Sc Jimin - 3

2K 204 8
                                    

Orang yang lalu-lalang di sekitar kawasan aku duduk diperhatikan betul-betul. Mencari Shinhae sambil mata memandang skrin telefon. Menunggu panggilan daripada dia.

Aku mengeluh halus. Menyesal kerana datang awal pagi. Kalau tahu yang Shinhae masih tak muncul sampai sekarang, tak akan aku rajinkan diri bangun awal dan keluar pada jam lapan.

Nak dekat empat jam aku tunggu dia, mungkin kedengaran agak mustahil sebab sanggup tunggu orang selama itu, tapi dah cakap yang aku dah janji. Mana boleh patah balik.

Kalau lagi lima belas minit dia tak muncul lagi, aku nak balik. Aku tak kira. Tak sanggup nak tunggu lagi satu jam. Disebabkan dia, aku skip breakfast. Dan disebabkan dia aku masih lagi tak makan tengahari.

Aku memandang jam di tangan. "Sepuluh.. "

Sekali lagi aku pandang. "Lagi sepuluh minit lima belas saat."

Cepatlah masa berlalu, perut aku dah lapar.

Aku berdiri, berjalan sekeliling kerusi sebelum duduk kembali. Rutin yang aku buat sejak pagi tadi bila rasa belakang aku dah sakit.

"Mana dia?" Keluhku sebelum ditundukkan kepala. Telefon yang masih lagi kosong tanpa mesej atau panggilan masuk dibelek sekali lagi. Cuba telefon Shinhae. Untuk kali ini dah masuk 21 kali aku sanggup habiskan waktu untuk operator yang menjawab.

Bila aku hantar mesej, sepatah perkataan pun dia tak balas. Tapi, bila difikirkan balik, mungkin perempuan itu sakit sampai tak boleh bangun. Terbaring atas katil.

Aku terbayang Shinhae yang sedang terbaring lemah di atas katil di dalam biliknya. Wajahnya cengkung, putih tanpa warna merah. Dengan suara yang perlahan, dia memanggil nama aku.

Jimin..

Jimin..

"Aish.. " Aku geleng kepala laju-laju. Cuba buang imaginasi menakutkan itu dari minda aku. Meremang bula roma aku, macam hantu pula.

Mungkin aku boleh lawat dia. Rasa risau pula yang bertandang. Aku mendengus kasar sebelum berjalan keluar dari tempat panggung wayang. Geram sebab idea tu tiba-tiba boleh datang, sepatutnya aku balik rumah dan berehat selepas apa yang dia buat dekat aku.

Kaki aku terberhenti balik. Bila difikirkan betul-betul, aku tak ada alamat rumah dia. Pabo!

Mungkin Jungkook boleh bantu aku. Telefon dikeluarkan dari poket seluar. Kenalan Jungkook dicari sebelum dilekapkan telefon pada telinga.

"Jungkook, kau tahu alamat rumah Shinhae tak?"

-----

Tangan kiri aku teragak-agak nak tekan loceng rumah Shinhae. Tiba-tiba rasa takut muncul, macam mana kalau appa dia garang macam tentera dan omma dia bengis macam singa.

Aku geleng kepala. Aih, bukannya aku ada buat benda bukan-bukan dekat anak dia. Cuma nak datang melawat. Betul tu! Bukannya aku nak datang merompak.

Bila jari aku dah hampir nak jejak punat loceng rumah, automatik terberhenti sendiri tanpa aku suruh. Kaku macam robot aku berdiri depan rumah Shinhae.

"Tekan, tekan, tekan."

Aish, dia tak nak tekan pula!

"Cepatlah tekan!" Marahku pada jari sendiri. Degil.

"Te-"

"Boleh saya bantu?" Tegur seseorang dari belakang aku. Suara lelaki.

Laju aku berpaling, ada seorang budak lelaki. Daripada tinggi dia aku dapat agak yang umur dia bawah aku, sebab dia lebih tinggi daripada aku. Dan lagi satu, muka dia macam aku pernah nampak. Serupa dengan seseorang.

☑ Beware with him⇨p.j.mWhere stories live. Discover now