Sc Jimin- 1

3K 264 17
                                    

Pandangan dihala ke depan, sambil mulut sibuk menyanyi kecil. Entah lagu apa yang keluar, dia sendiri tak tahu. Yang pasti ada sesuatu yang boleh dibuat nyanyi. Perhatian yang dia dapat dari pelajar perempuan sekolah sungguh merimaskan. Kalau sebelum ini, memang dia suka, semua pandangnya. Daripada pelajar ke cikgu. Tapi semakin lama, dia benci dapat perhatian. Seperti kehidupannya terkongkong.

Dia mengeluh nafas berat bila luar lokerknya dipenuhi dengan sticky note yang ditampal. Bermacam-macam kata pujanga yang sempat dia baca. Pintu lokernya dibuka, seperti yang dia agak, coklat, teddy bear dan juga bunga plastik. Memenuhi ruang loker. Ini yang buat dia menyampah. Nak ambil buku pun susah. Akhirnya, pintu loker ditutup, bukunya tak diambil dan dia mula berjalan masuk ke kelas.

"Jim, awal kau hari ini?" Teguran daripada rakan-rakannya diendahkan. Dia tiada mood nak bergurau hari ini. Kakinya terus melangkah ke mejanya sebelum duduk di tempatnya. Pandangan dihala ke luar tingkap.

Daripada jauh, dia dapat nampak bermacam-macam ragam pelajar sekolah. Ada yang sedang berdating, ada yang sibuk bermain, dan ada yang berlari masuk ke dalam sekolah.

"Wei, kau ok tak?" Jungkook duduk di hadapannya. Selamba kerusi yang kosong diduduk.

"Ok."

"Tapi kau macam tak ok?"

Soalan Jungkook dibalas dengan pandangan kosong. Kehidupannya tiada apa yang menarik. Selama dia hidup, dia ingin cuba sesuatu yang baru. Penat sebenarnya hidup dengan keadaan yang terkenal.

"Kau ada problem?"

"Hidup aku adalah problem aku."

Dahi Jungkook berkerut. Dia tak faham dengan maksud Jimin. Selama ini, dia lihat hidup Jimin terlampau perfect. Mempunyai keluarga yang kaya, terkenal pula tu. Untung hidupnya. Tapi dia perasan sesuatu, semua itu tak bawa makna. Kadang-kadang dia pun akan jadi frust.

"Aku ingat, aku nak lenyapkan diri aku daripada pandangan orang." Ujar Jimin.

"Maksud kau? Kau nak mati ke?"

Jimin ketawa kecil. "Itu namanya buat perangai. Entahlah. Aku ingat aku nak pindah." Dia pernah suarakan hasratnya pada ayahnya. Ayahnya kata mungkin proses berpindah akan jadi lambat, apatah lagi dia ingin ke luar negara. Jadi dia terpaksa tunggu.

"Kau tahukan, semua pandang aku pada harta, rupa. Tak ada seorang pun yang ikhlas dengan aku. Selama aku keluar dengan perempuan-perempuan ni, dia pandang duit aku. Jadi aku rimas." Melihatkan Jungkook yang masih lagi senyap, dia terus luahkan apa yang dia rasa selama ini.

"Aku nak berhenti mainkan perasan orang. Mungkin, dalam masa yang terdekat." Jimin ketawa kecil. Penat nak jaga perasaan perempuan.

"Kook.. " Panggil Jimin. Pelik bila tiba-tiba Jungkook senyap. Dipandang Jungkook yang daripada tadi tertunduk.

"Jadi, kau nak pindah?" Perasan yang rakannya terasa dengan perpindahannya. Dia serba salah, tak sepatutnya dia beritahu Jungkook.

"Aku gurau jelah. Jangan ambil serius." Bahu Jungkook ditepuk kuat sambil dia ketawa. Berharap yang dia berjaya perdayakan Jungkook.

"Aku- aku nak pergi tandas sekajap." Pinta Jungkook. Bingkas dia bangun dan berjalan keluar daripada kelas.

Jimin mengeluh perlahan. Perangai Jungkook seperti budak kecil. Sepatutnya daripada awal dia dah tahu yang Jungkook akan jadi macam tu. Dia tak patut beritahu Jungkook tentang rancangannya. Daripada jauh, dia pandang rakan-rakannya yang lain. Yang sedang bergelak ketawa. Tak sanggup dia nak beritahu rakannya.

----

Hari ini, moodnya ingin masuk ke dalam library. Tak terasa ingin naik ke bumbung sekolah. Kasut dibuka dan dibiarkan di atas lantai. Masuk sahaja ke dalam perpustakaan, ada beberapa pelajar yang memandangnya pelik. Pasti tak percaya yang pelajar malas sepertinya akan masuk ke dalam library. Tapi apa dia peduli, bukan sekolah mereka.

Dia terpaku seketika apabila nampak susuk tubuh seseorang yang baru sahaja dia kenal. Tersenyum kecil dibuatnya. Memang rezekinya dapat berjumpa dengan orang itu hari ini.  Selama ini, dia hanya perhati daripada jauh. Jadi stalker tak bertauliah.

Beberapa hari yang lepas, dia dapat panggilan daripada kekasih Jungkook. Tapi apa yang peliknya, baru nak lekapkan telefon pada telinga, teruk dia kena hambur. Memang didih dia hari itu. Esoknya, dia terus tanya Jungkook. Ketawa Jungkook bila dia luahkan ketidakpuasan hatinya pada Jungkook.

Perlahan-lahan dia berjalan medekati perempuan itu. Berdiri sahaja di belakang perempuan itu, dia mula bersuara. Menggunakan teknik yang biasa dia guna.

"May I help you girl?" Dan daripada saat itu, kehidupannya dipenuhi dengan pelbagai emosi. Dan dia tak pernah menyesal yang perempuan itu tersalah telefonnya.

--------

# kali ini ada sc yang saya tulis, khas untuk Jimin.
# mungkin ada dlm beberapa chap. Hope enjoy 😘😘

☑ Beware with him⇨p.j.mWhere stories live. Discover now