03 • Nice to meet you

4.9K 573 31
                                    

Hari ni aku berjalan dengan happy-nya ke library sekolah. Tadi, Taehyung ada juga ajak aku ke kantin, tapi aku tolak. Segan nak jalan dengan dia.

Minji dengan Hayeon dah pergi kantin dulu. Waktu rehat ni, niat aku memang nak lepak dekat library. Nak buat kerja kursus yang cikgu bagi masa hari itu. Bukan hari tu, sebulan yang lepas. Aku ni kalau bab-bab tangguhkan kerja memang nombor satu.

Aku tanggalkan kasut dan letak dekat rak. Aku duduk dekat meja belakang sekali. Depan-depan selalunya ramai orang, jadi aku malas nak duduk sana.

Selepas beberapa minit..

"Wahh.. Peningnya. Aku tak faham langsung pun." Keluhku.

Aku letak pen dekat tepi sebelum merenggangkan badan. Kenapalah susah sangat nak buat ni?!

"May I help you girl?" Soal satu suara dari belakangku.

Aku toleh pandang empunya suara. Lepas tu, laju aku pandang kerja dekat atas meja.

Itu kan Park Jimin. Ottokhae?

"Ani.." Aku geleng kepala menolak pelawaan Jimin.

Kalau nak mati, terimalah. Daripada tadi otak aku asyik ulang ayat yang sama.

"Are you sure?" Jimin duduk di depanku. Aku pula seboleh-bolehnya elakkan daripada pandang muka dia.

Bukannya dia kenal aku pun, tapi kenapa aku gabra sangat ni. Oh, sebab aku tak sengaja tengking dia hari tu, pasal tulah aku takut sangat.

Aku mengangguk laju. Aku ambil pen dan letak ke dalam kotak pensil. Dah kenapa tangan aku menggigil ni. Aku ada sakit parkinson ke?

"Are you okay miss?" Dia masih lagi duduk dekat depan aku. Tak boleh pergi jauh-jauh ke? Sekejap girl, sekejap miss. Lepastu asyik cakap Inggeris je, selamat aku faham Inggeris sikit, kalau tak, memang aku tak layan dia.

"Saya okay." Balasku perlahan.

Aku mula mengemas barang-barang aku yang bersepah dekat atas meja. Lagipun dah nak habis waktu rehat, aku rasa aku patut balik kelas sekarang ni.

Sebelum pergi, aku menunduk hormat pada lelaki tu. Sebagai junior, indeed. Walaupun sebenarnya aku nak minta maaf pada dia secara halus. Baru je setapak aku melangkah, dia panggil nama aku membuatkan aku berdiri kaku. Tak berani nak menoleh, tak berani nak pergi.

Nama aku?

Kejap,macam mana dia boleh tahu nama aku?

Dia dah tahu ke aku yang call dia masa hari tu? Tolonglah jangan. Jaebal.

Perasaan takut mula menguasai diriku. Aku tak tahu nak buat apa? Dalam otak aku dah fikir macam-macam rancangan supaya boleh terlepas daripada lelaki ini. Tapi, aku tak berani.

"Kim Shinhae right?" Aku dengar bunyi kerusi seperti bergerak dan aku nampak dia berjalan menghampiri aku. Berdiri di hadapanku yang tengah statik macam patung liberty.

Aku tak tahu nak jawab apa? Nak angguk, rasa macam hidup aku akan dilanda masalah. Tak nak mengaku pun buat aku rasa bersalah.

"Betullah..." Mata dia pandang name tag aku.

Shit! Kenapa kau tak tutup name tag kau. Kan dah jadi masalah.

"Nice to meet you."

Entah kenapa disebalik perkenalan dia buatkan hati aku berdebar. Penuh dengan rasa takut.

"I hope we'll meet again, my little girl."

Dan dengan itu aku dapat rasakan hidup aku dalam bahaya.

☑ Beware with him⇨p.j.mWhere stories live. Discover now