•twenty eight

1.6K 191 4
                                    

"Immo.." kata Yoobi manja ingin tanyakan sesuatu. "Ye, kenapa Yoobi?" tangan Eunbi tidak lekang mengelap meja yang baru ditinggalkan pelanggan. "Kenapa omma marah jumpa ahjussi tadi? Ahjussi tu siapa?" Eunbi berhenti daripada mengelap meja itu. Yoobi mengerdipkan mata beberapa kali dengan muka innocent. Dia menelan air liur kegelisahan.

"Urmm.. Yoobi." Eunbi melabuhkan punggung pada kerusi yang disediakan di sana. "Yoobi pernah tanya omma pasal appa Yoobi tak?" Yoobi mengangguk. "Omma cakap, appa Yoobi dah takde. Macam serigala dalam Red Riding Hood. Dia mati." terang Yoobi yang masih innocent.

"Yoobi dengar cakap immo ye? Appa.."

"Yoobi ikut omma." secara tiba-tiba Danbi masuk ke kedai dan memotong kata-kata Eunbi.

"Nanti kita sembang lagi ye, immo?" kaki kecilnya mendarat ke lantai lalu berjalan ke arah ibunya. "Kau jangan biar diorang tu curi tulang. Kalau tak, aku patahkan tulang kau." kata Danbi sebelum meninggalkan kedai sekali lagi.

Eunbi mencebik. "Yelah~" balasnya menyampah.

Di sebuah kedai serbeneka, Danbi membelikan anaknya susu strawberi kegemarannya. Mereka berdua duduk di atas kerusi menghadap keluar.

"Yoobi.." kata Danbi sambil mengusap belakang Yoobi. "Nae?" ujarnya ceria. "Nama penuh Yoobi apa?"

"Jung Yoobi."

"Tahu kenapa nama keluarga Yoobi ikut omma?" tanyanya pada Yoobi. Yoobi menggeleng dengan muka curious.

"Sebab Yoobi takde appa. Ani, Yoobi tak perlu ada appa." dahi Yoobi berkerut. "Tapi Yoobi nak ada appa. Macam orang lain."

"Yoobi... Memang ada appa. Tapi, dia.. Tak boleh jadi appa Yoobi."

"Siapa appa Yoobi?" Yoobi tanya penuh rasa curiga. "Appa Yoobi.. Ahjussi tadi."

"Yoobi.."

"Eh, kau membebel apa ni? Yoobi, Yoobi. Siapa dia Yoobi ni?" Jimin menerpa Taehyung yang sedang baring di atas katil. Malang sungguh nasib mereka kerana terpaksa gunakan satu katil. Sementara yang perempuan dapat dua. Bukan pompuan ke yang suka tidur sama?

"Taklah.. Takde siapa pun." bohong Taehyung. Namum, Jimin yang sudah begitu arif tentang Taehyung berkeras. "Eh.. Bagitau jelah. Awek baru? Kau dah move on dengan Danbi?" Taehyung menjeling Jimin mengakibatkan dia senyap.

Yang tadinya meniarap, kini Jimin  baring menghadap siling. "Kau... Ada masalah ke?" tanyanya, membuang nada bermain-main. Taehyung bangun dari posisinya.

"Kau tak nampak ke aku keluar dengan siapa daripada kedai roti tadi?" soalan dijawab dengan soalan. Jimin turut bangun. Dahinya berkerut. Kepalanya disengetkan ke kiri, acah hendak ingat sesuatu. "Tak.. Aku tak nampak muka dia. Bangs dia agak menutupi wajah dia tadi." terang Jimin lalu memandang Taehyung.

"Kenapa? Siapa dia?"

"Jung.. Danbi."

Terbeliak mata sepet Jimin. "Hah?! Danbi? Jung Danbi? Danbi kau?"

Taehyung mengangguk.

"Serieslah? Apa khabar dia skang? Dia buat apa nampak kau? Marah? Gembira?"

"Dia marah jumpa aku. Dia.. Ada anak, Jimin."

Sekali lagi Jimin terkejut.

"Anak?! Anak siapa? Dia dah kahwin? Cepatnya!" terpekik-pekik Jimin menjerit sehinggakan pintu yang bercantum dengan bilik sebelah dibuka. "Kenapa dengan engko ni, Chim? Terpekik-pekik.. Orang tengah pakai eye liner dia menjerit." marah Gayeon dengan penumbuk terbentuk pada tangan.

"Kau takkan percaya ni, yeon." ucap Jimin smbil tangannya melambai-lambai tanda meminta Gayeon datang dekat. "Panggil Minhee sekali." arahnya.
"Woi! Hong Minhee!" cakap orang, dia pun turut sama menjerit mengganggu ketenteraman tetamu bilik lain. "Apa?" selamba mak nenek dia aje datang dengan rambut serabai tak disikat, maskara comot pada muka. Ah, lantaklah! Bukannya kat luar pun. Dengan kawan je.

"Nih, Jimin nak bagitau something ni."

"Okay, korang jangan terperanjat eh?"

"Kau cakap jelah. Ish, macam-macam pulak." omel Minhee menyampah.

"Tae tadi nampak Danbi. Dn sekarang, dia ada anak!" ujarnya keterujaan.

Dan begitu sahaja, kedua-dua tangan Minhee dan Gayeon menampar Jimin.

–—–—–

Apakah fungsi chapter yini?

@kimchohae- out.

[🌹] tshirt °taehyungWhere stories live. Discover now