•twenty five

1.8K 207 22
                                    

Pohang.

Danbi menolong ahli keluarganya memunggah barang bagi mengisi rumah baru mereka. Besarnya boleh tahan. Eh, tak. Lagi besar berbanding dengan rumah mereka di Seoul. Akhirnya, Eunbi dan Danbi dapat merasa mempunyai bilik seorang diri.

"Uiyoo! Besar rumah ni! Aku ada bilik sendiri!" ucap Eunbi, kagum dengan saiz rumah itu. "Eh, jangan nak meloponglah. Banyak kerja nak buat ni." perangai Eunbi ditegur mamanya. Terus gadis remaja itu mencebik.

"Kau ni kan.. Ringankan sikit beban kitorang boleh tak?" perli Danbi kepada adiknya. Secara mengejut, Hoseok mengambil kotak yang dibawa adiknya. "Kau ambik beban yang ringan sikit boleh tak? Kah tu tengah sarat mengandungm" sempat lagi Hoseok berpesan kepada Danbi. Sedikit rasa terharu terdetik pada diri Danbi.

Selesai memasukkan kotak-kotak berisikan barangan mereka, Hoseok memeluk leher dua orang adik perempuannya dengan ceria. "Ah~ uri dongsaengdeul. Sekarang marilah kita mulakan hidup baru di sini!" ujarnya gembira.

"Woi! Woi! Aku takleh nafas lah bahalol!"

"Kau buang tabiat apa syall?! Lepaslah!"

4 tahun kemudian...

"Semuanya RM 11.35 ."

"Nae, ini bakinya."

"Wah! Baru 5 bulan bakeri ni dibuka. Kita dah dapat sambutan hangat!" kata Hoseok kegembiraan. Tangannya meletakkan duit ke dalam cashier.

"Samcheon!" seorang anak gadis kecil berlari ke arah Hoseok. "Eh, Yoobi!" Hoseok menyambut anak kecil itu. Kini gadis kecil bernama Jung Yoobi itu berada dalam dakapan Hoseok.

"Danbi, pergi belakang. Diorang tak cukup tangan." kata Hoseok sambil bibirnya menunjuk ke arah dapur.

"Eo, arasseo." Kaki Danbi terus ke belakang di mana tempatnya bekerja. Terkejut melihat para pekerjanya sedang sibuk bermain permainan dengan telefon bimbitnya. "Oh.. Patutlah tak cukup tangan. Main rupanya." perli Danbi. Para pekerja kelam kabut hendak acah bekerja.

"Kwon Soonyoung! Lee Chan! Wen Junhui! Xu Minghao!" dijerit nama mereka satu persatu. Dan semua pun tergolek, terkejut dengan tindakan majikan mereka.

"Eh, eh unnie. Jangan marah! Tadi waktu rehat diorang!" Eunbi cuba menenangkan Danbi yang naik baran itu. "Kau. Selalu aje nak cover diorang. Mentang-mentang muka handsome. Pastu sorang tu ex-classmate kau."

Eunbi memandang Jun. Jun juga memandang Eunbi. "Tak.. Kau Jangan marah. Nanti Yoobi dengar, takut dia dengan ommanya." alasan entah munasabah, entah tidak diberi. Danbi hanya menggeleng. "Sudahlah. Tak berbaloi aku menua sebab marah kat korang. Pergi sambung kerja." arah Danbi tegas.

Situasi Taehyung.

"Kau nak pergi Pohang buat apa?" tanya Jimin kekeliruan dengan tindakan rakannya. "Entahlah. Para penerbit suruh aku pergi sana, cari idea nak lukis background. Diorang cakap aku punya background tak lawo." terang Taehyung kepada Jimin.

Taehyung kini seorang penulis dan pelukis komik online yang baru hendak naik nama. Belum terkenal lagi. Lukisan komiknya sungguh comel dan tembam. Sebab itulah syarikat terbitan yang bekerjasama dengannya,sukakannya. Tapi dia selalu lupa untuk melukis background. Itulah sebabnya dia akan ke Pohang bersama Jimin.

"Hoi, Kim Taehyung!" tiba-tiba pintunya ditolak kasar oleh seorang perempuan. "Oh.. Gayeon. Lama tak jumpa." Taehyung melambai tangannya. "Sekarang bukan sesi bertegur sapa. Nih.. Aku nak tanya ni. Kenapa Mochi dalam buku kau tu, tak boleh tinggal dengan V? Diorang kan bff!" rungut Gayeon menahan geram.

"Hish kau ni, belum sampai habis lagi. Kau ni takleh nak sabar, huh?" rungutan Gayeon dipedulikan Taehyung. "Oh, ya. Aku nak pergi Pohang. Nak ikut tak? Ajaklah Sowon dengan Minhee."

"Uiyoo~ Pohang? Nak, nak! Nanti aku call diorang. Bila?" Gayeon teruja mendengar ajakan Taehyung. Belum pernah lagi kakinya menjejak Pohang walaupun umur sudah cecah 23 tahun. Gayeon berlari keluar daripada studio milik Taehyung.

"Weyh, Taehyung.. Aku tanya ni jangan marah, eh?" tiba-tiba Jimin bersuara. "Tanya jelah." Taehyung bersandar pada kerusinya. "Kau.. Dah give up nak cari Danbi ke?" tanya Jimin teragak-agak.

Jung Danbi. Dah lama nama itu tak di mention sesiapa dalam hidup Taehyung. Sebab mereka tahu, Taehyunglah yang paling susah hati tentang kehilangan Danbi.

"Tak.. Aku takkan putus asa. Sampailah aku tahu dia kat mana. Walau dia dah meninggal sekali pun." kata Taehyung sayu.

Jung Danbi. Nama yang takkan dia lupa.

––—–—

@kimchohae- out.

[🌹] tshirt °taehyungWhere stories live. Discover now