Kejadian semalam buatkan aku jadi lebih berwaspada daripada sebelum ni. Waktu pagi tadi, aku cuba untuk seboleh-bolehnya mengelak daripada jumpa Jimin. Kalau ternampak kawan dia pun, aku akan mengelak.
Untuk pengetahuan korang, aku duduk dekat tandas perempuan sekarang ni. Waktu rehat. Sebab aku tak nak jumpa dengan Jimin gatal tu.
Sebab lain, mestilah aku rasa malu... Kena cium dengan Jimin macam aku ni kekasih dia pulak. Setiap minit mesti aku akan teringat balik kejadian tu.
Jimin kiss aku.
Jimin kiss aku.
Tu baru pipi dengan dahi. Kalau lips, aku rasa bukan meroyan je, dah nazak dah aku rasa.
Dengar je bunyi loceng, aku pergi ke pintu tandas dan mengintai. Mana tahu kalau Jimin muncul dekat depan pintu macam hari tu. Bila aku rasa dah selamat, laju aku berlari tanpa toleh kiri kanan masuk ke dalam kelas.
"Kau pergi mana?" Minji yang tadinya sibuk baca novel, meletakkan novel itu ke tepi. Dia pandang aku dengan penuh kerisauan. Ye ke risau?
"Aku tak pergi mana-mana." Aku pandang kiri kanan, lepas tu, aku pandang ke belakang. Nampak Taehyung tengah pandang aku dengan senyuman dia.
Aku balas balik senyuman dia sebelum pandang kembali ke hadapan. Pasal dia kiss pipi aku hari tu, aku dah macam boleh terima. Just a kiss in my cheek. Ceh, waktu Jimin cium kau bukan main lagi, kau malu.
"Nah ambik ni." Dengan itu, Minji menghulurkan aku sekotak susu dan sebungkus roti yang selalu aku beli dekat kantin.
Aww, so sweet. Sejak bila dia kisah pasal aku ni?
"Thanks, Minji." Seraya tu, tanganku mengambil makanan dan minuman tersebut sebelum disimpan ke dalam laci meja.
"Not to me, but to Jimin."
Gulp!
Seriously Jimin.
Kenapa dia ni baik hati sangat. Dan ni lagi satu sakit aku, masa tu aku dah buat appointment dengan doktor. Dia cakap jantung aku tak ada masalah. Okay je. Tapi aku pelik, kenapa bila aku teringat atau terdengar tentang Jimin mesti jantung aku berdegup laju.
Dan bila yang cakap tentang Jimin tu perempuan, mesti aku rasa macam nak kutuk je perempuan-perempuan tu semua like what the-. Perempuan semua ni memang nak kena dengan aku.
"Wei, pastu Jimin cakap take your time. Tapi jangan lama sangat, sebab dia takut dia akan rindukan kau."
Aku terkedu. Biar betul Jimin ni? Kenapa dia buat aku tak tentu arah macam ni.
"Cerita lah wei.. Ko dengan Jimin sunbaenim ada affair ke?"
Aku tak layan pun si Minji tu. Sebab kalau aku buka mulut, aku takut rahsia aku akan terbongkar. Nanti mesti kecoh satu sekolah.
°•°•°•°•°
Selepas aku siasat apa yang berlaku dekat aku sebelum ni melalui internet, majalah, termasuk kawan-kawan..
Aku dah tahu apa yang jadi dekat aku. Walaupun aku cuba menidakkan kenyataan yang aku terima.
Aku dah start suka dekat
Park Jimin.
Lelaki gila tu!!
Bukan start, tapi memang...
Aku tak boleh terima. Ambil masa tiga jam untuk aku percaya dengan keputusan yang aku terima melalui kajian yang aku buat sendiri.
Sebagai buktinya bila aku teringat balik Jimin cakap dia akan rindukan aku, mesti bibir aku akan tersenyum sendiri secara spontan.
Tapi, bila fikir balik jenayah yang pernah Jimin buat selama ni, terus hati aku takut untuk mencintai dia.
Sebelum ni hidup aku tanpa dia terlalu aman, tapi bila muncul je dia dalam hidup aku. Aku dah start tak tenteram. Bermula dengan pengenalan yang aku rasa memang disengajakan di dalam library, aku tahu semua ni akan berlaku pada diri aku.
Sepatutnya aku menjauh daripada dia.
Jauhi Jimin.
Jauhi Park Jimin.
So, aku buat keputusan, untuk elakkan diri daripada berjumpa dengan dia walaupun apa cara sekalipun.
Ya, walaupun hati aku akan sakit.
Hyeyouuu
Vote& commentThank you
![](https://img.wattpad.com/cover/90191374-288-k729460.jpg)
YOU ARE READING
☑ Beware with him⇨p.j.m
FanficBerhati-hati dengan dia, Sebab dia boleh buat hidup kau huru hara. Once you are addicted, He'll never let you go, Because you're meant to be His target