Sc Jimin - 7

1.4K 147 0
                                    

Kepalanya setia memandang ke bawah, sejak mereka berdua tiba di taman, masih lagi dia tak bersuara. Dia takut, memikirkan penerimaan Taehyung. Biarlah orang nak kata apa, memang dia pengecut, penakut.

Itulah kenyataannya. Dia takut kalau orang yang dia sayang tinggalkannya. Cukuplah dia dipinggirkan oleh kedua orang tuanya sewaktu kecil. Dia tidak mahu kejadian seperti itu berulang kembali.

"Hyung, aku tak tahu apa yang kau nak cakap. Penting ke tak penting ke, just take your time. Aku sanggup tunggu." Taehyung bersuara, memecahkan kesunyian yang menjadi latar belakang mereka. Tidak mahu memaksa Jimin.

Perlahan-lahan Jimin mengangkat muka, memandang Taehyung yang berdiri tidak jauh daripadanya.

Sekali dia menarik nafas, kemudian hembus. Menenangkan perasaan takut yang sedari tadi menguasai dirinya.

"Aku nak cakap yang aku sukakan Shinhae- tak, hyung cintakan dia." Lega. Sepertinya beban yang selama ini hilang.

Pandangan mereka berdua bertaut, berkerut dahi Taehyung. Cuba untuk memahami lawak yang baru disampaikan oleh Jimin. Dia ketawa bebas, cuba menutup rasa gundah yang ada di hatinya, tidak ingin mempercayai apa yang baru Jimin sampaikan.

"Lawak April Fool ke? Sejak bila hyung pandai melawak?"

"Hyung tak main-main. Hyung cintakan Shinhae, dan Shinhae cintakan hyung." Perkataan cinta disebut dengan tegas, membuktikan yang dia tak main- main. Dia cuba beriak tegas, melawan rasa takutnya yang bercambah.

Tawa Taehyung tertenti. Matanya tajam memerhati Jimin. Penumbuknya digenggam erat. Panas hatinya apabila Jimin turut menyatakan yang Shinhae menyukai hyungnya. Dia tak suka dengan kenyataan itu.

"Hyung jangan nak merepek boleh? Tae cintakan dia, dan dia cintakan Tae. Hyung tak tahu apa pun pasal dia. Jadi boleh hentikan cerita mengarut ni?" Berkerut dahi Taehyung melawan rasa marah. Nada suaranya masih lagi mampu dikawal.

"Hyung tak merepek. Apa yang hyung cakap semuanya betul. Tae tak perasan ke?" Jimin mula menunjukkan tanda ingin melawan. Tak puas hati apabila Taehyung tidak mempercayainya, tapi bila memikirkan semua salah faham berpunca daripadanya, dia menenangkan kembali dirinya.

Wajah Taehyung berubah tegang, merah wajahnya. Giginya diketap kuat sebelum dia menghampiri Jimin dan mencekak kolar baju lelaki itu. Dipandang Jimin yang tak melawan atau meronta.

"Hyung dah gila ke?!" Perasaan marahnya bertukar kecewa, sedih. Kenapa Jimin sanggup lakukan sebegini kepadanya. Tak boleh ke berikan kebahagiaan padanya?

Jimin diam. Matanya memandang tempat lain, tidak mahu hanyut dengan pandangan mata Taehyung. Dia takut yang dia akan berubah hati.

Kuat kolar baju lelaki itu dicekak. Melihatkan Jimin yang pasif, dan tak menjawab soalannya, penumbuknya dihayun pada pipi lelaki itu.

Jimin terjatuh atas tanah, bibir bawahnya digigit perlahan. Menahan rasa sakit yang sedang berkumpul di pipi kanannya. Belum sempat nak diusap tempat yang sakit, terasa kolar bajunya dicekak sekali lagi. Mendorong dia untuk berdiri.

"Kalau hyung sebut lagi pasal ni, Tae bunuh hyung!" Pesanan berbaur amaran diberi sebelum tumbukan dilepaskan pada wajahnya sekali lagi.

Dipandang Taehyung yang sudah berjalan pergi dengan lemah. Tak ada niat untuk menghalang dia daripada pergi. Cukuplah untuk kali ini dia terima tumbukan.

Yang pertama dan terakhir. Dia tak tahu yang sakit kena tumbuk, sakitnya sama dengan sakit gigi. Berdenyut satu kepala, rasa seperti ingin pitam.

Darah yang berkumpul di tepi bibirnya diusap sebelum dia ketawa sinis.

☑ Beware with him⇨p.j.mWhere stories live. Discover now