Sc jimin - 04

1.7K 176 0
                                    

Ditenung lama dirinya pada pantulan cermin, kata- kata yang keluar dari mulut Taehyung malam kelmarin terngiang- ngiang. Sepertinya ada pita rakaman di sebelah telinganya. Jelas, setiap bait dapat dia dengar. Bagaimana Taehyung menjelaskan ciri- ciri gadis yang disukai.

Taehyung, jatuh cinta. Parah dengan keadaan Taehyung, senyum tanpa bertapis di sebelahnya. Sampai dia pun naik hairan, siapa gadis yang buatkan Taehyung jadi begitu. Dia tertanya- tanya, hendak tahu juga siapa orangnya. Tapi Taehyung terlalu berahsia.

Dia senang, bila lihat keadaan Taehyung sebegitu. Tapi bila dia terdengar perangai orang yang Taehyung suka, tak semena- mena dia teringat Shinhae. Apatah lagi mengimbau kembali di saat Taehyung cium pipi Shinhae. Barangkali Shinhae?

Jimin geleng kepala. Tak mungkin! Sikap mereka berlainan, 180 darjah berbeza.

Lembut?

Tak, Shinhae bukannya gadis lembut. Dia kasar. Ya!

Comel. Dia akui Shinhae memang comel, tapi bukan semua orang comel ke? Dia nampak cute bila gelabah. Itu, sedikit tidak enak. Sepertinya sama tanggapannya pada Shinhae. Dia memang comel, lagi-lagi waktu Shinhae diusik.

Tapi, ramai lagi macam tu.. Argh!! Berhenti fikir lagi, makin serabut dia rasa. Fikirkan perkara ini, makin tak enak perasaannya. Macam mana kalau orang yang sama. Dia tak mahu perkara itu berlaku, kalau memang itu yang terjadi-

"Huh.." Dia buntu.

--------

Batu- batu kecil disepak, sekejap pandangannya berada pada tanah, kemudian kepala didongak. Memandang pagar sekolah yang terbuka luas. Mencari kelibat Shinhae, hari ini dia keluar awal kerana ingin bertemu Shinhae. Dia tahu, kalau bukan dia yang mulakan dulu, tak akan pernah Shinhae menegurnya.

Semalam, sempat dia suruh Minji berikan roti dan susu. Makanan harian gadis itu. Tak tahu sama ada Shinhae suka atau tak?

Matanya dikecilkan, cuba memastikan yang dia tak salah lihat. Apabila mata mereka bertembung, terus dia berpeluk tubuh. Menyembunyikan niat sebenarnya. Tangan kanannya yang berada dekat dengan kedudukan jantung, memukul perlahan di kawasan itu. Jantung dia seperti tidak ingin beri kerjasama, masih lagi berdegup dengan laju.

Bila Shinhae berhenti di hadapannya, langsung dibawa gadis itu ke dalam pelukannya. Sungguh, dia rindu untuk bersama Shinhae." Bogoshipda.." Tapi, perkataan rindu itu terlintas secara tak sengaja, dan kerana itu terus dijauhkan tubuhnya daripada Shinhae. Sedar yang jantungnya semakin menggila.

Bahu Shinhae dipegang kemas. Dari atas ke bawah matanya memandang orang yang ada di hadapannya, dia perasankan sesuatu. Kenapa tubuh gadis ini semakin mengecil?

"Kau nampak macam dah kurus. Kau tak makan ke?"

"Aku makanlah. Mata kau rosak kut, pergi pakai spek lah." Saat tangan Shinhae menepis tangan Jimin, dia sedikit terkejut. Terasa hati dengan layanan Shinhae. Sakit.

Jimin senyum kembali, tak nak Shinhae perasan perubahan riak di wajahnya. "Nanti rehat jumpa aku. Macam biasa dekat rooftop sekolah." Rambut Shinhae diusap kasar sebelum dia berpaling pergi.

Dia lajukan langkahnya. Dia yakin, dia perlu luahkan. Yakin yang cinta dia tak bertepuk sebelah tangan. Rehat ini, dia ingin Shinhae dengar apa yang akan keluar dari mulutnya.

---------

Berdebar. Itu yang dia rasa sekarang. Tak putus- putus senyuman yang terlakar di bibirnya. Tak sabar nak melihat reaksi Shinhae. Disebabkan itu, dia sanggup pergi ke blok Shinhae.

"Eoh hyung? Buat apa dekat sini?"

Langkahnya berhenti sebelum memandang pemilik suara yang memang dia kenal. Taehyung. "Actually.." Dia tersenyum kekok. Segan pula dia rasa, nak mengutarakan niat sebenarnya. "Hyung nak jum-"

☑ Beware with him⇨p.j.mTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang