yah! Dia bukan budak hingusanlah. Tak baik macam tu."

"Whatever. Habis tu kau makan ke tak rehat tadi?"

Aku hanya mampu menggeleng lemah. Lepas tu aku rasa kepala aku kena pukul. Terus aku menjerit sekali lagi. "Sakitlah!" Aku mengusap kepalaku perlahan. Dahlah perut tengah lapar, kepala kena ketuk. Tak berperikemanusiaan betullah Park Jimin ni.

Dia lepaskan pautan tangannya di bahu aku dan berjalan masuk ke kedai 24 jam. Aku duduk dekat meja luar sementara tunggu Jimin.

Selepas beberapa minit dia keluar dengan membawa dua mangkuk ramyeon dan sebotol air mineral yang dikepit di ketiaknya.

"Nah" Jimin menghulurkan kedua-dua mangkuk ramyeon ke depan aku. Lepas tu dia duduk berhadapan dengan aku.

"Satu je. Aku tak larat nak habiskan banyak-banyak." Satu lagi mangkuk ramyeon aku tolak ke depan Jimin.

"Makanlah. Nanti perut kau sakit, aku juga yang susah." Jimin tolak ramyeon ke aku.

Aku tolak balik. "Buat apa kau yang susah?"

Dia tolak balik mangkuk ramyeon tu. "Sebab nanti aku terpaksa jumpa budak hingusan tu nak marah dia."

"Dia ada nama. Dan nama dia Kim Taehyung."

"Kenapa kau nak backup dia pulak? Dahlah, aku malas nak gaduh dengan kau. Makan cepat, nanti perut kau lapar pulak."

Aku mencebikkan bibir. Sejak bila dia jadi baik pula ni? Aku ambil mangkuk ramyeon dan makan dengan penuh berselera. Tapi tangan aku terus terhenti bila ada tangan yang di tepi bibirku.

"Comotnya kau makan."

Satu saat, dua saat, tiga saat aku masih lagi kaku. Tapi jantung aku tak pernah berhenti, makin laju adalah.

Aku pandang Jimin dengan mata yang terkebil-kebil. Dia senyum sebelum tangannya menjauhkan dariku.

"Jom date Sabtu ni."

Jantung aku makin berdegup laju daripada tadi. Sesuatu yang baru yang sebelum ni aku tak pernah rasa.

☑ Beware with him⇨p.j.mWhere stories live. Discover now