"Macam mana date kau hari tu dengan Taehyung?" Soal Hayeon yang duduk di sebelah Jungkook.
Aku jeling Hayeon geram dan menyambung kembali bacaanku. Mana tak geram, dia punca dating tersebut terjadi.
"Wei, ceritalah.. " Hayeon merampas buku yang tengah aku baca dan diletakkan ke tepi.
"Cerita cepat."
Jungkook pun menunjukkan riak menyebuk pada wajahnya. Aku memandang Jungkook sebelum pandang Hayeon dengan pandangan kosong.
"Aku takkan cerita apa-apa." Buku di sebelah Hayeon aku ambil balik. Sekarang ni aku cuma nak merajuk.
"Kau date dengan Taehyung bila?" Soalan Jungkook membuatkan aku letak buku yang baru aku nak sambung baca ke tepi.
"Untuk pengetahuan kau, aku tak dating dengan dia. Aku cuma keluar dengan dia."
"Hari apa?"
Aku pandang Jungkook pelik. Sejak bila dia suka ambil berat tentang aku?
"Hari.. Sabtu. Wae?" Aku menaikkan kening kananku ke atas. Menunjukkan aku betul-betul tertanya-tanya dengan soalan lelaki itu.
"Saja je tanya. Aku pergi dulu, bye." Jungkook berjalan keluar meninggalkan kami berdua dalam kelas kosong yang selalu mereka berdua berjumpa.
Jungkook sangat pelik hari ni.
°•°•°•°•°
Hari ini aku tak ada mood nak naik rooftop sekolah. Mungkin sebab masih sakit hati dengan Jimin. Lagipun bukannya penting pun.
Aku berjalan-jalan di koridor tanpa hala tujuan dan baru aku tersedar yang aku berada di depan kelas Jimin. Aku kerutkan dahi, buat apa aku dekat sini? Baru nak patah balik, aku dapat rasakan ada tangan yang menarik aku dari dalam kelas.
Aku pusing ke belakang. Dan aku nampak Park Jimin, dengan wajahnya yang tak ada reaksi.
"Sakitlah." Aku usap lengan aku dan pandang bawah. Sebenarnya tak sakit pun, cuma aku takut nak tengok muka garang dia.
"Kenapa kau tak datang hari Sabtu?" Suara Jimin jelas tanpa tone gembira ataupun ceria. Suara seksi dia pun dah hilang. Hilang ke mana jangan tanya aku.
"Datang ke mana?" Ini aku curious. Apa pulak yang dia cuba nak merepek ni?
"Hari Sabtu tu, aku tunggu kau nak dekat lima jam dekat depan panggung wayang. Lima jam kau tau tak" Jimin menunjukkan kelima-lima jarinya betul-betul di hadapan mukaku.
"Kau cakap tak jadi." Tangannya aku tolak ke tepi. Sekarang ni siapa yang patut marah siapa? Kenapa dia pulak yang nak marah aku? Sepatutnya aku yang sakit hati dengan dia.
"Kau tak check mesej yang aku hantar dekat kau ke? Bila aku call kau, kau tak angkat. Bila aku mesej kau, kau tak balas pun. Kau tau tak kau buat aku risau." Jimin menjerit padaku dan aku pula hampir-hampir sahaja nak menangis.
Memang aku tak baca pun mesej yang dia hantar. Aku block nombor dia supaya dia tak boleh call aku. Tapi semua ni berpunca daripada dia.
Geram! Nak je aku tengking dia sekarang ni. Sepatutnya aku marah dia sekarang ni. Aku pantang bila ada orang naikkan suara dekat aku. Kalau orang tu marah aku balik, ribut taufan katrinalah jadinya.
Tapi aku tak boleh bila dengan Jimin. Aku rasa macam aku pulak yang nak menangis.
"Biane.." Aku menunduk ke bawah. Tak nak dia nampak air mata aku yang hampir terkeluar.
Dia diam. Tapi cuma sementara.
"Shinhae-ah.." Dia tarik aku supaya dekat dengan dia. Jimin peluk aku dan usap belakang badan aku perlahan-lahan. Jangan buat macam ni Jimin, kau cuma buat aku makin nak nangis.
"Yah, janganlah menangis."
"Biane.. "
Air mata aku makin keluar dengan laju.
"Jeongmal biane Shinhae-ah..."
"Aku tak suka tengok kau menangis macam ni."
Semakin Jimin cuba pujuk aku, makin laju air mata aku mengalir dekat pipi. Aku tak tahu kenapa? Aku rasa macam aku nak perhatian daripada Jimin. Aku tak suka bila dia marah aku.
Dia leraikan pelukan dan lekapkan kedua-dua tangannya di pipi aku. Ibu jarinya menyeka air mata yang mengalir di pipiku sebelum kedua-dua pipiku dicium Jimin.
Dia menjarakkan sedikit wajahnya daripadaku dan dahiku menjadi sasaran bibirnya. Lama.
Baru aku tersedar apa yang aku tengah buat. Laju aku menolak tubuh Jimin menjauhiku dan berlari keluar dari kelas dia sepantas yang mungkin.
Gila kau Shinhae, gila.
Aku cuba menstabilkan pernafasan aku bila aku sampai ke kelas aku, selamat kelas aku tak ada budak.
Semalam kena kiss dengan Taehyung. Hari ni dengan Jimin. Esok lusa entah siapa yang akan kiss kau.
Tapi, kenapa dengan Jimin?
Bukan kenapa dengan Jimin, tapi kenapa dengan aku ni?
Dada aku yang berdebar ku usap perlahan. Berharap debaran itu hilang.
Hyeyouuu
Vote&commentThank you
YOU ARE READING
☑ Beware with him⇨p.j.m
FanficBerhati-hati dengan dia, Sebab dia boleh buat hidup kau huru hara. Once you are addicted, He'll never let you go, Because you're meant to be His target