Aku duduk di ruang tamu rumah Jimin sambil mata melilau memandang perhiasan dalam rumahnya. Setahu aku ini rumah lama dia yang aku pernah datang sebelum ini.
Bunyi bising dan bau yang datang daripada dapur aku hiraukan seperti yang Jimin arah. Untuk beberapa minit aku duduk di atas sofa memandang rumah Jimin yang terlalu banyak perbezaannya. Gambar album yang berada di meja kecil di hujung dinding menarik perhatianku. Baru saja nak bergerak, Jimin melaung nama aku daripada dapur.
Kaki aku bertukar arah, melangkah ke dapur. Melihat senyuman Jimin yang terpampang di wajahnya membuat aku terikut untuk tersenyum.
"Duduklah." Pinggan yang berisi pasta aku pandang sambil melabuhkan punggung di kerusi.
Kemudian aku memandang Jimin kembali. "Awak, buat?" Tanyaku yang memang tak percaya.
Dia mengangguk dan tersenyum kecil. Baru saja dia ingin duduk di atas kerusi, bunyi loceng pintu rumahnya membatalkan niatnya.
"Sekejap ya.. " Pinta Jimin.
Aku cuma tersenyum sambil mengangguk. Pasta di depan mata menggiurkan nafsu makan aku. Buat seketika aku memandang ruang yang memisahkan dapur dengan ruang tamu dan memandang kembali pasta di hadapanku.
Tak sampai beberapa saat aku memandang kembali ke ruang tamu. Berkerut dahiku menahan geram pada Jimin. Apa yang dia buat? Lapar perut ni. Kalau dah sejuk pasta ni kan tak sedap.
"Jimin..." Laungku.
Tapi tiada sahutan.
"Jimin.. "Jeritku sedikit kuat.
Masih lagi tiada balasan.
Aku mengeluh perlahan sebelum bangun dan berjalan ke ruang tamu sebelum menuju ke pintu rumah. Sekali lagi dahiku berkerut. Ke mana Jimin menghilang?
"Jimin! " Jeritku sedikit kuat.
"Jangan main-mainkan saya."
"Jimin!" Aku dah mula gelabah, risau kalau apa-apa berlaku kepada Jimin walaupun aku dah menjerit beberapa kali.
Kakiku berjalan menghampiri sofa sebelum tangan menyeluk masuk ke dalam beg tangan dan mengambil telefon. Bercahaya sahaja skrin telefonku, ada mesej daripada Jimin.
Naik atas
"Atas?" Tangga yang menghubungkan ruang atas dengan bawah aku hampiri sebelum memijak satu persatu anak tangga ke atas sementara mulut aku tak berhenti-henti menyeru nama Jimin.
Ting!
Sekali lagi aku dapat mesej daripada Jimin.
Masuk dalam bilik.
Aku mengalihkan pandangan daripada telefon sebelum melepaskan keluhan tak percaya. Masalahnya bukan ada satu bilik dekat ruang atas ni, ada tiga bilik dan aku tak tahu nak masuk yang mana satu. Jadi aku buat keputusan untuk masuk ke dalam bilik bermula dari hujung kanan aku. Bila tombol pintu dipulas, ia berkunci. Aku menghampiri pintu yang tengah dan memulas tombol tersebut dan terbuka.
Mulut aku yang daripada tadi tak behenti memanggil nama Jimin terbuka kerana tergamam.
Aku berpusing ke kiri dan ke kanan mencari tuan rumah, tapi tak jumpa. Air mata semakin lama semakin banyak bertakung mengaburkan pandangan yang indah di hadapan mata yang hanya diterangi cahaya lilin di sepanjang jalan ke sofa berangkai tiga di hadapan televisyen.
![](https://img.wattpad.com/cover/90191374-288-k729460.jpg)
YOU ARE READING
☑ Beware with him⇨p.j.m
FanfictionBerhati-hati dengan dia, Sebab dia boleh buat hidup kau huru hara. Once you are addicted, He'll never let you go, Because you're meant to be His target