19 • Three days

3K 389 10
                                    

Tiga hari aku tak datang sekolah. Tiga hari aku tak keluar rumah. Aku duduk rumah macam orang kena gantung sekolah. Telefon aku tak sentuh. Aku tak berhubung dengan sesiapapun. Minji dengan Hayeon fikir aku demam.

Taehyung pun ada datang hari tu. Tapi aku tak nak jumpa dia, sebab aku tak tahu nak cakap apa. Jadi, omma yang cakap dengan Taehyung.

Jimin pula tak ada pun datang rumah aku. Aku rindukan dia.

Jimin aku nak jumpa. Taehyung aku tak nak? Aku memang tak ada rasa bersalah ke?

Hari-hari aku asyik baring dekat atas katil. Kadang-kadang aku akan tertidur. Lepas bangun tidur, aku mandi, makan, lepas tu aku baring balik dekat atas katil.  Lepas tu aku makan tengah hari, baring dan ulang rutin itu setiap hari.

"Nunna, Jimin hyung datang." Kata Jungshin dari luar.

Aku makin tutupkan mata aku rapat. Selimut yang aku lipat dan letak dekat tepi katil aku ambik guna kaki. Lepas tu, aku selubungkan diri aku satu badan.

"Nunna tak nak jumpa Jimin hyung ke?"

Aku buat tak peduli. Bunyi pintu dibuka dari luar pun aku buat tak peduli.

"Hae tak nak jumpa Jimin ke?" Omma pujuk aku.

Tak, aku tak nak jumpa sesiapa pun. Termasuk Jimin.

Walaupun sebenarnya hati aku rindukan dia.

Aku tak dengar suara sesiapa pun. Aku cuma dengar bunyi pintu ditutup. Dua minit aku berkeadaan macam ni. Sesak nafas sebenarnya. Bila aku dah pasti tak ada bunyi suara, laju aku selak selimut dan campak jauh-jauh ke atas lantai.

"Omma!" Aku yang tengah baring cepat-cepat duduk. Dada aku yang tengah berdebar laju aku pegang.

Terkejut bila ada orang dalam bilik. Dan orang itu Jimin.

Aku pandang dia terkejut. Dia pandang aku kejap lepas tu kutip selimut yang aku campak ke lantai dan berjalan ke katil aku.

"Kau seksi sangat." Dia tutup badan aku guna selimut. Baru aku perasan, aku pakai T-shirt lengan pendek dengan seluar pendek.

Dia duduk dekat sebelah aku dan pandang aku dengan senyuman dia yang penuh misteri.

"Kenapa datang sini?"

"Aku rindukan sweetie pie aku."

Aku pun rindukan kau.

"Kau tak rindu aku ke?"

Kan aku dah jawab tadi.

"It's okay. Aku faham."

Kau tak faham. Kalau kau faham, mesti kau dah peluk aku.

"Tadi omma kau ada cakap something dekat aku."

Aku just pandang dia. Aku dah boleh agak apa yang omma aku cakap dekat Jimin. Muka dia dari tadi sedih. Mesti omma dah cakap dekat dia.

"Dia suruh aku lupakan kau."

Omma.. Kenapa omma cakap dengan Jimin.

"Tapi aku tak kuat."

Ya, Jimin memang tak kuat. Aku nampak mata dia merah. Hidung dia merah.

"Jadi aku nangis dekat depan omma kau."

Dia tundukkan kepala dia.

"Lepas tu, aku minta izin dekat omma kau supaya benarkan aku bercinta dengan kau."

Aku dapat dengar nafas dia tak stabil. Dia menangis. Ni yang buat aku nak nangis balik. Dah tiga hari aku berhenti menangis. Aku rasa tangki air mata aku dah penuh balik.

"Hanya tiga hari je."

Dia pandang aku dengan muka dia yang dah basah dengan air mata. Yah! Jimin. Kenapa kau bodoh sangat? Kenapa kau mintak tiga hari je? Kenapa Jimin?

"Dia suruh.. Aku tanya kau. Kalau kau sudi nak bercinta dengan aku. Hanya untuk tiga hari."

Tak nak. Aku geleng kepala aku lemah. Mata aku dah mula berkaca.

"Aku tak nak tiga hari. Aku nak selamanya."

Dia dekatkan diri dia dengan aku lepas tu peluk aku.

"Kenapa kau cakap dengan omma aku tiga hari je?"

"Kau ni pabo ke?"

"Yah, Jimin. Aku tanya ni, jawablah."

"Jimin.."

Dia cuma senyap dan usap belakang aku. Aku tahu dia cuba pujuk aku. Sebab tu dia tak bercakap.

"Jadi yeochin aku Shinhae?"

Aku angguk. "Nae."

Walaupun untuk tiga hari, aku mahu. Aku nak simpan kenangan aku dengan Jimin bersama.

Hyeyouuu
Vote& comment

Thank you

☑ Beware with him⇨p.j.mWhere stories live. Discover now