Inhale...
Exhale..
Sila ulang step berikut di atas.
Selepas aku yakin dah banyak kali aku buat macam tu, dengan langkah yang penuh gagah berani aku berjalan masuk ke kawasan sekolah melepasi pagar. Tapi, aku jadi lembik balik bila nampak lelaki yang cuba aku nak elak a.k.a Park Jimin tengah berdiri sambil berpeluk tubuh memandang aku.
Aku memang tak boleh nak elak sebab dia dengan aku tengah bertentang mata. Kalau aku pergi, nampak sangat aku masih lagi kisah tentang hal tempoh hari.
Sekejap, bukan ke kau nak cuba untuk elak daripada Jimin. Kau dah berazam Shinhae, macam mana kau boleh lupa azam kau cepat sangat.
Bebel punya bebel, aku tak perasan pun sekarang ni aku berada di hadapan Jimin macam tengah tunggu hukuman daripada appa dengan omma.
"Bogoshipda.." Dia tarik aku ke dalam pelukannya. Ini kali kedua dia buat hal dengan aku. Dia yang aku maksudkan bukannya Jimin, tapi jantung aku.
Dia menjarakkan kedudukan kami sebelum mata dia pandang aku dari atas sampai bawah. "Kau nampak macam dah kurus. Kau tak makan ke?"
Ya, memang aku tak makan. Ni semua sebab kaulah. "Aku makanlah. Mata kau rosak kut, pergi pakai spek lah." Aku menepis tangan dia yang masih lagi memegang bahuku. Aku tepis dengan kasar.
Aku nampak muka dia macam terkejut sikit dengan perangai aku. Tapi tak lama lepas tu dia terus senyum macam biasa. Tak, bukan macam biasa, tapi luar biasa. Rasa macam hati aku tengah berbunga.
"Nanti rehat jumpa aku. Macam biasa dekat rooftop sekolah." Dia kusutkan rambut aku sebelum berjalan pergi masuk ke blok yang menempatkan kelas dia.
Aku pandang Jimin yang dah berjalan jauh daripada aku. Jujur aku cakap, aku rindu nak dengar suara budak kecik dia tu.
Macam manja.
Lepas aku dah pastikan yang Jimin tak akan muncul balik, aku berjalan masuk ke blok aku dan menuju ke kelas.
"Hai Shinhae"
Aku pandang Taehyung sebelum tersenyum pada dia. Cukuplah dengan tersenyum, tak kanlah nak bagi kiss dekat dia pulak.
"So, nanti rehat dengan aku tau. Ada something aku nak beritahu kau."
Lepas dia cakap macam tu, terus dia berjalan tanpa toleh belakang pergi ke tempat dia.
Masalah, bala. Jimin suruh jumpa aku, Taehyung pun nak jumpa aku. Jimin cakap dia ada hal penting nak cakap dengan aku.
Aku nak panggil nama Taehyung, tapi time macam ni juga cikgu dah masuk. Nantilah aku beritahu dia.
°•°•°•°•°
"Thank you for today class."
Kami semua menunduk hormat pada guru tersebut sebelum masing-masing mula bising bila Cikgu Min mula berjalan ke pintu kelas. Ada yang memang dah tak tahu nak bersabar sampaikan belum sempat cikgu Min nak keluar kelas dia dah keluar dulu.
"Khaja Shinhae, pergi kantin. Aku lapar dah ni." Minji menarik tangan aku tapi aku tarik balik.
Minji dan Hayeon pandang aku dengan kerutan di dahi.
"Sorry korang. Aku ada hal." Balasku. Kemudian mereka mengangguk sebelum keluar dari kelas. Aku berpusing-pusing mencari kelibat Taehyung. Katanya nak jumpa dengan aku, tapi tuannya aku tak nampak pun.
Aku berjalan keluar ke kelas, baru aku perasan. Aku nampak Taehyung. Bersama dengan Jimin dan diorang berdua nampak mesra. Macam... Kawan rapat maybe. Kaki aku mendekati mereka berdua dengan langkah yang perlahan dan berhenti di hadapan mereka berdua yang tengah rancak berborak.
"Shinhae.."
"Sweetie pie.. "
Ucap mereka berdua serentak bila mereka pandang aku. Kemudian mereka berbalas pandangan sebelum ketawa kecil.
Aku yang memang tengah bingung pandang muka Jimin dan Taehyung dengan pandangan yang membawa pertanyaan 'apa semua ni'.
Cuma satu soalan yang nak sangat aku tanya.
Apa hubungan mereka berdua?
°•°•°•°•°
Rancak betul mereka berdua berborak sampai aku diorang tak ingat langsung pun. Aku pandang Jimin sekejap lepas tu pandang Taehyung. Baru aku tahu yang mereka berdua ni adik-beradik angkat. Like what the-
Jimin pun ada adik angkat?
Sebenarnya family Taehyung ambik Jimin sebagai anak angkat mereka but Jimin still di bawah penjagaan omma dan appa dia sepenuhnya.
Like saja-saja, tak diiktiraf pun.
Wei, seriously diorang buat aku macam tunggul. Hello, aku dekat sini.
"Shinhae.. Actually aku ada something nak beritahu kau."
"Hyung ingat tak apa yang Tae cerita dekat hyung hari tu." Sambung Taehyung dengan penuh bersemangat.
"Dialah."
Wae? Kenapa dengan aku? Aku pandang muka Jimin yang dah tak seceria tadi. Dia tak gembira langsung. Kenapa ni?
"Patutlah." Aku tengok Jimin cuba untuk tersenyum, tapi aku dapat tengok yang matanya sudah berkaca.
Dia.. Menangis?
Oh kenapa Jimin menangis. Hati aku sakit bila nampak cecair jernih tu mula bertakung di matanya. Mata aku asyik melihat Jimin, hanya Jimin yang aku pedulikan. Dia tersenyum hambar sebelum pandangannya dihadapkan ke arah lain.
"Hyung per-" Jimin nak bangun. Tapi pantas Taehyung capai pergelangan tangan dia. "Jakkaman hyung. Tae nak hyung jadi saksi."
Saksi apa ni?
"Shinhae-ah." Aku pandang Taehyung pula.
"Nae?"
"Would you be my girlfriend?"
Apa?
Aku tengok Jimin. Cecair jernih di tubir matanya mula bertakung dengan banyak. Tak nak, aku tak nak buat Jimin sedih.
Aku nampak dia menganggukkan kepalanya pada aku. Aku faham maksud dia. 'Terima Taehyung'
Aku tak nak, tapi aku tak nak hampakan dia. Jadi aku..
"Nae."
Mataku hanya memandang Jimin. Seolah-olah Jimin yang melamar aku. Aku tahu aku dah tersilap langkah. Hubungan aku dengan Jimin akan kembali merenggang.
Ottokhae?
Hyeyouu
Vote& commentThank you
![](https://img.wattpad.com/cover/90191374-288-k729460.jpg)
YOU ARE READING
☑ Beware with him⇨p.j.m
FanfictionBerhati-hati dengan dia, Sebab dia boleh buat hidup kau huru hara. Once you are addicted, He'll never let you go, Because you're meant to be His target