•fifteen

1.8K 209 18
                                    

Sekarang dah masuk dua minggu aku ada hubungan dengan Taehyung. Dan dia masih lagi tak tahu tentang fakta yang aku tak suka dia. Dan dia hanya bertepuk sebelah tangan. Sumpah aku rasa bersalah. Setiap kali nak cakap aje, ada yang mengacau. Eunbi datanglah, air tumpah lah, orang panggillah. Takde masa nak cakap.

Tapi, makin lama aku bersama dia, aku rasa suka. Aku rasa selesa. Sejujurnya, aku tak tahu aku suka dia balik ataupun tak. Aku mana tahu sangat bab cinta ni. Tak berpengalaman lah katakan.

"Babe, kenapa nampak monyok semacam?" Gayeon yang muncul dari mana entah datang memicit pipi aku. "Entahlah. Pasal Taehyung ni.." dahi dia mula berkerut. "Taehyung? Kenapa dengan dia?" aku menggeleng. Biarlah dia tak tahu. Buat apa nak ramai-ramai tahu, kan?

"Korang gosip apa ni?" ok, kenapa semua orang nak datang secara misteri ni? "Ish kau ni.. Tak nampak aku dating dengan Danbi? Bodoh punya Jimin." gayeon mencebik. "Heol.." jimin terasa guys. Siapa nak pujuk dia dipersilakan. "Sudahla.. Aku nak gi kantin. Makan ayam goreng. Bye."

"Danbi you bish! Sampai hati tinggalkan member!" aku hanya tersengih mendengar jeritan Gayeon.

Beberapa minit selepas aku melabuhkan punggung di atas salah satu bangku di kantin, seseorang datang menegur aku dari belakang.

Yerin

Ketika datang masuk ke kantin, aku ternampak satu susuk tubih yang aku kenal.

"Danbi sunbae!" serta merta Danbi memandang aku. Satu senyuman terukir pada bibirnya. "Yerin-ah." katanya membalas teguran aku.

Aku mengambil tempat di tepi Danbi. "Sunbae.. Sunbae dah bagitau ke kat Taehyung sunbae pasal tu?" aku tanya dengan rasa curiga. Danbi cakap nak bagitau cepat-cepat, tapi dah dua minggu, aku tengok diorang masih lagi bermanja-manja.

Mungkin ini jahat, tapi aku harap hubungan diorang cepat-cepat putus. Sebab.. Aku suka Taehyung sunbae.

"Ani.. Sunbae belum bagitau. Sunbae rasa--"

"Danbi!" ayat Danbi tidak dihabiskan atas sebab seseorang memanggilnya. Kami berdua pandang ke belakang. Taehyung sunbae. Kesian aku tengok dia dipermainkan Danbi sunbae.

"Eo, Taehyung-ah.." balas Danbi lembut. Dia tersenyum datang ke arah kami. Tak, lebih kepada arah Danbi. "Buat apa sini?" dia tanya sambil mengusap kepala Danbi lembut. Aku nak jadi Danbi sekarang ni.

"Taehyung.." Danbi duduk menghadapnya. Dia nampak macam nak bagitai sesuatu. Dia nak bagitau benda tu ke?

Aku cintakan dia. Sekarang aku dah pasti. Jung Danbi cintakan Kim Taehyung. Aku nak bagitau dia. Belum pernah lagi aku sebut 'cinta' padanya. Asyik dia aje.

"Saya.." dia nampak teragak-agak. Patut ke aku tolong dia. "Sebenarnya.."

"-- Danbi sunbae tipu. Dia sebenarnya tak suka sunbae. Tapi dia terima jugak sunbae sebab tak nak sakiti sunbae. Hari tu dia luahkan tu, sebab Jimin sunbae kacau dia."

Danbi memndang aku terkejut. Apa? Aku dah tolong dia... Kan?

"Jadi awak permainkan saya?" Taehyung nampak kecewa. Air mata mula bergenang. Dan akhirnya jatuh jua.

"Taehyung, dengar dulu." Danbi memegang tangan Taehyung. Namun tangannya ditelis kasar. "Tak.. Aku tak nak drngar lagi penipuan dari mulut kau." ok, itu Menakutkan.

Taehyung mula menapak pergi dari situ. Dengan cepat, Danbi mengejar Taehyung.

Aku... Buat perkara yang betul atau salah?

Kenapa ayah teruja sangat nak beli barangan sekolah? ヽ( ´¬')ノ

[🌹] tshirt °taehyungWhere stories live. Discover now