Sudah beberapa hari dia tidak sedap badan, kepalanya berdenyut- denyut. Sekarang ni pun dia asyik bersin banyak kali. Nak bercakap dengan orang pun dia rasa malas. Berat mulutnya, bukan sengaja, disebabkan rasa tak selesanya, mulutnya pun turut diam.
Apatah lagi dengan kes yang berlaku antara Shinhae dengan dia. Buat masa ni, dia cuma perlu tunggu masa yang sesuai, untuk dia lupakan Shinhae.
Dia perlu cuba walau sedikit perit.
"Jimin, kau okay tak?"
Senyum kecil dia pada Jungkook sambil mengangguk kepala, tak mahu rakannya turut risau.
"Nak aku hantar kau balik?"
"Tak payahlah. Aku okey."
"Betul ni?"
Jimin angguk berkali- kali, beg sekolah dicapai sebelum dia keluar dari kelas. Daripada asyik bersoal jawab dengan Jungkook, lebih baik dia cepat- cepat keluar. Sempat dia menyapa rakan sekelasnya yang lain, perlahan langkahnya berjalan keluar dari kawasan sekolah. Terasa lemah,penat. Dia nak cepat pulang, nak berehat.
Matanya berhenti pada seseorang, membuatkan langkahnya turut berhenti. Setahunya, lelaki itu bukan bersekolah di sini. Jungshin? Adik Shinhae dan apa dia buat dekat sini?
Dan tu, bukan ke Shinhae?
Laju kakinya melangkah bila lihat Shinhae sudah menangis. Walaupun mindanya jelas menyuruh dia untuk menjauhkan diri, tapi hatinya lebih kuat. Perasaan ingin tahunya lebih tinggi, apatah lagi orang yang sedang menangis itu adalah Shinhae.
"Wae Jungshin? Kenapa dengan Shinhae?"
"Hyung..."
Kakinya berhenti melangkah, berdiri di hadapan Shinhae. Kenapa dengan kau ni? Jangan nangislah. Ayatnya kedengaran selamba. Tidak ada nada memujuk di situ. Seperti orang yang bersalah, dan cuba untuk menutup kesalahan sendiri.
Bila berhadapan dengan Shinhae, itu yang terjadi pada dirinya. Tak tahu ingin pujuk guna cara apa.
Tangannya yang naik untuk menyeka air mata Shinhae jatuh kembali. Dia tak mahu orang salah sangka, takut kalau Taehyung nampak, dia tidak mahu lelaki itu berfikir lain. Lagipula sekarang ini dia sedang sakit, barangkali demam, tak mahu Shinhae terkena tempias.
Saat dia ingin berpusing, menghadap Jungshin, terasa ada seseorang yang memeluknya. Dan dia tahu siapa bila terasa baju sekolahnya mula basah pada bahagian dada. Terkejut, nafasnya mula tak teratur, berada dekat sebegini dengan Shinhae memang keadaan yang sebolehnya ingin dielakkan.
Tetapi, bila teringatkan emosi Shinhae yang tidak stabil, dia mula berkelakuan biasa. Tangan kanannya diangkat sebelum melekap di belakang Shinhae, menggosok perlahan. Berharap dia dapat menenangkan Shinhae, dan ternyata itu menjadi. Walaupun mengambil masa yang agak lama.
--------
Kakinya berjalan ikut ke mana Shinhae pergi, daripada tadi tak ada satu perkataan yang keluar dari mulutnya atau Shinhae.
Bibirnya tersenyum kecil, geli hati bila teringat kejadian tadi. Rupanya, orang tua Shinhae cuma cedera ringan. Takut juga dia, lagi- lagi sewaktu tengok Shinhae mengangis beria- ia, fikirnya teruk sangat.
Matanya pandang ke hadapan, baru perasann yang mereka sudah sampai ke rumah Shinhae. Tapi bila melihat Shinhae yang tak ingin ucap selamat tinggal padanya, pasti ada sesuatu yang tak kena.
Pantas tangannya memegang lengan Shinhae yang sudah berada di hadapan pintu rumah, membelakanginya. "Kau kenapa?"
Aish! Jimin tampar dirinya dalaman. Kenapa dia boleh tanya soalan sebegitu, terlalu kasar.
"Kau tanya aku kenapa?" Sinis, dalam masa yang sama, tangannya ditepis kuat oleh Shinhae. Menyebabkan dia terlepas pegangan tersebut.
