30 • Last date

3.3K 314 3
                                    

Sampai hati Jimin buat aku macam ni. Punyalah malu aku sekarang ni. Aku berharap jelah yang aku tak akan jumpa mamat tu lagi.

Aku pandang sebelah. Jimin daripada tadi tak berhenti ketawakan aku. Dah nak dekat sepuluh minit. Ketawa dia bukan main kuat lagi.

"Dah puas ketawa?"

Dia geleng kepala sambil pegang perut dia. Seronoklah dapat comedy show secara live. Siapa entah mamat yang aku tegur tu.

"Berhentilah Jimin. Dahlah awak malukan saya, lepas tu boleh awak gelakkan saya."

Nasib baik tak ada orang dengar dia ketawa macam ni. Kalau orang nampak, mesti diorang semua fikir Jimin ni gila. Tapi, tak pasal-pasal kereta Jimin ni dipenuhi dengan gelak ketawa dia.

"O-okay. Sorry." Dia cuba tenangkan diri dia. Jari dia menyeka air mata yang keluar gara-gara terlampau banyak ketawa.

"Tulah, Jimin ajak Hae date tak nak. Sombong."

"Bila masa?" Dahi aku berkerut.

"Semalam."

Aku mencebik. Aku pandang dia. Baju warna putih, seluar jeans hitam. Sangat kontra. Sangat berbeza dengan maklumat yang dia beri tadi.

Baru aku tahu, tu nombor dia. Omma dan appa pun sama. Patutlah bukan main beria lagi suruh aku pergi blind date ni.

Jadi, apa yang aku boleh buat kesimpulan di sini, dia cuba kenakan aku. Memang sengaja.

"Dahlah, saya nak balik." Aku pandang dia tajam. Geram dengan dia pasal semalam tak habis lagi. Ni nak tambah lagi.

Dia geleng kepala, bibir bawah dia gigit. Tengah try nak goda aku ke? Ke nak jadi budak kecik macam mintak gula-gula.

"Lupa? our last date. Jimin dah janji dengan omma Hae untuk bercinta dengan Hae for three days. So, Jimin akan tepati."

Aku pandang ke luar tingkap. "Suka hati awaklah." Kataku dengan lemah.

"Ok, sekarang ni Jimin nak my sweetie pie pandang Jimin."

Aku endahkan apa yang dia cakap dan tenung ke luar tingkap kereta. Apa yang aku pandang pun aku tak tahu. Mungkin pandang orang yang tengah lalu-lalang dekat luar.

Dia pusingkan badan aku menghadap dia. Bahu aku dipegang.

"Sekarang Jimin nak Hae senyum pulak."

Aku tak nak senyum. Tapi bila nampak dia tersenyum lebar, hati aku terus jadi lembut. Ok, aku senyum.

"That's my sweetie pie. So, sekarang pakai seatbelt. Kita akan teruskan perjalanan kita." Aku nak bersandar dekat kerusi tapi dia dah tolong sandarkan aku. Dia pakaikan seatbelt untuk aku. Dia makin buatkan hati aku tersentuh.

"Just think about us for one day."

Lepas tu, aku nak fikir pasal siapa? Ok Shinhae, kau ingat tak yang kau nak simpan memori kau dan Jimin bersama. So, get ready.

"Kita nak pergi mana?" Aku pandang dia.

Dia kenyit mata kiri dia dekat aku. Aku rindu nak tengok dia buat macam tu.

"Rahsia."

°°°°°

"Wayang?" Aku pandang Jimin dengan dahu yang berkerut.

"Kenapa? Hae tak suka?"

Aku geleng kepala. "Bukan tak suka, just... Dah biasa pergi."

☑ Beware with him⇨p.j.mWhere stories live. Discover now