Sc Jimin - 6

1.3K 142 0
                                    

Dia hanya baring di seharian di atas katilnya. Pagi tadi, sempat dia menelefon Jungkook, mengkhabarkan yang dia tak sihat dan tak dapat hadir ke sekolah. Seperti yang dia jangka, segela bebelan masuk ke telinganya.

Jungkook serupa dengan omma.

Cerita pasal omma, setiap pagi, kalau ada kesempatan, pasti omma Taehyung datang ke rumahnya. Hanya hari sekolah, untuk membuat sarapan untuknya.

Cuma hari ini omma Taehyung pulang ke rumah lewat, selalunya dia akan balik dalam pukul sepuluh.

"Omma,  Jimin okay. Omma baliklah, nanti tak ada siapa nak jaga rumah." Jimin pandang Puan Kim yang sedang sibuk di dapur.

"Nanti. Tunggu omma siapkan sup ayam, baru omma balik."

Jimin hanya mampu mengangguk, ingin menegah lagi, dia tahu tak akan berhasil.  Kakinya melangkah mendekati kitchen island, punggungnya dilabuhkan pada kerusi di situ.

"Eh Jimin, kenapa tak berehat?"

"Kalau layankan demam ni, sampai bila tak sembuh." Jimin tersenyum panjang memerhati Puan Kim yang sibuk bergerak.

Omma, dia teringatkan ommanya yang sibuk. Tak ada masa untuknya semasa mereka tinggal bersama, sentiasa ditinggalkan pada pengasuh sewaktu dia kecil dahulu. Sehinggakan dia sendiri rasa rimas. Cemburu dengan rakan yang lain kerana ibu bapa mereka akan datang pada majlis yang diadakan di sekolah.

Dan kerana itu, dia inginkan hidup bersendirian. Sama sahaja kalau dia hidup sendiri atau bersama kedua orang tuanya. Tiada perbezaan.

Apabila orang tuanya membuat keputusan untuk berpindah, laju dia meminta izin untuk tinggal di rumah ini.

Memang omma dan appanya menentang habis. Sewaktu itu, dia baru sahaja habis sekolah menengah rendah. Pasti kedua ibu bapa mereka takut, kalau ada apa-apa buruk berlaku pada Jimin. Tapi diyakinkan sehabis mungkin, mereka terpaksa mengiakan apa yang Jimin mahukan.

"Omma dah siap masak. Makan." Semangku bubur nasi dan semangkuk sup ayan diletakkan di hadapannya, menghentikan dia daripada terus termenung.

"Gumawo omma." Jimin senyum lebar pada Puan Kim,  tangannya mula mencapai sudu, dirasa kuah sup.

"Sedap."

Paun Kim tersenyum gembira. Kasihan, dia pasti yang Jimin rindukan orang tuanya. Dengan dalam keadaan dia sedang demam, sekurang-kurangnya dia dapat membantu apa yang sepatutnya. Sebagai seorang ibu, dia faham benar dengan sikap anak.

"Omma nak balik dulu, nak masak makan tengahari. Jimin jangan lupa makan ubat, berehat." Pesan Puan Kim.

Jimin mengangguk. Matanya mengikut gerak langkah Puan Kim yang sudah berlalu keluar daripada dapur. Tak sampai seminit, dia dapat dengar bunyi pintu terbuka dan tertutup kembali.

Dia menghela nafas lemah. Sekali lagi dia keseorangan.

Bubur dan juga dihabiskan sebelum dua biji panadol ditelan. Mangkuk kotor dibasuh, kemudian dia mula berjalan kembali ke atas. Naik ke bilik, badannya mula rasa tak selesa. Panas. Mungkin disebabkan ubat yang dia telan tadi.

Bajunya dibuka dan diletak ke dalam bakul kotor di tepi bilik air. Kerana tingkap biliknya berhadapan jalan, senang dia ingin lihat siapa yang datang. Walaupun CCTV ada di rumahnya, tapi dia tak rajin untuk melihat.

Kakinya yang tadi ingin melangkah ke bilik air terhenti. Terpegun di hadapan cermin tingkap biliknya, memerhati seseorang yang ada di hadapan pintu pagar rumahnya.