Terkejut, tetapi dikawal reaksinya. "Ya, aku tanya kenapa?" Wajah Shinhae sudah merah padam, berkerut memandangnya.
"Aku benci kau."
Matanya memandang tepat pada mata Shinhae, inginkan kepastian daripada kata- katanya di sebalik air mata yang bertakung.
"Aku benci kau."
Air mata Shinhae mula tumpah, buatkan dia rasa bersalah. Terkejut kerana dia sendiri yang buat Shinhae menangis seteruk ini. Dia mula mendekati Shinhae, tapi langkahnya berhenti. Dan dia mula mengundur ke belakang.
Ini salah, tak sepatutnya keadaan jadi sebegini.
"Aku suka kau."
Jimin ketap bibirnya kuat, menahan diri daripada ingin memeluk Shinhae. Keinginan dirinya untuk memujuk Shinhae, dia mahu dirinya yang mendakap Shinhae. Rasa marah pada diri kerana tak mampu untuk menjaga orang yang dia cinta.
"Kau suka aku kan?"
Sebolehnya dia menahan daripada menjawab soalan tersebut, tak mahu jadikan ia terlalu rumit. Hanya mampu memandang gadis itu sambil tangannya digenggam kuat dan berdiri kaku di situ, dia tahu, kalau tersilap langkah, semuanya musnah.
Matanya hanya memandang gerak Shinhae, yang sudah jalan ke arahnya. Berdiri di hadapannya tidak beberapa jauh. Tiba- tiba tangan Shinhae menarik bahunya, membuat tubuhnya mendorong ke bawah sedikit. Merapatkan wajahnya dengan Shinnhae yang sudah menjongket.
Dia tak tahu apa yang dia perlu buat sekarang, dia buntu. Melihatkan Shinhae seberani ini, membuatkan dia terdorong mengikut kehendaknya. Bibir merah dia seolah- olah memanggil Jimin, untuk mendekatinya. Perlahan- lahan, jarak antara mereka dihapuskan, sehingga hidung mereka bersentuhan. Nafas dia yang bercampur dengan Shinhae membuatkan dia merapatkan lagi dirinya, pinggang Shinhae dipeluk erat. Mendekatkan lagi Shinhae dengan dirinya.
Tangan Shinhae melekap di dadanya, membenarkan Shinhae rasa degupan jantungnya. Dalam masa yang sama, membiarkan Shinhae tahu perasaan mereka sama.
Wajah didekatkan lagi, ingin sekali dia menyentuh bibir itu. Bayangan Taehyung yang muncul secara mengejut dalam mindanya membatalkan niatnya. Tersedar daripada dunia mereka berdua, terus Jimin terdiam.
"Hajima Shinhae.." Pintanya. Biar Shinhae sendiri yang sedar. Dia tak mahu Shinhae sedar secara mengejut. Biar gadis itu sendiri yang menolaknya.
Seperti yang dia inginkan, Shinhae menjauhkan diri. Beberapa tapak ke belakang. Mata setia memandangnya yang sudah jauh ke belakang.
"Bodoh"
"Pengecut"
"Jahat"
Kepala ditoleh ke kiri, tak mampu menahan rasa yang mula sakit pada hati. Dengan diri yang sudah sakit, senang sahaja dia jadi sensitif.
"Aku benci kau Jimin. Aku benci kau."
"Ini yang kau nak kan. Mulai sekarang, aku akan buang nama Park Jimin dar hati aku."
Dia cuba menstabilkan dirinya daripada melakukan perkara yang bukan- bukan. Memang betul, itu yang dia inginkan. Tapi, sakitnya tak mampu dia tahan.
Perlahan- lahan kepalanya mendongak memandang Shinhae. Air mata cuba ditahan, tidak ingin tumpah. Dia ingin bertentang mata dengan Shinhae, biar Shinhae fikir, memang itu niat sebenarnya.
Melupakannya.
"Dan kau"
Jari telunjuknya menuding pada Jimin.
"Get lost."
Jimin menarik nafas panjang.
"Berhenti dari muncul dalam hidup aku.!
Perlahan- lahan nafasnya dilepaskan dengan air mata yang mengalir keluar. Tanpa berpaling ke belakang, Shinhae masuk ke dalam rumah. Meninggalkannya.
![](https://img.wattpad.com/cover/90191374-288-k729460.jpg)
YOU ARE READING
☑ Beware with him⇨p.j.m
FanfictionBerhati-hati dengan dia, Sebab dia boleh buat hidup kau huru hara. Once you are addicted, He'll never let you go, Because you're meant to be His target