•twelve

2K 224 3
                                    

"Kalau kau nak rasa lagi, kacaulah dia lagi." Wooshik mengelap sedikit bibirnya yang terdapat sedikit darah. Dia tersenyum sinis. "Kenapa? Apa hak kau?"

"Aku? Aku boyfriend dia, kenapa?" Terkejut Hara mendengarnya. Dia menarik Jiwon supaya memandangnya. Bibirnya bergerak mengatakan, 'kau gila ke apa ni? Nak tengok aku mati?'

"Hara.. Kau memang jenis yang menipu, ye?" Hara yang ketakutan tidak mengatakan apa-apa. "Tak payah jawab kalau awak tak nak." Jiwon pertahankan gadis itu. "Jom pergi." 

Wooshik yang tidak mengalah, menarik tangan Hara dan membawanya ke dalam dapakannya. "Dia aku punya." Dayoung yang juga ada di situ ternganga. Tak sangja teman lelaki sanggup berebut perempuan yang tidak mempunyai apa-apa itu. "You cakap apa ni?" Dahi Dayoung berkerut.

"I.. Suka Hara." lidah Dayoung terekelu. Kalau dah suka Hara, kenapa gatal sangat nak kapel dengan dirinya? Dia ketawa kecil. "Habis, I?" "you yang paksa I kapel dengan you."

"Jantan tak guna." Dayoung meninggalkan tempat itu. Tidak percaya dengan kenyataan itu.

"Awak.. Lepas.." rayu Hara yang masih dalam pelukan Wooshik. "No." lelaki itu enggan melepaskan Hara. "Jiwon.. Saya rasa ada baiknya awak pergi." Jiwon terkejut dengan kata-kata Hara itu tadi. Namun Jiwon teta melangkah pergi.

"Kau pandai dengar cakap aku." Wooshik membelai rambut Hara. Hara hanya menunduk menahan geram.

~~~

Yura membuka pintu pengetua sekolah setelah mendapat kebenaran. "Oh.. Yura ada apa nak jumpa saya ni?" tanya Puan Go ramah. Yura bermain dengan jarinya dek rasa gementar.

"Macam ni puan.." Yura mengambil tempat duduk di hadapan Puan Go. "Saya rasa puan perlu tahu tentang perkara ni." Yura memberanikan diri untuk memberi penerangan kepada pengetuanya. "Dan apakah perkara itu?"

"Puan kenal dengan Wooshik, kan?" Pengetua itu mengerutkan dahinya. "Ya.. Kenapa dengan dia?" Yura menghembuskan nafas sebelum memberi penerangan. "Puan juga kenal Hara, kan?" "apa dia masalahnya yang melibatkan mereka berdua?"

"Wooshik ni bukan seperti yang puan sangkakan. Dia.. Membuli, puan." makin Puan Go hairan. Pelajar yang tidak mempunyai rekod kesalahan terlibat dengan kes buli? "Dia sebenarnya dah lama membuli Hara. Sebab kenapa dia takde rekod adalah kerana dia memaksa Hara yang tukar." seperti dapat membaca fikiran Puan Go, dia menerangkan lebih lanjut.

"Kamu ada bukti yang dia buat?" Yura menggigit bibir bawahnya. Sesungguhnya dia lupa untuk membawa bukti.

"Saya ada.." seorang lagi pelajar datang masuk sesuka hati ke dalam pejabat pengetua. "Apa dia buktinya, Jiwon?" Jiwon meletakkan sebuah telefon bimbit ke atas meja pengetua. Video pada telefonnya dimainkan. Video itu merupakan rakaman kejadian tadi.

"Di video ni menunjukkan Wooshik dan Hara bercakap. Dan kamu tumbuk Wooshik." pengetua masih ingin menyebelahi Wooshik.

"Saya buktinya. Saya terlibat." seorang lagi pelajar menyampuk. Apa kau ingat pejabat ni rumah kau? Sesuka hati je nak masuk.

"Apa pula kamu nak katakan, Dayoung?"

"Saya juga membuli Hara. Bersama-sama dengan Wooshik dan Won." terangnya selamba. "Kalau dah tiga orang terangkan, nampaknya benda ni pekara yang benar. Panggil Wooshik masuk pejabat saya." akhirnya pengetua itu mengalah.

Semua yang berada di situ tersenyum.

~~~

Mata Wooshik terbeliak mendengar pengetua memarahinya. Dia tertanya-tanya siapa insan yanh memberitahu tentang dirinya yang sebenar.

"Siapa bagitau puan?" dengan tak tau malunya, dia bertanya. "Yura, Jiwon, Dayoung." Jawab pengetua ringkas. Tangan Jiwon membentuk penumbuk. Geram dengan dua makhluk yang penyibuk dan yang sorang lagi menikam belakangnya.

"Sekarang puan nak buat apa?" Wooshik ni tak takut ke? "Sebab ini kali pertama rekod awak tercalar, dan dengan kesalahan yang berat pula tu, awak digantung seminggu." Wooshik tersenyum sinis. Setakat seminggu, apalah sangat.

"Kalau ulang, buang sekolah." sekarang barulah dia terkejut. Sungguh dia tak percaya yang dia berkemungkinan untuk dibuang. "Saya harap awak faham. Keluar minta surat gantung." arah pengetua tegas.

Keluar sahaja dari pejabat, muka Jiwon dan Hara terpapar di situ. "Banggalah tu dah menang?" kata Wooshik sinis. Hara hanya menyorok di belakang Jiwon. Wooshik berdecit dan berlalu pergi.

Jiwon memandang Hara yang memeluk lengannya. "Jangan takut, dia dah pergi."

"Komawo.." ucap Hara perlahan. "Hmm?" Jiwon sengaja meminta Hara ulang."komawo. Saya dapat keluar daripada kotak sengsara sekarang." Jiwon tersenyum.

"Saya takkan biarkan sesiapa kacau awak lagi. Sebab awak milik saya." Jiwon mengucup dahi Hara lembut. Hara hanya tersenyum. Inilah antara saat yang membahagiakannya.

-END-

Taehyung

Semua pelajar bersorak dan menepuk tangan. Nampaknya mereka terhibur. Aku berjanji pada diri sendir yang aku akan confess pada Danbi kalau kumpulan kami menang.

"Terima kasih kepada kumpulan ketiga kelas 5-4. Sekejap lagi kita akan mula mengundi. Masukkan undi dalam kotak yang tertulis 'Vandalism' , 'Ponteng' atau 'Buli'."

Selepas beberapa minit mengundi dan mengira undi, keputusan bakal diumumkan sekarang.

"Dan pemenangnya adalah..." pelajar mula membuat bunyi dram menambah suspen.

"Kumpulan Buli!" ahli kumpulan kami bersorak kuat. Tapi aku tahu aku yang paling gembira. Aku akan memberitahu Danbi yang aku suka dia.

Ok, chap ni bosan. And terlebih cliche. Hek hok.

[🌹] tshirt °taehyungWhere stories live. Discover now