Aku berdiri di penjuru bilik yang menempatkan omma dan appa aku sambil menunduk. Kadang-kadang tangan aku menguis sedikit hujung skirt sekolahku.
"Shinhae, kenapa diri dekat situ. Mari sini duduk dengan omma." Aku mendongakkan kepala memandang semua yang berada di satu tempat itu.
Semua yang aku maksudkan adalah omma, appa yang sedang tidur, adik-adikku yang lain dan termasuk juga Jimin. Apabila perhatianku beralih pada Jimin laju aku menoleh ke tingkap. Malu bila memikirkan kejadian tadi. Lagi-lagi nampak dia tengah senyum.
"Nunna, kita orang nak balik rumah. Nak ambik Junghyun dekat tadika. Kau nak ikut atau nak stay sini kejap?" Aku pandang Jungmin, adik lelaki aku yang lagi satu. Boleh dikatakan dia dengan aku memang tak pernah bergaduh.
"Aku stay kejap. Kau baliklah dulu."
"Ok, kalau macam tu, hyung tengok-tengokkan nunna. Takut dia over pula nanti."
Aku mencebik bibir bila dengar Jungshin cakap macam tu. Aku tahu dia tengah perli aku. Biasalah, reaction seorang anak bila dapat tahu yang parents dia masuk hospital. Tapi, aku tak tahulah pulak yang omma dengan appa aku cedera ringan je.
Aku pandang Jimin dan Jungshin yang tengah berbual mesra. Macam mana diorang berdua boleh kenal? Aku pun tak pernah tahu. Dari time aku menangis kat luar sekolah Jungshin memang dah kenal Jimin.
"Kalau macam tu kami balik dulu. Omma jangan lupa makan ubat. Bagitau dekat appa sekali. Arasseo." Omma hanya ketawa kecil mendengar nasihat daripada mereka berdua.
"Nunna kita orang balik dulu. Nanti balik biar Jimin hyung yang hantar. Jangan ngada-ngada nak buat hal." Aku pantas menganggukkan kepala. Tahulah aku jaga diri, aku ni bukan budak kecil lagi.
Aku pandang Jungshin dan Jungmin yang baru sahaja keluar dari bilik. Apabila pintu ditutup, baru aku melangkah dekat ke katil omma, aku duduk di atas kerusi di sebelah Jimin yang dari tadi khusyuk berbual dengan omma aku.
"Anak omma okay?"
Aku mengangguk kecil. Tangannya aku raih sebelum dicium lembut belakang tapak tangannya.
Lepas tu aku tersenyum memandang appa yang sedang tidur nyenyak di sebelah katil omma.
"Baik betul namchin kamu ni."
Eh.. Omma cakap pasal siapa? Taehyung ke? Macam mana omma boleh tahu. Tapi bila aku tengok omma tak lepas pandang daripada Jimin, baru aku tahu siapa yang omma maksudkan. Tak pasal-pasal pipi aku memerah.
"Dia-"
"Saya bukan namchin dia."
Aku mengetap gigi aku kuat sambil tanganku digenggam kuat. Aku tunduk pandang bawah. Jangan nangis Shinhae, jaebal jangan nangis. Hati aku sakit bila dengar pengakuan dia. Walaupun ia betul.
Aku tarik nafas perlahan-lahan sebelum menghembus perlahan. Aku dah tak pedulikan apa yang mereka berdua berbual. Apa yang mereka gelakkan aku buat tak peduli.
"Omma, Shinhae balik dulu. Biane.. "Aku mendongak memandang omma. Muka dia terus terkejut, aku tak tahu dia terkejut sebab aku nak balik awal atau dia nampak mata aku dah berkaca.
Omma tersenyum hambar sebelum menganggukkan kepalanya. "Hati-hati balik. Jangan terlampau stress, omma tak suka. Arasseo?"
So, dia tahu yang aku nak menangis.
Aku hanya mengangguk sebelum berdiri mendekati omma dan mencium dahinya perlahan. Aku berjalan ke katil appa dan sebelum buat benda yang sama.
"Hae-ah, biar Jimin hantar Hae balik ye?"
YOU ARE READING
☑ Beware with him⇨p.j.m
Hayran KurguBerhati-hati dengan dia, Sebab dia boleh buat hidup kau huru hara. Once you are addicted, He'll never let you go, Because you're meant to be His target