Seperti tak percaya, laju dia berlari ke bawah. Alat kawal jauh ditekan, membuka pagar rumahnya membenarkan tetamu yang datang itu masuk.

Dia hanya tunggu, tapi apabila melihatkan tiada tanda- tanda orang itu ingin masuk, pintu pagar ditutup kembali. Mungkin hanya bayangan.

Gila Jimin. Sampai macam tu sekali kau rindukan dia. Ketawanya sinis.

Dirinya yang ingin berpusing terhenti apabila melihat tetamunya berjalan masuk ke halaman rumahnya. Perlahan-lahan dia melangkah ke pintu rumah, pintu dibuka.

Tergamam Jimin melihat orang yang ada di hadapannya sekarang ini.

"Ji- Jimin."

Terpaku. Masih lagi tak percaya dengan kehadiran Shinhae di rumahnya. Perlahan-lahan dia nampak Shinhae mendekatinya sebelum dahinya dilekap dengan tangan Shinhae.

Betul, ini memang Shinhae. Bukan bayangan. Laju dia menarik tangan Shinhae yang menjauh dari dahinya, mendorong perempuan itu merapatkan diri padanya.

Dipeluk Shinhae erat, tak peduli dengan rontaan daripada Shinhae. Dia tahu ini kerja gila, tapi dia perlukan seseorang di sisinya. "Jangan tinggalkan Jimin."

Tiada balasan daripada Shinhae. Dia takut yang perempuan itu akan pulang. "Jaebal Shinhae." Rayunya sekali lagi.

"Jim-"

"Just stay like this for three minutes. Just three minutes." Cukuplah dengan tempoh yang sekejap itu, dia ingin keadaan ini berkekalan. Walaupun sebentar.

Kerana yang sebenarnya, Shinhae bukan kepunyaannya.

------

Perbualan Shinhae dengannya padi tadi membuatkan dia berdiri di hadapan pintu rumah Taehyung. Lama dia berdiri di situ, masih lagi tak berani untuk memberitahu perkara yang sebenar pada Taehyung.

Pagi tadi, sempat dia mesej Taehyung tentang kedatangannya. Pada mulanya, Taehyung ingin menolak tapi bila Jimin bersungguh-sungguh ingin berjumpa dengannya. Terpaksa dia terima. Sekaligus membatalkan temu janji Taehyung dengan Shinhae.

"Jimin? Kenapa tak masuk? Masuklah." Teguran daripada seseorang mematikan lamunannya. Laju dia mengangkat muka, memandang Puan Kim yang sudah berdiri di hadapannya. Luas terbuka pintu rumah tersebut.

Semakin laju jantungnya mengepam darah.

Jimin tersengih dan mengangguk kecil. Langkahnya diberanikan, masuk ke dalam rumah diikuti Puan Kim dari belakang.

"Tae ada?" Soalnya seraya berpusing, menghadap Puan Kim yang berura- ura ingin melangkah ke dapur.

"Ada, dekat atas. Nak omma panggilkan?"

Jimin menggeleng kepalanya. "Tak apa, biar Jimin naik atas."

"Jimin dah betul-betul sihatkan?"

"Dah. Terima kasih untuk sup semalam."

Puan Kim mengangguk dan tersenyum kecil. Melihat Puan Kim yang sudah melangkah ke dapur, nafasnya ditarik perlahan. Matanya melihat tangga yang ada di hadapannya. Satu persatu, dia menapak, naik ke atas.

Berdebar, gelisah, takut. Semua perasaanya bercampur. Kaku kepalanya memandang anak tangga, tapi masih lagi meneruskan perjalanannya ke atas.

"Hyung?"

Langkahnya terhenti di tengah tangga. Kepalanya didongak, memandang Taehyung yang menghampirinya. Masih lagi tak mampu bergerak. Dia inginkan masa berhenti, memberi ketenangan kepadanya.

"Hyung nak cakap apa dengan Tae?"

Ambil lima saat untuk dia berikan reaksi. Nafasnya dihembus perlahan. Cukup perlahan, hanya dia yang mampu dengar helaan nafas yang cuba untuk menenangkannya.

"Jom keluar, hyung tak rasa tempat ini sesuai."

☑ Beware with him⇨p.j.mWhere stories live. Discover now