27 • Wait

2.9K 324 2
                                    

Aku lambaikan tangan pada lelaki yang sedang menghampiri aku sambil tersenyum lebar.

"Bian Tae lambat." Ucap Taehyung dan duduk di depanku. Jus tembikai di hadapannya minum dengan laju.

"Tae lari ke?" Aku ketawa kecil. "Sampai haus." Sambungku.

"Tak adalah. Penat dengan preparation wedding."

"Siapa je tak penat kalau dalam masa tiga minggu Tae nak prepare everything. Hae nak tolong, Tae tak nak."

Dia tersenyum kecil. "It's okay. Tae tak nak susahkan Hae. I can handle it alone. Sekejap ya."

Aku mengangguk kecil dan tersenyum sebelum mengeluh perlahan. Cincin yang ada di jari manisku diusap lembut. Pandanganku tak berhenti daripada memandang langkah Taehyung yang sedang berjalan ke tandas.

"Ottokhae.."

Telefon pintar yang ada di beg bimbitku berbunyi mematahkan lamunanku yang baru nak tercipta. Laju aku keluarkan dari beg. Noti yang baru aku dapat daripada Nana aku buka.

Nana
Shinhae.. Bos bising suruh masuk kerja. Kerja berlambak.

Sekali lagi aku mengeluh. Aku minta cuti separuh hari untuk hari ni. Cuba bagi peluang aku keluar dengan Taehyung. Dah lama aku tak keluar berdua dengan dia.

Mesej tersebut aku biarkan dan telefonku di mute kan. Nampak sahaja Taehyung duduk di hadapanku, telefon diletakkan kembali di dalam beg.

"Siapa?"

Aku geleng perlahan. "Tak ada sesiapa."

"Betul ni? Bukan skandal." Soal dia dengan kening yang berkerut.

"Daripada office. Berhenti berkerut, Tae nampak hodoh." Balasku.

"Wae, kena balik office ke?" Dia tanya dengan penuh kerisaun. Pasti bimbang jika aku tak dapat keluar dengannya.

"Tak ada apa-apa. Lepas ni nak pergi mana?" Tanyaku yang ingin tahu dengan perancangannya sekaligus mematahkan lagi soalan daripada Taehyung.

"Theme park."

°•°•°•°•°

Dalam hati tak berhenti-henti aku menyumpah Taehyung sebab bawa aku ke sini. Kakiku mula sakit. Daripada tadi Taehyung asyik tarik aku ke tempat-tempat yang ada di sini.

"Lepas ni pergi rumah hantu nak?"

Laju aku menggeleng dengan muka yang takut. Aku tekapkan kedua-dua tapak tangan dan memohon agar Taehyung menarik balik cadangan tak masuk akalnya.

Tapi melihat senyuman lebarnya, aku dapat tahu yang dia akan berkeras, jadi untuk mengelak lagi aku terpaksa ambil jalan lain.

"Hae janji, Hae akan buat apa yang Tae suruh. Tapi please, jangan rumah hantu."

Dia pandang muka aku tak berkedip dan terdiam. Tanganya dibawa ke dagu seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.

"Tae.. Bolehlah."

"Please." Rayuku lagi. Lengannya aku capai dan genggam lembut.

Dia tarik nafas panjang dan mengangguk. "Bolehlah.."

Aku dan terloncat dengan kasut tumit dengan senyuman. Gembira tak terkata bila tak jadi masuk rumah hantu.

"Tae nak-" Bila terdengar seperti permintaan baru aku teringat janjiku padanya tadi. Aku menunggu dengan debar di dada.

"Tae nak apa?" Tanyaku dengan tak sabar.

Dia senyum. "Tae nak Hae jerit yang Hae cintakan Tae."

Mata aku membulat. Darah aku mula menaik ke pipi. "Apa ni Tae." Lengan dia aku pukul dia sekuat hati.

"Tak naklah."

"Ok, kalau macam tu kita masuk rumah hantu. Kalau Hae tak nak gerak, Tae akan dukung."

Bila aku nampak dia macam nak dukung aku, laju aku mengelak. "Fine."

"Dekat sini ke?" Tanyaku untuk kepastian.

Dia angguk. "Jangan lupa, jerit."

Aku menghentakkan kasut tumit dan merengus kasar.

"Hana"

Aku menjegilkan mata pada dia bila dia mula mengira.

"Du-"

Mataku pejam erat. "Saranghae Kim Taehyung sshi!! "

Sebaik mataku dibuka, ramai mata-mata yang memandangku dengan pandangan pelik. Pasti mereka fikir aku gila. Aku menundukkan kepala dan tersenyum pada mereka. Dan baru aku perasaan yang Taehyung sudah menghilangkan diri.

Malunya.

°•°•°•°•°

"Tae, gumawo untuk hari ni."

"Tak ada masalah." Dia pandang aku lama sampai buatkan aku toleh ke depan kembali.

"Gumawo, Tae akan simpan kenangan untuk hari ni. Neomu gumawo."

Suara sedihnya buatkan aku pandangnya kembali. Senyuman palsunya membuatkan aku terpaksa melakarkan senyumannya. Cuba untuk menggembirakan hatinya.

"Janganlah menangis. Tak comel." Selorohku.

Taehyung ketawa dan kesat air mata yang hampir tumpah di pipinya. "Aish.."

"Gumawo Puan Kim."

Aku pandang dia dengan dahi berkerut. Kemudian aku menggeleng laju dengan bibir memuncung. "Ani.."

"Kena sedar diri tu."

"Belum kahwin lagi." Balasku bersahaja.

"Baiklah Kim sshi."

Aku ketawa kecil dan keluar dari kereta sebelum menapak ke pintu rumah. Berhenti sahaja di depan rumah, pantas aku berpaling ke belakang.

"Tae." Tingkap keretanya yang dibiarkan terbuka memudahkan aku memanggil namanya dengan perlahan.

"Nae?"

"Kirim cinta saya pada bakal Puan Kim."

Dia tersenyum mesra dan menunduk sedikit. "Tak nak kirim cinta pada bakal suami Puan Kim?" Gurau Taehyung.

Aku menggeleng laju sambil tertawa.

"And one more. Hae nak jadi orang pertama yang wish. Chukhahae Taehyung for your wedding."

"Gumawo."

Keretanya yang bergerak meninggalkan perkarangan rumahku dipandang sayu. Perlahan-lahan ingatanku kembali pada Jimin bila mataku ternampak kapal terbang di langit malam. Setiap masa, bila nampak kapal terbang di langit, pasti aku berharap Jimin salah seorang penumpangnya.

Ini adalah tahun kelapan dia tinggalkan aku bersama sepucuk surat, memori manis aku dan dia yang tercipta serta cincin yang tersarung di jari manisku.

Aku minta maaf sebab tak dapat laksanakan sama seperti yang kau harapkan sebab aku akan setia menunggumu, Park Jimin.

Hyeyouu
Vote& comment

Thank you


☑ Beware with him⇨p.j.mWhere stories live. Discover now