29 • suprise

2.9K 320 0
                                    

Tangan ni gatal sangat, nak tulis jugak.

Nana memandang aku dan Park Jimin bersilih ganti. Lama pandangannya berhenti pada aku, sempat dia menyepetkan matanya yang memang sudah sepet pada aku. Membawa makna 'apa semua ini?'

"So, Tuan Pengarah dan Cik Shinhae memang dah lama kenal. Jadi saya keluar dulu." Nana meminta diri sebelum berjalan ke pintu.

Nana!!! Jerit hatiku.

Jangan tinggalkan daku. Aku tundukkan pandangan aku ke bawah bila sedar yang ada dalam bilik ni hanya aku dan Jimin. Oops.. Maksud aku, Tuan Pengarah.

"Ehem.. " Kepalaku didongakkan kembali, memandang empunya suara.

"Tuan pengarah, nak air ke? Saya boleh suruh Na-"

"It's okay."

Dia berjalan mendekati aku dan menarik aku ke dalam pelukannya. "I just want you."

Aku cuma mampu mendiamkan diri, tanganku tergantung, tak mampu untuk membalas pelukannya. Ia terlalu mengejut. Lama dia memelukku, seperti tak nak dilepaskan.

"Jom kita date Sabtu ni."

Mataku terkebil-kebil, masih lagi dalam pelukan hangat Jimin. Tak percaya dengan apa yang baru aku dengar. Aku tersenyum malu, mengingatkan kembali temu janji sewaktu zaman sekolah.

"Our last date."

Laju aku menolak tubuh Jimin menjauhi aku. Muka aku yang dah berubah merah, aku control, tak nak Jimin nampak yang aku tengah marah.

"Tuan Pengarah, please behave. Kita dekat pejabat." Alasan palsu yang aku berikan walaupun sebenarnya aku rindukan dia.

Dia pandang aku dengan terkejut sebelum bibir dia cuba untuk tersenyum. Barangkali terkejut dengan perubahan aku.

"And I'm very sorry, Sabtu tu ni saya busy. Saya ada date." Sengaja aku berkata begitu, mahu melihat sejauh mana dia sayangkan aku.

Dia sayangkan kau ke? Entah-entah dah tak sayang dekat kau lagi. Ejekku pada diri sendiri.

"Oh-ok. Maybe next time." Dia tersenyum manis.

"No next time. So please, the door over there. Can you leave me alone. Saya banyak kerja sekarang ni." Aku tunjukkan jari telunjuk ke arah pintu dan berjalan ke meja kerjaku. Biarlah ia dianggap biadap, tapi hati aku lagi sakit.

Aku tahu dia masih lagi berdiri di tempat yang sama, tapi aku buat seolah-olah aku tidak kisah. Laptop di atas meja dihidupkan. Fail yang dah bertimbun di atas meja aku capai.

"Jimin keluar dulu." Aku ketap bibirku, menahan diri daripada mengalirkan air mata. Bukan niat aku untuk menghalau dia, tapi hati aku masih lagi tak boleh terima dengan tindakan yang dia buat lapan tahun yang lalu.

Keluar sahaja Jimin daripada pejabatku, fail diletak di atas meja sebelum tubuhku disandarkan di kerusi.

Aku tak sangka yang aku ni ego. Mianhe Jimin.

°•°•°•°•°

Cepat betul hari Sabtu. Aku ingat hari yang indah lagi cerah, nak teruskan tidur hingga ke tengahari atau petang. Tapi apakan daya, apabila omma mengetuk pintu bilikku macam nak roboh dan kejut aku time sekolah dulu.

Baju blouse warna putih dan skirt hitam yang dah digantung dan disiap gosok aku pandang lama. Entah kenapa omma terlalu rajin nak gosokkan baju untuk aku, kalau dulu bukan main lagi suruh aku gosok sendiri. Sunggu pelik.

Kemudian mataku memandang jam yang tergantung di dinding. Baru 8 pagi.

Belum pukul 10, tapi omma dah tercegat di depan pintu bilik.

"Hae, cepat siap."

Aku pandang omma tak percaya. "Omma, baru pukul lapan pagi. Belum pukul sembilan pun."

"Cepat siap. Hari ni biar appa yang hantar."

"Omma.. Hae bukan nak pergi sekolah dan Hae boleh bawa kereta Hae."

"Minyak kereta Hae kan nak habis. Biar omma suruh appa isikan."

"Tak apa, biar Hae isi. Alang-alang Hae nak keluar ni, Hae isilah sekali."

"Tak apa biar appa Hae yang isi, nanti appa bayarkan duit minyak."

Aku pandang omma dengan mata yang terkebil-kebil, biar betul apa yang aku dengar. Tak salahkan atau aku tengah berimaginasi.

"Omma pelik hari ni." Aku berdiri dan berjalan merapati omma yang masih lagi berdiri di depan pintu bilikku.

"Mana ada apa-apa yang pelik. Kamu tu cepat bersiap."

Bila nampak muka gelabah omma laju aku cuba untuk menahan pintu daripada ditutup, tapi terlambat bila omma berjaya menepis tangan aku dan pintu ditutup.

Aku mengeluh kasar.

°•°•°•°•°

Aku pandang sekeliling kafe. Cuba untuk mencari lelaki yang akan menjadi pasangan blind date aku. Tapi malangnya, aku tak kenal siapa orangnya.

"Tulah Shinhae, sombong sangat. Bila omma nak tunjuk gambar kau tak nak."

Selamat omma berkeras menyuruh aku mengambil nombor lelaki yang tidak dikenali itu. Belum sempat nombor lelaki itu aku masukkan, satu notification aku dapat.

Daripada nombor yang sama.

Saya pakai baju warna coklat, seluar putih. Duduk di hujung kanan.

Sekali lagi mata aku melilau, mencari empunya punya nombor. Laju aku berdiri dan berjalan menuju ke meja yang dimaksudkan lelaki itu.

Tanpa memandang wajahnya, aku duduk di kerusi.

"Excuse me.."

Aku dongakkan kepala. Tiba-tiba perasaan segan bertandang bila melihat wajahnya yang kacak.

"Yes?"

Pandai betul omma pilih.

"Saya rasa awak salah seat. Saya tengah tunggu seseorang."

Dahiku berkerut menahan marah. Mendidih hatiku mendengar apa yang baru saja dia sampaikan. Tahulah tak nak date dengan aku, tapi tak perlulah nak berkias.

"Encik fikir saya nak duduk dekat sini, kalau bukan mengenangkan omma saya, saya tak akan duduk semeja dengan encik. Dah lah tak kacak, perasan bagus pula tu. Saya tak tahulah apa yang omma saya nampak kat encik."

Muka dia berubah terkejut. Mungkin tak sangka akan ada orang yang akan mengutuk dia.

Belum sempat aku nak sambung kutukan aku pada dia, aku dapat rasakan ada seseorang yang memegang tangan kananku. Kepala didongak ke atas, memandang gerangan siapa yang berani pegang ta-

"Ji-min?"

"Awak buat apa kat sini?"

Jangan cakap dia stalk akulah.

"Khaja."

Hyeyouu
Vote& comment

Thank you

☑ Beware with him⇨p.j.mWhere stories live. Discover now