•seven

2.4K 257 24
                                    


Selepas sekolah ahli kumpulan aku memutuskan untuk stay back bagi memulakan perbincangan.

"Tak, aku tak nak jadi pelakon!!"

"Kaulah jadi director!!"

"Tak nak!! Aku nak jadi hero!!"

"Alah engkau rambut simpan panjang-panjang, nak jadi Hero!"

"Weyh, Sowon diam aje. Korang ni bising aje!"

"Kaulah bising!"

"Aku tak nak masuk! Aku nak jadi cameraman!"

"Habis siapa nak edit?!"

Ok, ini bincang ke gaduh? Pak Akob si tukang kebun pun pening kepala dengar kitorang gaduh. Nak jadi ni, tak nak tu, nak ni. Aku siku kepala satu-satu baru kau tahu.

"J-jogiyo.." semua orang diam dan memandang Sowon. Selama 18 minit pergaduhan ini berlaku, Sowon langsung tak cakap apa-apa. Tiba-tiba nak bersuara, mana taknya tak terkejut.

"Saya tak tahu saya ada hak atau tak. Tapi.." ayatnya tergantung. Teragak-agak barangkali. "Takpe. kau cakap aje. Asyik diorag yang cakap, kau pulak yang cakap sekarang." aku memujuknya untuk meluahkan pendapatnya yang terkubur di dalam hati.

"Kalau semua nak jadi ni, nak jadi tu. Cuba cabut undi. Bukankah lagi adil macam tu?" akhirnya, buat kesekian kalinya, pendapat Sowon terluah. "Wahh.. Patutlah selalu dapat nombor satu aje. Memang otak geliga!" Seungcheol memuji-muji Sowon.

Ceh, memanglah.. Sowon tu cepat tangkap. Bukan macam kau.

"Ok, aku koyak kertas. Korang redho jelah dengan apa yang korang dapat." Minhee sibuk mengeluarkan sketchbook miliknya dan mengoyakkan kertas menjadi cebisan yang agak kecil.

Ok, lupa. Tajuk untuk kumpulan kitorang adalah 'Buli.'

"Nombor satu hero. Nombor 2 heroin atau mangsa. Nombor tiga pembuli. Nombor empat kawan heroin. Nombor lima pembuli kedua. Nombor enam pembuli ketiga. Nombor tujuh editor. Nombor lapan director. Arasseo?" aku sebagai ketua tidak rasmi memberi arahan.

"Aye aye captain." semua sebulat suara.

Kami semua mengambil kertas seorang demi seorang. And the result is..

1. Taehyung
2. Danbi
3. Jimin
4. Minhee
5. Gayeon
6. Seungcheol
7. Jeonghan
8. Sowon.

"Haha! Padan muka jadi editor! Tak dapat hero." Jimin mula mengejek Jeonghan. "At least aku bukan orang jahat."

*flip hair* 

Tawa Jimin terus terhenti melihat kertasnya bernomborkan tiga. Iaitu si pembuli. "Tae!! Nak tukar!" dia menggoncang bahu Taehyung. Jap.. Kalau Taehyung nombor satu.. Dia hero.

Aku memandang semula kertas aku yang jelas tertulis nombor dua. Maknanya.. Aku mangsa/heroin!! Maknanya aku akan banyak scene dengan Taehyung!

Nasib malang.. Mohon pergi jauh dari aku... o(╥﹏╥)o

No one

"Action!" jerit Sowon selaku director bagi memulakan pegambaran.

Jimin mendekatkan dirinya dengan mangsanya, Danbi. Danbi yang sudah ketakutan itu menapak ke belakang. Sehinggalah belakang badannya bertemu dinding.

"Kau cakap.. Kau tak bagitau sesiapa.." kata Jimin dengan suara menakutkannya itu. Bibir Danbi terketar-ketar ingin menjawab. Dia baru sahaja ingin lari di bawah tangan Jimin yang menguncinya di dinding.

Dengan cepat Jimin menariknya semula dan menyandarkannya pada di dinding itu dengan kuat sehinggakan kepala Danbi terhentak di situ.

"S-saya bagit-tau kawan aje. D-dia pun t-tak cer-rita kat o-orang." ucap Danbi satu persatu. Jimin tersenyum sinis mendengar jawapan Danbi. "Kawan kau tu ketua kelas! Dia dengan senang boleh aje bagitau cikgu!" Jimin menengking gadis yang langsung tidak bersalah itu.

"Hero masuk!" bisik Sowon kepada Taehyung. Taehyung sekadar membalas dengan sign 'ok' pada jari.

"Tentententenenen.." taehyung masuk dengan lagu Power Puff Girls dinyanyikan bersama dengan tangan acah superman terbang. Semua yang disitu hanya memandang. "Eh.. Jangan buli!! Kita bincang elok-elok. Ada teh, ada biskut. Kan lagi baik." Taehyung tersengih rectangle bagaikan dia tidak membuat salah. Danbi hanya menepuk dahi, pasrah dengan rakan sekelasnya.

Kau ni Taehyung, makin lama aku duduk dengan kau, makin banyak telatah yang yang kau buat. Tapi kenapa aku rasa... Comel?

Good morning! *jadi uncle grandpa* I'll send you big morning hugs! 🙆

[🌹] tshirt °taehyungWhere stories live. Discover now